Selamat Tahun Baru 2026 Contoh Ucapan Azam
Selamat tahun baru 2026! Memandangkan kita bakal melangkah ke tahun 2026, ini adalah masa yang paling sesuai untuk bermuhasabah dan merancang lembaran baru yang lebih gemilang. Untuk mengetahui kalendar 2026 & Hari Kelepasan Am serta Kalendar Akademik, sila rujuk: https://www.kabinet.gov.my/
Berikut adalah beberapa inspirasi ucapan Selamat Tahun Baru 2026 yang boleh anda gunakan untuk dihantar kepada kelaurga, rakan-rakan dan sebagainya.
30+ Contoh Ucapan Tahun Baru 2026
Selamat Tahun Baru 2026! Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pelangi hidup saya sepanjang 2025. Semoga tahun ini membawa lebih banyak gelak tawa dan kenangan manis buat kita.Selamat Tahun Baru 2026 ✨ Semoga tahun ini membawa lebih banyak ketenangan, kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat untuk kita semua.Selamat datang 2026! Semoga setiap langkah kita tahun ini lebih yakin, setiap doa lebih didengari dan setiap usaha dipermudahkan.Selamat Tahun Baru 2026 buat keluarga dan sahabat tersayang. Terima kasih kerana sentiasa ada. Semoga tahun ini kita terus diberi kebahagiaan dan kekuatan bersama 🤍Mari kita mulakan 2026 dengan hati yang lebih tenang, niat yang lebih baik dan harapan yang lebih besar. Selamat Tahun Baru.Tahun baru, bab baru! Semoga 2026 kita semua diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dan kebahagiaan yang tak putus-putus. Amin!Selamat Tahun Baru 2026. Semoga tahun ini membuka peluang yang lebih luas untuk kita mencapai kejayaan yang lebih besar dalam kerjaya dan perniagaan. Mari kita teruskan momentum kecemerlangan ini!Selamat tinggal 2025, terima kasih atas pengajarannya. Selamat datang 2026, saya sedia untuk pengembaraan baharu!Tahun baru, semangat baru. Jadikan 2026 tahun untuk membina impian dan mencapai matlamat yang tersimpan lama.Mulakan tahun 2025 dengan ucapan Alhamdulillah… Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.Salam 2026! Apa azam tahun ini? Beranilah bermimpi, tapi yang lebih penting, berani melakukan tindakan di balik impianmu!Selamat Tahun Baru 2026! Semoga Allah kurniakan kita rezeki yang tidak disangka-sangka dan kegembiraan yang tidak pernah kita duga.Salam 2026! Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.Bismillah… Walau 2025 penuh rintangan dan keperitan, teruskan perjuangan kita demi mencari redha Allah. Semoga 2026 memberi sinar pelangi dan cahaya bahagia.Salam Tahun Baru kepada semua, ayuh bersemangat untuk tahun 2026!Semoga Tahun 2026 membawa seribu makna kepada kita. Ingatlah walau sebagaimana penat pun kita mengharungi tahun demi tahun, ingatlah firman Allah SWT : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]Jika kamu belajar dari kegagalan, maka kamu tidak akan pernah gagal. Salam 2026, semoga kita kekal positif dan terus bersemangat mencapai matlamat.Alhamdulillah, kita sudah melangkah ke tahun 2026. Ingatlah, bila hijrahmu kerana Allah, kamu akan terus melangkah walaupun sudah lelah!Selamat Tahun Baru 2026 kepada keluargaku tersayang. Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang tanpa henti. Semoga rezeki dan kebahagiaan sentiasa menjadi milik kita semua.Terima kasih di atas kerjasama sepanjang tahun lalu. Mari kita terus bekerja dengan semangat dan produktiviti yang lebih tinggi pada tahun 2026!Selamat datang 2026! Mari kita mulakan tahun ini dengan semangat baharu, azam yang teguh, dan hati yang penuh dengan rasa syukur.Selamat menyambut 2026. Jangan pandang ke belakang lagi, teruskan melangkah ke hadapan untuk mengejar cita-cita yang belum tercapai.Semoga tahun 2026 membuka pintu rezeki yang lebih luas dan memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dengan senyuman.Cheers to 2026! Moga tahun ini lebih banyak gelak tawa berbanding air mata, dan lebih banyak kejayaan berbanding kegagalan.Selamat Tahun Baru! Mari kita jadikan 2026 sebagai tahun untuk lebih menghargai orang di sekeliling kita dan menyebarkan kebaikan.Selamat 2026. Semoga tahun ini menjadi tahun yang paling produktif dan memberikan kepuasan yang bermakna dalam setiap usaha anda.Selamat Tahun Baru 2026. Semoga setiap doa yang dipanjatkan dipermudahkan, setiap usaha diberkati dan setiap langkah dirahmati.2026 bukan tentang menjadi sempurna, tetapi tentang menjadi lebih baik daripada semalam. Selamat Tahun Baru, semoga kita terus kuat dan berlapang dada.2026: Tahun untuk berani mencuba, belajar, dan berkembang!Selamat Tahun Baru 2026. Ya Allah, jadikan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya, ampunkan yang lalu dan permudahkan yang mendatang.2026, aku datang dengan hati yang belajar menerima. Selamat Tahun Baru, semoga aku lebih berani menjaga diri sendiriTahun baru bukan untuk mengulang kesilapan, tetapi untuk belajar daripadanya. Selamat Tahun Baru 2026.Usah takut untuk bermula semula, kerana kali ini kamu tidak bermula dari koson, kamu bermula dengan pengalaman. Selamat Tahun Baru 2026!Selamat Tahun Baru 2026! Semoga hari-hari mendatang lebih ceria, dompet lebih tebal, dan senyuman lebih panjang!Tahun baru ini, semoga kita kekal positif walau apa pun cabaran yang datang. Setiap langkah kecil ke depan adalah satu kemenangan!Selamat datang 2026. Mungkin perlahan, tapi tetap ke depan.
