Nasi Ayam Yang Sangat Sedap




Alhamdulillah setiap perkara baik yang kita lakukan semuanya dengan izin Allah bukan kerana kita seorang yang baik atau beriman dsb. Contoh jika kita pergi ke masjid untuk bersolat terawih kerana Allah yang mengizinkan ianya berlaku. 
Begitu juga jika kita berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah dan berpuasa bulan Ramadhan di tanah suci, juga adalah satu rahmat dan kasih sayang dari Allah. Maka kita harus bersyukur jika kita diberi peluang untuk melakukan sesuatu amalan dan kebaikan. 
Bila kita menghampiri 10 malam terakhir Ramadhan, pastinya saya sangat merindui umrah dan bersolat terawih di dalam Masjidil Haram. Rindu sangat sangat. Hanya Allah yang Mengetahui kerinduan di hati. 
Mudah mudahan saya diberikan keizinan untuk dapat mengerjakan ibadah di tanah suci lagi. Terutama di bulan Ramadhan. Aameen. Sekarang kita masuk pula bab masakan hari ini iaitu nasi ayam. 
Saya menyediakan nasi ayam untuk berbuka puasa. Sekadar mengubah selera sebab hari hari makan nasi putih berlauk pun, boleh rasa jemu juga. 
Anak anak saya memang penggemar nasi ayam dari dulu. Bila tak tahu apa nak makan, nasi ayamlah penyelesaiannya. Saya suka nasi ayam di Chicken Rice Shop kerana lengkap hidangannya. 
Kali ini saya menggunakan 2 kaedah penyediaan ayam. Pertama cara di mana ayam disiram dan digoreng. Yang kedua pula ayam direbus dan digoreng secara touch and Go sahaja.

Walaupun nampak macam hangus tapi sebenarnya ayam ini cukup masaknya dengan kulit rangup dan isinya yang masih juicy lembut. 
Nasi ayam saya hari ini sangat sedap. Selain ayamnya sedap, sup sedap, sambal cili dan kicap sedap. Hahaha semua sedap lah. Jadi anda semua patut mencubanya tau. Juga jangan lupa untuk klik follow blog dan klik iklan yang keluar di blog untuk saya terus bermotivasi menulis di blog. 
Jom layan resipi yang saya tulis di bawah ini serta cara penyediaannya. Selamat mencuba...

Nasi Ayam Azie Kitchen SedapOleh: Azie Kitchen
Ayam 1:
Bahan bahan:2 ekor ayam - saiz sederhana2 sudu besar sos lea n perrin2 sudu besar kicap cair2 sudu besar sos perasa maggi2 sudu besar cuka1 sudu besar garam1 sudu besar meltose1 sudu besar serbuk pati ayam atau kiub pati ayam2 cawan air
Masak air sehingga mendidih. Masukkan semua bahan di atas dan kacau rata. Masak sehingga mendidih. 
Siram ayam rata rata sehingga warna  kulit ayam berubah tegang dan kekuningan. 
Lumurkan rempah 5 spices dalam perut ayam serata rata. Terus gantung  ayam dan tos sehingga kering.

Sedia untuk digoreng dalam minyak yang panas dan banyak. Setelah minyak kelihatan berasap, perlahankan api. 
Masukkan ayam (dengan cangkuk besi) dan goreng selama 20 minit. Sentiasa dibalik balikkan supaya masak sekata.

Kemudian, besarkan api dan goreng lagi selama 10 minit. Angkat dan ketuk ayam untuk mengeluarkan air. Potong ikut yang disukai. Sedia untuk dihidangkan.
Ayam 2;
Bahan bahan:Kicap cap kipas udangSos tiram
Masukkan ayam ke dalam kuah sup mendidih di bawah. Biarkan ayam ¾ masak. 

Keluarkan ayam dan setelah sejuk, lumur dengan kicap dan sos tiram secukupnya. Biarkan seketika sebelum digoreng.

Angkat dan ketuk ayam untuk mengeluarkan air. Potong ikut yang disukai. Sedia untuk dihidangkan.


Sup
Bahan bahan:7 biji bawang merah - kisar6 ulas bawang putih - kisar3 inci halia - kisar1 sup bunjut3 ketul kiub ayam¾ sudu besar garam¼ cawan minyak masak10 cawan air
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan sup bunjut dan tumis lagi.
Masukkan air, kiub pati ayam dan garam. Sesuaikan rasa.
Setelah mendidih, masukkan ayam. Masak sehingga ¾ masak. Keluarkan ayam. Rujuk kaedah Ayam 2 untuk proses seterusnya.


Sambal Cili
Bahan bahan:7 tangkai cili merah - 120 gram5 ulas bawang putih - 30 gram2 inci halia - 10 gram½ cawan air masak3 sudu besar cuka2 sudu besar gula1 sudu besar garam
Kisar semua bahan di atas sehingga halus. Sedia untuk dihidangkan.

Kicap
Bahan bahan:2 ulas bawang putih - cincang1 sudu besar sos tiram2 sudu besar kicap cair1 sudu besar sos perasa maggi½ sudu besar sos lea n perrin½ sudu besar kicap pekat1 sudu besar gula1 cawan air2 sudu besar minyak
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga keperangan. Masukkan semua bahan lain dan masak sehingga mendidih. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Nasi Ayam
Bahan bahan:4 cawan beras - basuh, rendam & tos6 - 6 ½ cawan air atau secukupnya - rujuk nota2 biji bawang besar - hiris3 ulas bawang putih - hiris2 inci halia - hiris2 batang serai - ketuk2 helai daun pandan1 sudu besar majerin2 sudu kecil serbuk pati ayam1 sudu kecil garam¼ cawan minyak
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu keperangan, baru masukkan bawang putih dan halia. Tumis lagi.
Masukkan serai dan daun pandan. Tuang ke dalam periuk beras.

Masukkan air secukupnya. Masukkan majerin, serbuk pati ayam, garam dan gula.
Masak nasi dalam periuk elektrik seperti biasa. Nota: Jika guna air rebusan ayam, masukkan majerin setelah air kering dan kacau rata.

Nota;Jika hendak mengguna air rebusan ayam, tak perlu masukkan serbuk pati ayam dan garam kerana bahan ini telah dimasukkan dalam sup rebusan ayam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/04/nasi-ayam-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Dalca Ayam Dan Sayuran Paling Sedap Rugi Sangat Kalau Tak Cuba

Resipi Dalca Ayam Dan Sayuran Paling Sedap Rugi Sangat Kalau Tak Cuba

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 204 hits
Selalunya bila pergi kenduri kahwin pasti ada terhidang kuah Dalca Ayam Dan Sayuran ni bukan Selain sedap dimakan bersama nasi kuah Dalca Ayam Dan Sayuran ini juga sesuai dimakan bersama roti Marilah kita cuba buat sendiri ikut resipi yang ...
Ayam Masak Beriani Yang Super Sedap Boleh Cuba Buat Ikut Resipi Ini

Ayam Masak Beriani Yang Super Sedap Boleh Cuba Buat Ikut Resipi Ini

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 217 hits
Ayam Masak Beriani selain sedap dimakan bersama nasi beriani sedap juga dimakan bersama nasi putih Ayam Masak Beriani akan jadi lebih sedap kalau ayam direneh lama biar isi ayam lembut Bila dimakan terus terlerai dimulut Memang nikmat dapat...
Masak Nasi Arab Cara Mudah Tak Pakai Rempah Pun Simple Sedap

Masak Nasi Arab Cara Mudah Tak Pakai Rempah Pun Simple Sedap

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 183 hits
Nasi nasi istimewa sesuai dihidangkan untuk hidangan berbuka dihujung minggu bersama anak anak Mahu lebih istimewa apa kata kita cuba memasak Nasi Arab pula untuk keluarga Tak perlukan rempah begini cara menghasilkan nasi arab paling mudah ...
Resipi Ayam Masak Kurma Yang Pekat Sedap Tak Sampai Setengah Jam Dah Boleh Siap

Resipi Ayam Masak Kurma Yang Pekat Sedap Tak Sampai Setengah Jam Dah Boleh Siap

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 193 hits
Hidangan Ayam Masak Kurma wajiblah pekat barulah sedap bila dimakan Nak sediakan pun mudah Antara lauk kurma yang sering dibuat ialah ayam lembu kambing itik telur ketam dan udang Kali ini mari kita cuba resipi Ayam Masak Kurma seperti yang...
Terung Sambal Balado Bilis Goreng Simple Sedap Bertambah Makan Nasi

Terung Sambal Balado Bilis Goreng Simple Sedap Bertambah Makan Nasi

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 191 hits
Dah tak ada idea nak masak resipi mudah dan sedap boleh cuba buat terung sambal balado Menu ini sedap dimakan dengan nasi panas panas Satu lauk ni pun dah boleh bertambah makan nasi Masak menu begini pun goreng telur je dah cukup sedap Nak ...
The Colours Of Life Nasi Ayam Singapura Ayer Molek Melaka

The Colours Of Life Nasi Ayam Singapura Ayer Molek Melaka

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 253 hits
The Colours of Life Nasi Ayam Singapura Ayer Molek Melaka Memang padu makan kat sini Nasi Ayam dia best Ada dua pilihan Dua dua mantop Order tambahan Mee Wantan dan Mihun Sup Layan habis Memang terbaeekkk mknaceunlimited mknace thecoloursof...
Tak Sempat Raya Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Boleh Habis Sebalang Sedap Sangat

Tak Sempat Raya Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Boleh Habis Sebalang Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 195 hits
Tak Raya rasanya tanpa menikmati biskut Cornflakes rangup Selain cornflakes madu biskut yang satu ini wajib ada di setiap rumah Mana tidaknya belum raya lagi anak anak sudah berebut untuk makan sepanjang puasa Memang sedapnya lain macam Lag...
Resipi Nasi Butter Ayam Crunchy Menu Simple Buat Anak Makan Berebut

Resipi Nasi Butter Ayam Crunchy Menu Simple Buat Anak Makan Berebut

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 197 hits
Ketika bulan puasa inilah masa untuk mak mak mencuba segala resipi istimewa Semuanya demi mencari kelainan untuk menaikkan selera anak anak dan suami Bosan dengan nasi ayam nasi beriani dan beraneka nasi lain apa kata kali ini anda cuba pul...
Resepi Dumpling Ayam Viral Sedap Ni Kalau Makan Untuk Berbuka Sahur

Resepi Dumpling Ayam Viral Sedap Ni Kalau Makan Untuk Berbuka Sahur

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 242 hits
Resepi Dumpling Ayam Viral Sedap Ni Kalau Makan Untuk Berbuka Sahur Annyeonghaseyo Bagi peminat drama Korea pastinya anda sudah biasa melihat makanan terkenal ini yang sering dipamerkan di dalam drama Bentuknya seperti kuncupan bunga bewarn...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp