Nampak Tanda Putih Kekuningan Mesti Extra Jaga Gigi Anak Kalau Tak Habis Rosak


Doktor, apa tompok-tompok berwarna putih pada gigi anak saya ni? Tak ada hitam pun, tak nampak lubang pun. Tapi gigi pecah-pecah macam kapur.
Pada gambar pertama ada warna putih, yang putihnya lain dari warna asal gigi. Ianya dekat permukaan gigi berdekatan gusi.

Tahu tak warna putih atau rapuh seperti kapur adalah “detect early caries lesion”. Yes, early caries lesion. Itu tanda awal karies ya. Walaupun warna putih, tidak coklat, tidak hitam.
Bila mulai naik tanda awal ni, ini petanda untuk anda bertindak dengan lebih aktif jaga gigi anak anda!
YANG MANA SATU GIGI ANAK ANDA ?
Peringkat pertama 1️⃣ Gigi yang sihat berwarna putih susu.
Permukaannya licin. Ruang antara gigi itu normal untuk tumbesaran gigi kekal nanti.
Peringkat kedua 2️⃣ Tompok putih tanda awal gigi susu nak rosak.
Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida. Kalau tompok putih ini dibiarkan, akan menjadi kuning dan coklat.
Peringkat ketiga 3️⃣ Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang.
Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.
Peringkat keempat 4️⃣ Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak.
Gusi dan muka akan bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.
Risau! Ya ramai ibubapa risau lepas tengok gambar white spot pada gigi. Baru perasan yang anak masing-masing ada white spot tu.
Dah tu nak buat apa ni doktor? Takut dibiarkan jadi lubang nanti! Jawapan: Cari punca.
PUNCA KENAPA GIGI SUSU MULA ROSAK :
1. Gosok gigi sekurangnya 2 kali sehari tak?
Ini wajib ya. Paling penting SEBELUM TIDUR.
2. Guna Ubat gigi kanak-kanak yang berfluorida?
Kalau sudah naik “white spot” tu jangan bertangguh, terus guna ubat gigi berfluorida ya.
3. Pemakanan anak macam mana? Kerap bagi gula-gula? Kerap makan manis?
Ala.. nenek / pengasuh dia yang bagi saya memang tak bagi sebab saya kerja. Tak kan nak suruh doktor gigi yang bagitahu nenek dia.. Awak kan mak ayah dia. Kalau nak jaga hati pun, balik rumah..sorokkan semua bekal yang manis-manis tu daripada anak.
4. Bersihkan mulut anak selepas menyusu?
Lepas menyusu kena lap gigi tu, atau minta anak berkumur. Kebiasaan untuk membersihkan mulut bayi iaitu gusi, bahagian dalam pipi serta lidah bayi, guna kain bersih yang lembut dan lembap.Lakukan selepas bayi menyusu dan sebelum waktu tidur.

5. Mengempeng susu.
Alahai doktor, anak saya menyusu badan sahaja..Tahukah anda bahawa terdapat kandungan gula pada susu badan dan susu botol.
Jika anak suka menyusu sampai tertidur. Sisa susu yang terlalu lama melekat pada gigi susu anak dan akan menyebabkan gigi susu cepat rosak terutamanya di bahagian depan.
Sebaiknya cabut puting susu, angkat bibir anak dan lap sisa susu pada gigi mereka.
6. Bawa jumpa doktor gigi.
Untuk periksa kesihatan mulut keseluruhan. Ini bagus kalau ada kerosakan yang kita tak perasan, doktor gigi akan bagitahu.
7. Sapuan fluorida
Sapuan Flourida adalah pencegahan. Ia hanya boleh dikelolakan oleh dental professional.
Walaupun sudah sapu Flourida atau nak sapu Flourida..ibubapa tetap kena jaga gigi anak.
Sudahkah anda bawa anak jumpa doktor gigi? Mintalah nasihat yang terbaik untuk jaga gigi anak anda.
Bantu saya kongsikan ilmu kesihatan pergigian ini. Sayangi anak, jagalah gigi anak.
Dr. Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nampak Tanda Putih Kekuningan, Mesti Extra Jaga Gigi Anak. Kalau Tak Habis Rosak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nampak-tanda-putih-kekuningan-mesti-extra-jaga-gigi-anak-kalau-tak-habis-rosak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gigi Susu Anak Memang High Risk Untuk Dapat Karies Mudah Rosak Wajib Bawa Jumpa Doktor