Contoh Azam Tahun Baru 2026
Memasuki tahun baru adalah kesempatan emas untuk “reset” dan menjadi versi diri yang lebih baik. Kuncinya adalah memilih azam (niat/resolusi) yang spesifik dan realistik.
Berikut adalah 30 contoh azam tahun baru yang anda boleh jadikan panduan:
Bersenam secara konsisten: Minimum 3 kali seminggu (walaupun hanya berjalan kaki).
Jaga waktu tidur: Pastikan mendapat 7-8 jam tidur yang berkualiti setiap malam.
Minum air secukupnya: Sasarkan 2-3 liter air kosong sehari.
Kurangkan gula: Mengurangkan pengambilan minuman manis dan makanan segera.
Amalkan ‘Digital Detox’: Hadkan penggunaan media sosial kepada 1 jam sahaja sehari.
Membaca buku: Sasarkan untuk habiskan sekurang-kurangnya satu buku sebulan.
Belajar kemahiran baharu: Contohnya belajar bahasa asing, coding, atau memasak.
Bangun awal pagi: Mulakan hari lebih awal (contoh: jam 6 pagi) untuk lebih produktif.
Menulis jurnal: Rekodkan pencapaian atau perasaan setiap hari untuk muhasabah diri.
Berhenti menangguh kerja: Amalkan teknik Pomodoro untuk selesaikan tugasan dengan cepat.
Simpanan konsisten: Simpan sekurang-kurangnya 10-20% daripada gaji bulanan.
Catat perbelanjaan: Gunakan aplikasi untuk pantau ke mana duit anda pergi.
Wujudkan dana kecemasan: Simpanan yang cukup untuk menampung 3-6 bulan kos sara hidup.
Tingkatkan prestasi kerja: Lebih fokus dan menepati masa dalam setiap tugasan.
Cari sumber pendapatan sampingan: Mulakan bisnes kecil atau freelancing berdasarkan hobi.
Luangkan masa dengan keluarga: Pastikan ada waktu berkualiti tanpa gangguan telefon.
Lebih kerap bersedekah: Walaupun dalam jumlah yang kecil, asalkan istiqamah.
Menjadi pendengar yang baik: Kurangkan bercakap tentang diri sendiri, lebihkan mendengar.
Hubungi rakan lama: Eratkan semula silaturahim yang telah lama terputus.
Tingkatkan amalan ibadah: Lebih konsisten dalam menjaga solat dan amalan sunat.
Kemas ruang rumah/kerja: Amalkan konsep minimalis dan buang barang yang tidak perlu.
Kurangkan merungut: Fokus kepada mencari penyelesaian berbanding mengadu masalah.
Belajar berkata “TIDAK”: Jangan paksa diri buat perkara yang anda tidak suka semata-mata nak jaga hati orang.
Lebih menepati janji: Pastikan sampai ke janji temu 5-10 minit lebih awal.
Amalkan kitar semula: Kurangkan penggunaan plastik sekali guna demi alam sekitar.
Cintai diri sendiri: Luangkan masa untuk self-care sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Berhenti bandingkan diri dengan orang lain: Fokus pada kemajuan diri sendiri.
Lebih banyak memaafkan: Jangan simpan dendam yang hanya membebankan jiwa.
Berani mencuba perkara baru: Keluar dari zon selesa setiap bulan.
Amalkan rasa syukur: Senaraikan 3 perkara yang anda syukuri sebelum tidur.
Mari jadikan kehadiran tahun baru 2026 satu peluang baharu untuk kita bermula semula dengan hati yang lebih tenang, fikiran yang lebih matang dan azam yang lebih bermakna.
Inilah masa untuk menilai kembali perjalanan yang telah dilalui, memperbaharui niat serta melangkah ke hadapan dengan harapan dan keyakinan bahawa hari esok boleh menjadi lebih baik daripada semalam.
Poster Tahun Baru 2026

Renungan / Pesanan Untuk Melangkah Ke Tahun Baharu
Berikut perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang menarik untuk kita renungi bersama-sama sempena tahun baru:
24 CARA UNTUK BINA HIDUP YANG KITA IMPIKAN DI TAHUN 2026:
Mula dengan luangkan masa dengan orang yang tepat.
Mula berlaku jujur dengan diri sendiri terhadap semua perkara.
Mula jadikan kebahagiaan kamu sebagai keutamaan hidup.
Mula belajar untuk berhadapan dengan masalah, bukan lari dari masalah.
Mula rapat dengan orang yang membuat kesihatan mental dan fizikal kamu lebih mantap dari tahun ini.
Mula jadi diri sendiri. Jangan ikut trend atau ikut budaya orang lain yang negatif.
Mula belajar untuk lebih peka dan hidup dalam momen sekarang. Bukan momen yang lepas.
Mula berfikir dengan baik dan jangan overthinking benda yang belum berlaku.
Mula hargai semua pengalaman buruk dalam hidup kamu. Ambil hikmah dan pelajaran daripadanya.
Mula berlaku adil dan baik terhadap diri sendiri.
Mula nikmati apa yang kamu ada. Bukan bersedih akan hal yang kamu tiada.
Mula bina kebahagiaanmu sendiri.
Mula memberi idea dan laksanakan apa yang kamu impikan. Jangan idea tinggal idea semata-mata.
Mula yakin bahawa kamu sudah berada di level yang lebih tinggi.
Mula luaskan circle yang berkualiti. Cari mereka yang fikir tentang Allah dan Rasul-Nya, perjuangan dan masa hadapan.
Mula beri peluang untuk orang yang kamu baru temui. Bagi manfaat tanpa mengharapkan apa juga balasan.
Mula bersaing dengan diri sendiri. Persaingan sebenar adalah antara diri kamu hari ini dan diri kamu semalam. Bukan orang lain.
Mula mencari hikmah atas apa juga perkara yang terjadi dalam hidup. Bukan menyalahkan takdir.
Mula memaafkan diri sendiri dan orang lain.
Mula membantu orang di sekeliling kamu.
Mula mendengar dengan hati dan tapis dengan akal fikiran. Jangan terlalu kasihan dan bersimpati sehingga orang boleh memanipulasi kamu.
Mula untuk pantau stress level kamu. Ambil masa berehat dari segi minda dan emosional. Rawat dengan solat taubat dan tahajud.
Mula lihat kecantikan dalam tiap-tiap perkara kecil.
Mula menerima bahawa kita sedang menuju kesempurnaan. Maka, apa juga yang dilihat tidak sempurna itu adalah langkah-langkah kecil menuju kesempurnaan mutlak.
Semoga 24 cara ini akan memberikan sinar baharu untuk kita di Tahun 2026 nanti. Satu tahun yang penuh manfaat dan pastinya banyak pintu pintu rezeki terbuka untuk kita semua.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Mulakan dengan Bismillah.
BACA JUGA:
30 Mutiara Kata Inspirasi, Hikmah & Panduan Hidup (Islamik)
70 Teka-Teki Lawak & Jawapan – Mesti Terhibur!
Soalam Lazim Selamat Tahun Baru 2026
1 Januari 2026 jatuh pada hari apa? Tahun Baru 1 Januari 2026 jatuh pada hari Khamis.
Adakah 1 Januari cuti umum di seluruh Malaysia? Tidak. Cuti Tahun Baru adalah cuti umum bagi kebanyakan negeri, kecuali negeri Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu (memandangkan mereka mengikut hujung minggu Jumaat-Sabtu). Walau bagaimanapun, kebanyakan sektor swasta di negeri tersebut mungkin tetap bercuti.
Di mana lokasi terbaik untuk melihat bunga api di Malaysia? Kuala Lumpur: KLCC Park, Merdeka 118, dan Dataran Merdeka.
Selangor: Sunway City, i-City Shah Alam, dan Bukit Bintang City Centre (BBCC).
Putrajaya: Dataran Putrajaya.
Pulau Pinang: Gurney Drive atau Straits Quay.
Apakah contoh ucapan Tahun Baru yang ringkas tapi bermakna? Selamat Tahun Baru 2026! Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua.
Apakah “zodiak” untuk tahun 2026? Mengikut kalendar Cina, tahun 2026 adalah Tahun Kuda (Fire Horse). Ia sering dikaitkan dengan tenaga yang tinggi, kepantasan, dan perubahan positif.
Apa aktiviti sesuai untuk pelajar atau kanak-kanak sempena Tahun Baru? Aktiviti seperti menulis azam di buku/jurnal, mewarna poster tema Tahun Baru, permainan kuiz, dan perkongsian impian masa depan amat sesuai dilakukan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/selamat-tahun-baru-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=selamat-tahun-baru-2026