Nak Tau Khasiat Surah Al Ikhlas Jom Baca Ni Menarik Sangat
NAK TAU KHASIAT SURAH AL-IKHLAS? JOM BACA NI. MENARIK SANGAT. Surah Al-Ikhlas adalah surah ke-112 dalam Al-Quran yang terdiri dari 4 ayat, juga dikenali sebagai surah pelindung. Ia merupakan penyataan ringkas tauhid, keesaan mutlak Allah SWT. Untuk pengetahuan korang, Al-Ikhlas bermaksud kesucian atau penulenan yang mana ia kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan islam. Menariknya, surah ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tak disebutkan dalam surah itu sendiri.
Apakah khasiat surah Al-Ikhlas?
Nak tau khasiat surah Al-Ikhlas? Jom baca ni. Menarik sangat. Kredit Google.
Semasa memulakan kerja, bacalah ayat ini sebelum kita memulakan apa-apa saja kerja sebab dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan
Sebelum masuk ke rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kemudian, masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya takde orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut
Amalkanlah bersolat, sebab salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tapi, bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu
Ketika sakit. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby
Khatam al-Quran. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran
Pahala membacanya. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat
Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka : "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya, Qul Huwallahu Ahad, tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s. Allahhus Somad, tertulis di sayap malaikat Mikail a.s. Lamyalid walam yuulad, tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s. Walam yakullahu kufuwan ahad, tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s."
Nak tau khasiat surah Al-Ikhlas? Jom baca ni. Menarik sangat. Kredit Google.
Waallahualam.
Sumber Wikipedia.org
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2020/05/nak-tau-khasiat-surah-al-ikhlas-jom.html