Naluri Seorang Wanita Ni Kuat Terdetik Sahaja Tentang Pasangan Dada Akan Berdegup Kencang


Naluri Seorang Wanita Ni Kuat. Terdetik Sahaja Tentang Pasangan, Dada Akan Berdegup Kencang. Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari dari kisah penuh kontroversi pasangan suami isteri yang berlaku baru-baru ini. Perkongsian pendapat daripada wanita ini, Puan Nurul Jannah yang juga merupakan seorang Peguambela & Peguamcara mengenai isu ini wajar dijadikan panduan buat kita.

1. Naluri Seorang Isteri Naluri seorang isteri ni cukup kuat . Terdetik apa sahaja tentang suami, dada akan rasa berdegup kencang .
Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami , sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu. Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri. Lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau bukan esok lusa pun pasti masanya akan tiba. Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami. Ibaratnya, dua hati yang berbeza tapi saling bertaut. Hebat kuasa Allah. Tapi kadang2 isteri juga kena tau bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan ni suka sangat ganggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu , takut isteri akan jatuh derhaka. Mohonlah petunjuk dengan berdoa.

2. Jangan Fikir Negatif Sebenarnya kan , kalau boleh jangan fikir lansung benda2 tak best macam ni. Jangan rasa takut orang akan kebas pasangan kita atau takut suami kita curang. Sebabnya, saya ada terbaca, Allah akan uji kita dengan benda yang kita takut .Sebab Allah nak tengok sejauh mana pergantungan dan keyakinan kita dengan Allah.

3. Selalu Berdoa Pada Allah Mohon la pada Allah melalui doa. Allah takkan sia-siakan doa hambanya. Cubalah kita fikir, seluruh alam ni semua ada dalam genggaman tangan Allah. Kalau la Allah boleh pegang dan kawal benda yg ada di bumi dan di langit , takkan la Allah tak boleh pegang hati pasangan kita untuk tetap setia dengan kita kan. So, doa dan yakin sajalah supaya Allah jaga. Nak takut apa lagi kalau Allah yang jaga? Tapi kebahagiaan rumahtangga tu bila wujudnya rasa sakinah, mawaddah dan rahmah di antara suami isteri. Lagi ustaz cakap, cuba pergi Mahkamah Syariah. Kebanyakan yang bercerai semua yg cantik-cantik.

4. Maknanya apa? Maknanya cantik ni bukanlah kunci utama kebahagiaan rumahtangga . Bukanlah kecantikan tidak penting lansung . Tapi nak tekankan ia bukan prioriti utama untuk kita bahagia . Berapa ramai yg cantik tapi menderita dalam rumahtangga . Bukan kecantikan yang menjadi kayu ukur kebahagiaan . Tapi suami lebih bahagia jika baik akhlak isterinya , hormat dirinya dan menjaga maruah suami dan isteri . Oleh itu jadilah isteri yang baik . Buatlah sehabis baik terhadap pasangan kita seolah2 dia akan mati meninggalkan kita esok hari .

5. Redha Sebab tu bila kita buat baik dengan pasangan , jangan mengharapkan balasan dari dia . Sebab dia pun manusia , tak pernah sempurna. Dan kalau suami curang jangan sesekali kita mengungkit dan mempersoalkan kenapa dia masih tegar untuk mengkhianati kita setelah kita sudah menjadi yang terbaik untuk dirinya . Sebab hakikatnya hanya Allah yang berhak menilai semua kebaikan kita . Ustaz Ebit Lew selalu cakap , kalau Allah datangkan ujian , sebenarnya Allah nak kirimkan kebaikan buat kita. Jangan pulak tanya , apa kebaikannya ? Tak nampak pun ? Hati kita ni selalu dididik untuk nampak kebaikan tu dalam bentuk material dan duniawi saja. Kita lupa ada alam akhirat sana .Tak mustahil Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti . Mungkin dengan asbab kesabaran kita , Allah tulis nama kita dalam senarai ahli2 Syurga . Siapa tahu?

6. Lelaki yang curang bukanlah lelaki yang baik Dah tu , kenapa nak simpan lagi barang tak elok ? Buat sakit dada . Semak . Kita let go sajalah . Move on lah . Masa ni singkat sangat kalau nak berebut nak bergaduh soal manusia . Sebab kita tak tahu bila ajal kita untuk mati .

7. Kalau tak nak rasa sakit Selalu lah set mind yg suami kita tu bukanlah hak milik kekal kita. Allah hanya bagi pinjam untuk kita berkongsi kehidupan yg sementara. Mungkin selama-lamanya atau mungkin tak lama lagi, Allah akan ambik balik pasangan kita. Atau mungkin jodohnya dengan orang lain pula kan. Sakit tu memang lah sakit, tapi Allah dah aturkan semuanya. Siapa kita untuk menolak? Tiada daya pun kita nak melawan takdir.

8. Untuk yang pernah dikecewakan Bersangka baiklah . Tapi jangan sesekali melupakan kebaikan pasangan. Janganlah disebabkan satu keburukan, kita lupa pasangan kita pernah bersusah payah untuk melengkapkan keinginan kita yg tak pernah cukup. Selalu ingat bahawa Allah tidak akan menjadikan sesuatu kejadian dengan sia-sia. Pasti ada pesanan yang ingin dikirim Allah kepada kita. Apa2 pun, kembalilah kepada Tuhan. Bentang sejadah, sujud, mohon doa dan taubat kepadaNya. Mungkin kita pernah meletakkan cinta kepada pasangan kita melebihi cinta kepada Allah. Ketahuilah sebenarnya Allah sangat cemburu jika kita meletakkan cinta manusia sebagai cinta paling agung. Mungkin sebab itu Allah menguji kita.
Sumber: Nurul Jannah Via Mingguan Wanita
The post Naluri Seorang Wanita Ni Kuat. Terdetik Sahaja Tentang Pasangan, Dada Akan Berdegup Kencang! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/naluri-seorang-wanita-ni-kuat-terdetik-sahaja-tentang-pasangan-dada-akan-berdegup-kencang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muka Seiras Tanda Ada Jodoh Wajah Sama Dengan Pasangan Jodoh Kuat

Muka Seiras Tanda Ada Jodoh Wajah Sama Dengan Pasangan Jodoh Kuat

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 2278 hits
Muka seiras tanda ada jodoh First of all siapa yang mulakan dulu tips or petua ni Second of all yeke Hahaha Muka umi dan abi saya tak berapa nak seiras tapi Alhamdulillah berkekalan je hingga sekarang Mana bukti muka seiras tanda ada jodoh ...
Lelaki Jangan Pernah Sakiti Hati Seorang Wanita Hatinya Setipis Kulit Bawang

Lelaki Jangan Pernah Sakiti Hati Seorang Wanita Hatinya Setipis Kulit Bawang

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 642 hits
Lelaki Jangan Pernah Sakiti Hati Seorang Wanita Hatinya Setipis Kulit Bawang Wanita hatinya setipis kulit bawang Diciptakan dengan penuh kelembutan kasih sayang dan mudah mengalirkan air mata jika ada perkara yang memilukan terjadi padanya ...
Dr Zubaidi Jelaskan Tiada Masalah Makan Asid Folik Ketika Haid Bukan Untuk Kesuburan Wanita Sahaja

Dr Zubaidi Jelaskan Tiada Masalah Makan Asid Folik Ketika Haid Bukan Untuk Kesuburan Wanita Sahaja

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 382 hits
Doktor adakah asid folik boleh diambil ketika haid Pil asid folik sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya tetapi asid folik juga disarankan kepada wanita yang...
Suami Jadi Korban Lion Air Jt 610 Seorang Wanita Menangis Histeris Dan Ingin Meloncat Ke Laut

Suami Jadi Korban Lion Air Jt 610 Seorang Wanita Menangis Histeris Dan Ingin Meloncat Ke Laut

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 312 hits
Jatuhnya pesawat Lion Air JT 610 di perairan Karawang pada Senin lalu memang meninggalkan duka yang mendalam Terutama bagi keluarga korban jatuhnya pesawat Lion Air JT 610 yang hingga kini belum semuanya terevakuasi Hal ini seperti yang dir...
Jika Ada 6 Benda Ni Pada Pasangan Anda Itu Tanda Dia Seorang Yang Jujur

Jika Ada 6 Benda Ni Pada Pasangan Anda Itu Tanda Dia Seorang Yang Jujur

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 588 hits
Jika Ada 6 Benda Ni Pada Pasangan Anda Itu Tanda Dia Seorang Yang Jujur Adakah Dia Benar Benar Jujur Dalam tempoh bercinta ialah masa di mana anda mengenali hati budi si dia sama ada dia benar benar jujur dalam hubungan yang dijalin Dari be...
Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut Imannya

Kisah Seorang Wanita Belajar Ilmu Dukun Sehingga Dicabut Imannya

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 332 hits
Larangan mempercayai pawang dukun atau bomoh dan mempelajari ilmu daripada mereka disebabkan terselitnya unsur unsur penipuan dan kebatilan Gambar hiasan Kebanyakan perkhabaran berita syarat dan bentuk amalan yang ditetapkan oleh mereka mer...
Kasus Pembunuhan Dufi Seorang Wanita Ikut Dibawa Bersama Tersangka Nurhadi

Kasus Pembunuhan Dufi Seorang Wanita Ikut Dibawa Bersama Tersangka Nurhadi

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 274 hits
Tidak satu pun pihak kepolisian yang mau memberikan keterangan terkait status perempuan tersebut Belum diketahui pula hubungan antara wanita itu dengan pelaku pembunuhan
Anak Sah Demam Influenza Pastikan Anak Di Rumah Sahaja

Anak Sah Demam Influenza Pastikan Anak Di Rumah Sahaja

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 536 hits
Musim demam dan selsema ini ada baiknya mama papa rehatkan diri daripada bawa anak berjalan jalan Walaupun bakal memasuki musim cuti sekolah hujung bulan ni mama papa kena fikirkan kesihatan anak anak Bukan apa ada baiknya untuk anak anak k...
Rafizi Cabar Saya Sanggup Lawan Siapa Sahaja Tok Mat

Rafizi Cabar Saya Sanggup Lawan Siapa Sahaja Tok Mat

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 244 hits
KUANTAN Timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berikrar akan berusaha sehabisnya dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau pada pilihan raya kecil yang akan diadakan Mohamad yang menyandang kerusi itu sejak tahun 200...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya