Nasi Goreng Cili Padi Dengan Telur




Sebelum mula bab resipi, jom kita baca dahulu perkongsian ilmu. Umur kita semakin hari semakin singkat. Jadi kita perlu menambah pahala dan kebaikan dalam pelbagai cara. Jangan lupa untuk klik iklan di blog saya dan juga untuk follow blog tau. Terima kasih. 
Saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah zoom Kitab Wasiat Ibnu Qadhamah oleh Ustaz Al Fadhil Ust Mat Esa Deraman (Tokku Pasir Gudang) yang sangat bagus dan sangat menginsafkan. Bhgn 2 kitab membicarakan berkenaan perosak amalan supaya amalan kamu tidak binasa dan usaha tidak menjadi sia sia. Jika amalan menjadi sia sia kamu tak dapat meraih balasan atas amalan kamu dan kamu telah mensia sia dunia dan akhirat.
Apakah yang menyebabkan pahala terbatal? Beribadat tapi penat. Tak dapat pahala dan tidak mendapat ganjaran. Ibnu Qudhamah menyebut 4 perkara iaitu yang pertama, kerana perkara ini yang mudah dan biasa berlaku. Kedua, hanya sedikit terselamat daripadanya. Ketiga, besar nya perkara ini dari sudut membatalkan amalan sehingga kita kena mulakan baru. Seolah kita tak pernah beramal. 4 perkara tersebut ialah:
Pertama, sifat riak di mana beramal kerana mencari pujian manusia. Perbuatan itu syirik. Hadis Qudsi, siapa yang melakukan amalan bukan kerana aku, maka amalan itu untuk orang yang dia lakukan. Aku berlepas diri darinya. Diriwayatkan satu kisah Ada seorang lelaki sentiasa riak dengan amalannya. Bila dia melintasi, orang ramai akan berkata ini orang yang riak. Demi Allah saya tidak memperolehi sesuatu pun, melainkan kerana Allah Taala. Jadi dia menukar niat. Setelah menukar niatnya, orang ramai mengatakan ini lah orang yang soleh bila dia lalu di hadapan mereka. 
Kalau sekiranya 2 ekor serigala kebuluran masuk ke dalam kandang kambing. Macam mana kebulur sekali pun, serigala tak makan semua kambing Cuma makan sekor atau dua kambing sahaja. Tapi orang yang ada penyakit riak yang lebih perosak dari serigala. Kalau sekor babi masuk ke ladang dan merosakkan kebun. Kita boleh melihat bagaimana kerosakan tersebut. Riak lebih teruk dari babi kerana riak merosakkan ladang amalan kita dan akan di habiskan semua sekali sehingga tak bersisa. 
Ada juga sifat riak bercampur kerana Allah ada dan juga kerana nak cari kedudukan di sisi manusia. Surah Al Kahfi ayat 110 Siapa yang nak jumpa Allah buat amalan soleh dan jangan menyekutu dalam ibadah akan sesuatu. Jangan ada perbuatan yang nak nilaian manusia. Ayat 264 Al Baqarah bagaimana riak membatal amalan. Bandingan orang yang membelanjakan hartanya kerana riak pada manusia dan tidak kerana beriman dengan Allah dan hari akhirat. Umpama seperti batu licin. Yang atasnya ada tanah. Bila Hujan menimpa. Maka batu tadi tak tinggalkan apa apa kesan satu pun pasir atasnya. Itu lah bandingannya orang riak.
Ketiga, sifat ujub bila kita sendiri rasa kita bagus. Kita rasa kita buat sesuatu dengan kemampuan kita. Bukan kerana pertolongan Allah. Kita berjaya kerana ilmu dan usaha kita. Sehingga lupa dia manusia berdosa. Orang yang ujub ada 3 benda dalam diri dia. Pertama, lupa dosa. Bila ada dosa, kita akan rasa rendah. Kedua, rasa apa yang dibuat itu hebat. Tak ramai orang buat macam aku ni. Walhal apa dibuat tak besar sangat pun. Ketiga, merasa bangga dengan diri. Saya ni bagus, kuat, alim gagah dan berbangga dengan diri dia dsb.  Sejarah Saidina Umar Abdul Aziz ketika anak beliau Abdul Malek gering berkata wahai anakku, aku berharap kamu lah yang akan memberatkan timbangan pahala aku. Anaknya pula berkata wahai ayah, aku berharap kamu yang akan memberatkan timbangan amalan ku. Masing masing rasa akan diberi syafaat. Bukan memberi syafaat. 
Jadi jangan teruja bila orang kata kalau tak jumpa saya di syurga, carilah saya. Jangan ada rasa di akhirat, kita yang akan beri syafaat. Kita sepatut menjawab, Sama lah kalau tak jumpa saya di syurga, carilah saya. Jangan rasa kita layak dengan amalan kita melainkan dengan rahmat Allah. Orang ujub rasa dirinya yang berhak. Bukan melihat rahmat Allah yang menjadikan dia berhak. 
Ketiga, sifat menghina orang Islam dan menyangka engkau lebih baik dari dia juga akan menyebabkan segala amalan terhapus. Kisah di mana Nabi Isa melintasi satu kota yang ada di dalamnya pencuri. Pencuri itu kenal Nabi Isa. Ini adalah Isa dan sahabatnya yang mulia. Sahabat bertanya Siapa pula kamu celaka? Dia menbjawab, aku pencuri yang mengganggu jalan. Lalu pencuri itu berjalan di belakang Nabi Isa dan temannya dalam keadaan bertaubat dan hina. 
Aku tidak layak berjalan bersama mereka. Aku akan berjalan di belakang mereka berdua sebagai orang yang hina. Sahabat Nabi isa menoleh dan kenal lelaki itu. Dia berkata pada dirinya, Siapa anjing ini yang berjalan di belakang. Allah mewahyu pada Nabi Isa supaya berkata pada kedua duanya supaya memulakan kembali amalan kebaikan mereka. Pencuri itu telah diampunkan kerana bertaubat dan rasa hina dirinya. Sahabat dihapuskan amalan kerana telah menghina pencuri yang telah bertaubat itu.
Keempat, perkara yang membatalkan amalan ialah menyalahi sunnah. Samada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad. Rasulullah adalah dalil yang memberi petunjuk ke jalan yang lurus dengan Al Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah. Sesiapa menolak dalil dan ikut jalan lain, akan sesat. Berjalan sebagaimana ia berjalan. Berhenti bila berhenti. Jangan engkau melangkauinya. Contoh was was dalam solat, melebihi 3 kali basuhan yang disunatkan dalam berwudhu, melakukan solat dalam waktu dilarang serta puasa pada hari yang dilarang. Bila ingin melakukan suatu amalan yang kamu anggap sebagai satu ketaatan, tengok lah dahulu sunnah jika ada, lakukan. Jika tidak, tinggalkan. 
Ulamak sepakat bahawa satu amalan tak akan diterima melainkan dengan 2 syarat, iaitu ikhlas dan tepat dengan sunnah. Dalam amalan kita tak boleh jadi pak turut. Kita kena belajar untuk dapat ilmu. Menuntut ilmu itu wajib pada umat islam supaya kita beribadat bukan ikut tradisi. Kita ada disiplin solat, mengaji, puasa. Semua lengkap melingkungi kehidupan beragama supaya kita tahu islam menjelaskan tatacara dari cara ambil wudhu sehingga selesai solat. 
Semua perbuatan ada dalil yang menjelaskan. Kita wajib belajar. Tanya orang yang tahu jika kamu tak tahu. Bertanya adalah kunci pada kebutaan itu. Setiap perbuatan mesti ada dalil. Bukan kerana nenek moyang suruh. Tapi Rasulullah suruh buat. Jangan melangkaui sunnah nabi. Jangan melampau dalam agama. Ada orang guna air membazir masa ambil wudhu. Islam ajar buat 3 kali. Selepas 3 kali dikira membazir.
Kita belajar dan mengakui kesilapan kita. Walaupun saya baru tahu. Jangan putus asa. Putus asa bukan sifat orang beriman. Betapa sayangnya Allah. Allah suka orang bertaubat. Jangan rasa kita terlambat. Mulia kita kerana niat kita nak jadi baik. Niat kita nak ikhlas itu yang jadikan kita ikhlas. Keinginan kita nak kusyuk dalam solat yang menyempurnakan solat kita. 
Perbaharui niat dan azam. Niat itulah yang datangkan darjat dan pahala. Mulakan langkah lebih kemas dalam mualat dengan Allah. Perbaharui langkah. Ambil berat hubungan dengan Allah. Allah bagi peluang nyawa lagi. Bila Allah sayang kita, Allah bagi ruang untuk kita. Umur walaupun sedetik adalah rahmat. Mulakan dengan taubat, mulakan niat yang baik, mulakan dengan belajar dan mula bertanya. Cukup di sini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.

Saya sebenarnya tidak pernah jemu makan nasi goreng. Kalau makan nasi putih dengan lauk, kadang kadang rasa tak berselera. Tapi kalau nasi goreng, saya tak perlu lauk pauk lagi. Saya boleh makan nasi goreng sepanjang masa dari pagi sehingga ke malam pun. 
Tapi itulah, kalau beli nasi goreng ni, kadang kadang tak sedap. Susah nak cari yang sedap. Memang kena masak sendiri jika mahukan nasi goreng yang sedap. Untuk nasi goreng sedap, sebenarnya tak perlu lauk pauk yang banyak pun. Cukup sekadar ada telur, pun dah boleh buat nasi goreng yang sedap. 
Hari ini saya kongsikan resipi nasi goreng yang mudah sahaja iaitu nasi goreng cili padi dengan telur. JIka tak mahu guna cili padi, boleh jer guna cili kering kisar biasa. Tapi rasanya dah lain. Telah lama tak buat video. hari ini rasa nak buat video nasi goreng cili padi dengan telur. Jika nak tengok, boleh klik di SINI.
Jom layan resipi yang saya salin di bawah ini. Selamat mencuba... 

Nasi Goreng Cili Padi Dengan TelurOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:700 gram nasi putih - 2 pot beras3 biji telur1 mangkuk kacang panjang - atau apa apa yang disukai ½ kiub ikan bilisGaramGula¼ cawan minyak 
Bahan tumbuk:4-5 biji bawang merah4 ulas bawang putih1 genggam cili padi 
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga masak. Masukkan kiub ikan bilis dan kacang panjang dan kacau seketika, terus ketepikan bahan di kuali.
Tuang telur. Bila telur separuh masak, baru dikacau. Kemudian masukkan nasi. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Besarkan api dan kacau sehingga ianya berasap dan beraroma. Tutup api. Tabur bawang goreng dan sedia untuk dinikmati. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/08/nasi-goreng-cili-padi-dengan-telur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Goreng Berlada Cili Api Tumis Serai Sedap

Ayam Goreng Berlada Cili Api Tumis Serai Sedap

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 329 hits
Dengar dengar hotel di Port Dickson fully booked Entah ye entah tidak Laju eh masing masing buat kerja bercuti dengan kadar segera Lepas umumkan fasa II berdesup semua orang book hotel agaknya Hidup kembali Port Dickson dengan ramai orang F...
Kubis Goreng Telur Dan Bab Riak Dalam Amalan

Kubis Goreng Telur Dan Bab Riak Dalam Amalan

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 287 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah zoom Wasiat Ibnu Qadhamah oleh Ustaz Al Fadhil Ustaz Mat Esa Deraman Serios pada saya kitab ini sangat bagus dan kupasan oleh ustaz juga sangat terbaik Kali ini saya ingin kongsikan sebahagian dari i...
Sambal Sardin Cili Padi Kentang Petai

Sambal Sardin Cili Padi Kentang Petai

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 318 hits
Sambal sardin cili padi kentang petaiBahan 1 tin sardin 3 biji cili masak cili besar 12 biji cili padi 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih sedikit belacan1 biji kentang hiris dan goreng1 biji tomato hiris nipisPetai jering1 biji bwng be...
Hiburan Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya

Hiburan Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 318 hits
Rata rata daripada ibu mengandung pasti akan melalui fasa mengidam kan Ada sahaja makanan yang ingin dirasai sebelum tiba waktu bersalin Ada makanan yang senang diperoleh ada juga pelik pelik ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSeperti perkongsi...
Nasi Lemak Telur Lembik

Nasi Lemak Telur Lembik

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 210 hits
Nasi Lemak Telur Mata Ayam Goreng Crunchy Ikan Bilis Sambal Bilis Timun Actually Rania yang minta nak makan nasi lemak dulu Tapi semalam ayahnya nak makan nasi gulai ikan yu Hasil pancingan baru baru ni Ater santan ada sekotak je haaa Santa...
Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Simple Dan Sedap Untuk Orang Yang Sibuk

Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Simple Dan Sedap Untuk Orang Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 559 hits
Assalamualaikum guys Pandemik Covid 19 nampaknya tidak menunjukkan penurunan angka malah makin meningkat Dek kerana itu ibu ibu yang bekerja dan anak anak pulak masih meneruskan sesi pembelajaran secara PdPR pastinya kesibukan untuk menguru...
Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 394 hits
Assalamualaikum TENGAHARI ini masak Bihun Goreng Putih sajo Setiap kali nampak Bihun Goreng Putih macam ni mesti teringat dengan arwah Mak Usu Sk sebab arwah Mak Usu yang rajin masak bihun putih ni Kadang kalau teringin nak makan cakap deng...
Dah Bosan Goreng Kosong Buat Style French Fries Carbonara Cheese Ni Pula Ekstra Sedap

Dah Bosan Goreng Kosong Buat Style French Fries Carbonara Cheese Ni Pula Ekstra Sedap

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 353 hits
Anak anak pastinya antara yang cukup suka makan kentang goreng Bosan digoreng kosong sahaja apa kata kita tambahkan kegembiraan anak anak dengan ekstra cheese macam ini Resipi french fries dengan carbonara bercheese ini memang buat anak ter...
Tip Buat Cempedak Goreng Yang Rangup Walaupun Dah Sejuk

Tip Buat Cempedak Goreng Yang Rangup Walaupun Dah Sejuk

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 397 hits
Sekarang musim buah cempedak kalau digoreng memang enak Lagi best dapat yang rangup krup krap Tapi nak hasilkan gorengan begini bancuhan tepung kena sediakan ikut caranya
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025