Gigi Susu Anak Memang High Risk Untuk Dapat Karies Mudah Rosak Wajib Bawa Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 367 hits
Penjagaan mulut dan gigi anak anda perlu bermula sejak gigi pertama tumbuh lagi Kerosakan gigi atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut Penjagaan gigi sangat penting untuk memas...
Tertekan Punca Bersalin Awal Anak Tak Cukup Bulan Doktor Ini Pesan Jaga Kesihatan Sebelum Hamil

Tertekan Punca Bersalin Awal Anak Tak Cukup Bulan Doktor Ini Pesan Jaga Kesihatan Sebelum Hamil

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 272 hits
Kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 36 Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang i...
Anak Lelaki Boleh Harap Buat Kerja Rumah Jaga Adik Ini Rahsia Ibu Anak 4

Anak Lelaki Boleh Harap Buat Kerja Rumah Jaga Adik Ini Rahsia Ibu Anak 4

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 430 hits
Kita percaya tak pada rezeki Setiap orang ada anak Tapi tidak semua anak itu diuruskan dengan cara yang sama Setiap ibu ayah ada cara tersendiri Tapi matlamatnya adalah sama iaitu supaya anak kita menjadi manusia yang berguna untuk agama da...
Dekatkan Diri Dengan Anak Perempuan Didik Adab Jaga Maruah Diri Barulah Anak Makin Bersih

Dekatkan Diri Dengan Anak Perempuan Didik Adab Jaga Maruah Diri Barulah Anak Makin Bersih

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 259 hits
Tanpa pemantauan dari mak ayah anak anak kita cenderung dan mudah terpengaruh dengan pelbagai anasir tidak sihat Disebabkan itulah pengetahuan asas mengenai seksualiti perlu didedahkan pada anak anak kita supaya mereka tahu membezakan yang ...
Hiburan Bekas Isteri Keluar Jumpa Kekasih Keith Foo Tak Kisah Saya Boleh Jaga Anak Di Rumah

Hiburan Bekas Isteri Keluar Jumpa Kekasih Keith Foo Tak Kisah Saya Boleh Jaga Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 602 hits
Kini bergelar duda anak satu pelakon Keith Foo memberitahu hubungan dia dan bekas isteri Kim Raymond tetap baik dan harmoni Sumber Kosmo Online Yang menjadi keutamaan buat mereka berdua kini adalah kebahagiaan anak sulung Skylar Raymond Foo...
Tiada Babak Sentuh Wanita Syafi Tee Jaga Nama Baik Sebagai Anak Dr Ridhuan Tee

Tiada Babak Sentuh Wanita Syafi Tee Jaga Nama Baik Sebagai Anak Dr Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 590 hits
Pelakon baru Syafi Tee tidak pernah menyembunyikan status diri sebagai anak kepada pendakwah terkenal iaitu Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sejak mula menjinakkan diri dalam dunia seni Malah pelakon berusia 28 tahun itu sangat beruntung kerana...
Hiburan Umi Doakan Mad Nah Terbaca Tanda Tanda Seorang Anak Derhaka Mk K Clique Terus Hubungi Ibu

Hiburan Umi Doakan Mad Nah Terbaca Tanda Tanda Seorang Anak Derhaka Mk K Clique Terus Hubungi Ibu

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 252 hits
Penyanyi kumpulan rap K Clique MK khabarnya telah menghubungi ibunya di kampung selepas membaca sebuah pesanan mengenai tanda tanda seorang anak yang derhaka kepada orang tuanya Sumber Instagram MK Potongan ayat itu difahamkan telah meneran...
Bahaya Kalau Anak Tak Pandai Kemas Lepas Sepahkan Mainan Tanda Ef Anak Lemah

Bahaya Kalau Anak Tak Pandai Kemas Lepas Sepahkan Mainan Tanda Ef Anak Lemah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 336 hits
Biarlah nanti dah besar pandailah dia kemas sendiri mungkin ada yang berpendapat sebegini Sebenarnya anak kecil harus di didik supaya mengemas kembali permainan mereka setelah bermain supaya mereka ada rasa tanggungjawab terhadap sesuatu pe...
Comelnya Twins Putih Melepak Ainan Tasneem Kongsi Wajah Anak Kini Dah Berusia 1 Bulan

Comelnya Twins Putih Melepak Ainan Tasneem Kongsi Wajah Anak Kini Dah Berusia 1 Bulan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 360 hits
Selamat melahirkan bayi kembar sepasangnya pada 20 Disember lalu kini penyanyi Ainan Tasneem Redzuan tampil mendedahkah wajah kedua anaknya itu selepas mereka kini berusia sebulan Malah terdahulu selepas beberapa minggu dilahirkan Ainan jug...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa