Sudahnya Ikan Tu Dia Bela Anak 3 Tahun Guna Joran Mainan Mengalahkan Orang Pro


Siapa sangka anak kecil yang berusia 3 tahun ini berjaya mendapat seekor ikan Haruan kira-kira (anggaran) 30cm hanya dengan menggunakan joran mainan yang dibeli oleh Ayahnya, En. Faizal Adha Sa’aet dua hari yang lalu.

Teruja dengan situasi tersebut, En.Faizal telah memuatnaik gambar Mohd Fayyad (3 tahun) dan hasil tangkapan ke dalam Facebook miliknya. Posting tersebut telah mendapat 8.2 ribu perkongsian dan 4.5 ribu tanda suka.
Rata-rata teruja dan kagum dengan kebolehan anak kecil ini mendapat ikan sebesar itu dengan hanya menggunakan joran mainanya.

Menurut En.Faizal yang dihubungi oleh pihak Pa&Ma, Fayyad sememangnya minat memancing dan meminta untuk dibelikan joran mainan. En.Faizal yang juga pemancing menunaikan hasrat anaknya. Melihat pada rasa teruja Fayyad mendapat joran, dia bersetuju untuk membawa Fayad memancing sekitar parit di hadapan kedainya yang terletak di Kampung Batu Putih, Batu Pahat Johor.

“Mula-mula sampai di tepi parit, Fayyad terus baling umpan ke dalam parit dan ikan tersebut terus makan umpan tersebut. Tapi sebaik sahaja ikan makan umpan, joran Fayyad terjatuh ke dalam air. Dalam masa beberapa saat saya cuba membantu Fayyad. Fayyad masa tu nampak macam nak menangis. Tak lama joran tersebut timbul dan saya bantu Fayyad untuk ambil joran dan terkejut tengok ikan mengena pada umpan.

“Ini adalah joran pertama Fayyad dan ikan ini juga ikan pertama hasil tangkapan Fayyad. Bila Fayyad meminta untuk dibawa memancing diluar, saya menggubah bahagian mata kail asal supaya dia dapat memancing ikan. Dia memang tekun memancing dan sangat minat memancing.

“Niat mulanya beli untuk main dalam rumah, rezeki dia. Saya pun ada peralatan memancing jadi boleh ubah suai bahagian mata kail. Bila dia dapat ikan ni dia sangat teruja. Sampai ke malam dia teruja dan abang-abangnya minta untuk bela ikan Haruan ni sebagai kenangan buat Fayyad.” Tambah En.Faizal

Ayah kepada 3 cahaya mata lelaki ini sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak untuk pergi memancing dan menjala setiap 2 minggu di sekitar Batu Pahat. Baginya, minat anak harus diraikan dalam masa yang sama sebagai orang dewasa, kita perlu memantau keselamatan anak-anak.
Kredit: Faizal Adha Sa’aet
  (Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)


The post “Sudahnya Ikan Tu Dia Bela” Anak 3 Tahun Guna Joran Mainan Mengalahkan Orang Pro appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sudahnya-ikan-tu-dia-bela-anak-3-tahun-guna-joran-mainan-mengalahkan-orang-pro/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rezeki Tak Salah Alamat Anak Mancing Hanya Guna Joran Mainan Tapi Boleh Dapat Ikan Besar

Rezeki Tak Salah Alamat Anak Mancing Hanya Guna Joran Mainan Tapi Boleh Dapat Ikan Besar

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 661 hits
Memancing merupakan satu aktiviti yang seringkali diminati oleh kaum lelaki Aktiviti ini tidak mengira malam atau siang bahkan mereka yang gemar memancing akan lebih cendorong memilih tempat percutian yang mempunyai pakej memancing sekali B...
Sayur Mentah Antara Makanan Yang Mudah Tercekik Untuk Anak Bawah 4 Tahun

Sayur Mentah Antara Makanan Yang Mudah Tercekik Untuk Anak Bawah 4 Tahun

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 340 hits
Tercekik makanan adalah perkara berisiko untuk terjadi kepada anak kecil terutamanya di bawah usia 4 tahun Tetapi adakah anda tahu untuk mengenal pasti jenis makanan yang harus dielakkan Potensi anak tercekik makanan Biasanya anak mungkin b...
Idea Aktiviti Homeschooling Anak Guna Zip

Idea Aktiviti Homeschooling Anak Guna Zip

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 449 hits
Idea Aktiviti Homeschooling Anak Guna Zip Assalamualaikum dan salam sayang Terima kasih di atas saranan dari kawan blogger untuk
No Birthday Party No Problem Dah Tiga Tahun Usia Aqeef Anaqi Amar Baharin Doakan Semoga Jadi Anak Soleh

No Birthday Party No Problem Dah Tiga Tahun Usia Aqeef Anaqi Amar Baharin Doakan Semoga Jadi Anak Soleh

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 726 hits
Si comel Aqeef Anaqi yang merupakan anak kepada pasangan pelakon dan selebriti Malaysia Amar Baharin dan Amyra Rosli baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ketiga dua hari yang lalu Memandangkan perlaksanaan semula Perintah Kawalan Perger...
Selamat Dilahirkan 10 10 20 Shah Iskandar Timang Anak Sulung Selepas 4 Tahun

Selamat Dilahirkan 10 10 20 Shah Iskandar Timang Anak Sulung Selepas 4 Tahun

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 316 hits
Nikmat yang cukup membahagiakan Selepas empat tahun berkahwin dan menanti zuriat kehadiran Yusuf menjadi pelengkap bahagia kami Hadirnya menyuntik rasa cinta yang penuh nikmat ketika kita semua berdepan dengan ujian pandemik COVID 19 Insya ...
Jangan Sia Siakan Usia Anak 1 6 Tahun Terlepas Tempoh Ni Kita Akan Rasa Rugi

Jangan Sia Siakan Usia Anak 1 6 Tahun Terlepas Tempoh Ni Kita Akan Rasa Rugi

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 521 hits
Anak anugerah terbesar buat kita menjadi seorang ibu bapa Waktu usia anak 0 6 tahun raikanlah mereka dengan penuh gembira Manfaatkan masa dengan mereka kerana waktu kecilnya hanya sekali saja Bila dah berlalu fasa usianya 6 tahun anda akan ...
Hiburan Shah Iskandar Dan Isteri Timang Anak Pertama Setelah Empat Tahun Menanti Kehadiran Cahaya Mata

Hiburan Shah Iskandar Dan Isteri Timang Anak Pertama Setelah Empat Tahun Menanti Kehadiran Cahaya Mata

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 471 hits
Pelakon yang kini popular dengan drama Ryan Aralyn Shah Iskandar 38 telah berkongsi berita gembira apabila isterinya Siti Sarah Mohd Noor telah selamat melahirkan bayi pertama mereka pada pukul 2 02 petang pada 10 Oktober lalu Shah telah me...
Ditahan Polisi Ibu Bunuh Anak Kandung Di Ende Terancam 20 Tahun Penjara

Ditahan Polisi Ibu Bunuh Anak Kandung Di Ende Terancam 20 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 274 hits
MAW alias Mira ibu yang tega membunuh anak kandungnya sudah ditahan di sel Polres Ende Nusa Tenggara Timur sejak Minggu setelah penyidik Sat Reskrim memeriksa dan menetapkan Mira sebagai tersangka Kasat Reskrim Polres Ende AKP Laurensius me...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Hiburan Tak Nak Tape Nak Jenis Pants Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan Maiwp Jadi Tumpuan

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Traffic Reported Smooth On Major Highways

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity