Nasi Arab Tak Jadi Masak Mama Ganti Dengan Domino S Pizza
Assalamualaikum..
Hi Korang.
Sambungan kes Nasi Arab tak jadi masak malam semalam...kelakar betul la..Dania dah tarik muka dah...walau tak nampak sangat..but as a mom SA tau la anak SA kan...Masa berbuka sedikit je dia makan...Atuk tanya kenapa makan sikit je kakak...jawapan dia nanti sambung makan..tak kenyang lagi...allahhu...kat situ jer SA tau dah dia merajuk la tu...then SA pun senyap- senyap order Domino's Pizza...amik yang satu pizza ada 4 perisa tu...lantak la kan...ntah apa ke namanya..klik2 jer cepat2 terus bayar online..sebiji pizza tu je kena RM31++. Nak mujuk anak punya pasal layankan aje la....anak sorang boleh la mama layan..cuba ada 3-4 anak kuat merajuk macam Dania...lantak kau di situ la..tak kuasa mama nak layan...
Tepat pukul 8.15pm pizza pun sampai....dalam hujan renyai- renyai adik tu hantar
Pizza dah sampai....
Dah kenapa plak tidak dipotong macam biasa...satu hal la...dah nampak macam bercampur aduk kan.
Agaknya pizza tu jadi macam tu sebab SA ambil thin crust dan add on extra cheese kot....dah jadi macam bercampur aduk...dah tu kenapa plak x dipotong?erm..lantak la.
Lepas tu Dania tanya kenapa mama beli pizza plak ni...eh..eh...dalam hati SA jawab...nak pujuk awak tu la merajuk...tapi tak terluah la depan dia sebab kang dibuatnya tak makan pizza tu.. Lepas tu SA jawab...saje beli hari ni mama dapat payment job, tapi beli pizza je la sebab kang beli banyak- banyak tak habis. baru la nampak sinar sikit di muka dia...mengada kan....geram jer mama dia...nasib la anak sorang je nak layan. Kalau anak ramai x tau la macam mana
Pening melayan anak kuat merajuk ni. Kadang tak dapat nak duga ekspressi dia tu melambangkan dia tengah apa. Nak tengok dia happy and giler2 macam mama dia payah..duduk berkurung dalam bilik belajar. Keluar bilik kalau dah bosan...macam ni kot budak- budak yang takde adik beradik lain. Adik beradik dia yang 3 orang tu dah tentu tak selalu jumpa kan..kalau dengan adik beradik sepupu kat sini aduhhh...dia garang plak...aduhai anak...x tau la mama macam mana kamu ni nanti. Dengan makan susah dan memilih macam mana la keadaan kamu kalau dah masuk Kolej ke Universiti ke...risau betul mama ni...
Korang ada pengalaman
Kalau ada boleh la kongsi ngan SA.....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2021/05/nasi-arab-tak-jadi-masak-mama-ganti.html