Terlajak Rajin Masak Nasi Minyak Daging Kurmak
Assalamualaikum...
KALAU masa BDR sebelum ini hari-hari rasa hari Jumaat, tapi sebaliknya pulak yang terjadi sepanjang bulan puasa ni. Hari-hari rasa hari khamislah pulak sebab setiap hari balik jam 3.30 petang, hihi. Bila kita pulang kerja awal dari orang lain, jalanraya macam kita yang punya. Pukul 4 dah terpacak depan pagar rumah. Selalu, kalau balik pukul 5 tu, pukul 6 baru boleh nampak muka Iman, hehehehe.
Dah 11 hari puasa ni, memang Sk banyak memasak dari makan di luar. Tapi masak satu dua lauk jer la, kuih-muih, mee atau lauk tambahan lain Pak Inche la rajin ke pasar ramadhan. Sk sendiri belum lagi ke pasar ramadhan. Bukan tak nak pergi atau rasa suci, tapi malas nak singgah. Mungkin hari ini kot, hihihi.
Teringin pulak nak makan nasi minyak lepas berbuka nasi ayam tu jadi Sk whatsapp dalam grup menu berbuka semalam, adalah nasi minyak, lauknya daging kurmak. Pada Iman, Sk pesan rendam daging anggaran lima ketul sebesar penumbuk. Harap kali ni dia tak tersalah rendam la. Terlalu banyak stok daging dalam peti sejuk sebab Pak Inche suka membeli. Daging-daging tu, akan dipotong sebuku kecik supaya mudah cair bila dikeluarkan
Resepi Nasi Minyak Sk
2 sudu minyak sapi1 biji bawang besar merah dimayang1 kulit kayu manis2 bunga lawang4 bunga cengkih2 biji pelaga2 akar ketumbar3 daun pandan2 sudu kismis2 cawan beras basmathi pusa cream (dicuci toskan)1 cawan susu sejat3 cawan airGaram 1 pokok ketumbar
Cara-cara :
1. Panaskan minyak sapi, tumis kayu manis dan bunga lawang. Kemudian tumisan bawang, bunga cengkih, biji pelaga dan daun pandan hingga layu dan wangi
2. Sementara itu masukkan beras ke dalam inner pot bersama air
3. Dalam tumisan, masukkan susu sejat, akar ketumbar dan kismis, kacau sebentar, kemudian masukkan ke dalam inner pot
4. Masukkan garam, kacau data, kemudian masak nasi seperti biasa
5. Bila nasi dah masak, buka periuk, gaul nasi, kemudian letakkan setangkai pokok ketumbar, tutup periuk dan matikan suis
Masakan kurmak atau kurma adalah antara masakan kegemaran Sk tak kiralah sama ada Kurma Daging atau Kurma Ayam. Di kalangan keluarga Sk, biasanya kami menggunakan sebutan kurmak, hahaha. Gandingan Daging Kurmak dengan Nasi Minyak memang terlajak sedap sampai makan pun boleh bertambah tau. Nampaknya tak kempislah perut sepanjang puasa ni, sudahlah makan banyak masa berbuka, sambung pulak dengan morehnya. Selagi tak tidur, selagi tu cari makanan di dapur, dah macam tikus, hehehehe. Resepi Daging Kurmak ni nanti Sk kongsikan
Sk dah agak, Pak Inche mesti akan ke pasar ramadhan jugak. Boleh jer kan kalau nak suruh Sk masakkan Ayam Masak Merah kegemaran dia tapi beliau memang seorang yang bertimbang rasa (muntah). Bukan saja beli beras, tapi beli lauk. Portmeirion jer kena beli sendiri, hihihi
Dua ketul ayam ni lupa nak tanya berapa ringgit. Ada bahagian peha dan dada, Sk tanya, kenapa tak ambil dua-dua peha, kan Iman suka peha juga. Dia kata, memang tinggal satu jer peha. Terus dia bagi peha tu pada Iman, dia mengalah ambil dada. Eh eh.. sejak bila pandai mengalah ni, hahaha. Kalau tak, asyik berebut peha dua beranak ni. Siapa dapat dulu nanti akan jilat peha tu supaya pihak satu lagi geli, hihi
Haaaa.. tu takpa, beli jugak mee rebus dan bihun sup utara. Tapi tak makan pun sudahnya, bawa ke sahur. Bagus jugak, dah kering kontang otak ni memikio makanan untuk bersahur. Iman pun dah jemu makan cereal dengan susu. Sk ni pulak, apa yang ada pun boleh, biasanya kita jadi tong sampahlah, apa lagi
Musnahlah impian nak pakai kebaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/04/terlajak-rajin-masak-nasi-minyak-daging.html