Nak Tambah Anak Perlu Dua Dua Setuju Ni Tanda Hormat Isteri Dapat Rehat


Berkahwin, mempunyai anak dan membina keluarga bahagia semuanya impian setiap pasangan yang berkahwin. Namun demikian dalam bab perancangan keluarga juga, ia penting mendapat persetujuan bersama.
Ini untuk memastikan suami atau isteri sentiasa rasa berlapang dada dalam menjalani kehidupan bersama. Termasuklah merancang bilangan anak. Memang rezeki anak Allah yang tentukan, tapi jika kedua-dua bersetuju dan mampu untuk berikan yang terbaik tak mengapa.
Andai kata ekonomi keluarga pun sederhana dan suami fikirkan kesihatan isteri mintalah pendapat bersama. Ini untuk pastikan amanah yang diberikan Allah dijaga dan diberi pendidikan sebaiknya dunia akhirat.

Seperti perkongsian Nurul Hasna’ Hazni, bab kehamilan seharusnya memerlukan persetujuan suami isteri. Ini untuk memudahkan pasangan itu sendiri.
1 Januari lepas, ketika sedang mengalihkan perancangan-perancangan yang tertangguh dan yang masih perlu berlangsung untuk dibawa ke tahun baru, saya tersengih melihat perancangan di bulan Oktober 2020.
Sungguh jelas dan berwawasan perancangannya. Haha.
Walaupun Allah izin, kehamilan bermula lebih awal pada bulan Julai. We are surprised yet predictable. alhamdulillah haza min fadhli Rabbi.
Sejujurnya setiap anak kami adalah anak di bawah perancangan dan persetujuan bersama. Kami berbincang untuk dimulakan kehamilan pada waktu-waktu tertentu agar persiapan fizikal, mental dan emosi kami, suami isteri serta termasuk anak-anak sedia ada dapat dibina biiznillah.
Terutama kehamilan kali ini, kami mendapatkan juga persetujuan bersama anak-anak sedia ada, adakah mereka bersedia mendapat adik baby? Adalah Fayyadh bersedia menjadi abang kepada dua orang adik? Adalah Furqan bersedia menjadi abang?
Alhamdulillah kami bersyukur kerana respon mereka positif. Selepas diizinkan Allah memperolehi berita kehamilan, kami memaklumkan kepada anak-anak dan mereka sangat gembira bercampur teruja.

MENGAPA KEHAMILAN MEMERLUKAN PERSETUJUAN SUAMI DAN ISTERI?
Kerana itu adalah tanda saling menghormati dan saling memuliakan antara suami dengan isteri sebagai dua orang manusia yang menjalani kehidupan bersahabat dan berkomunikasi sihat.
Kawan,
Proses kehamilan dan penyusuan adalah proses yang memberi pekerjaan baru kepada isteri. Pekerjaan yang membataskan tenaga, masa dan kemampuan isteri untuk menjalankan tanggungjawab sedia ada sama ada sebagai seorang isteri, ibu, pekerja mahupun pelajar atau lain-lain.
Pengalaman kehamilan peribadi, di fasa terawal, saya akan bertukar menjadi kain buruk yang terlalu royok dan monyok. Semua perkara yang masuk akan dilonjak keluar oleh perut. Senyuman mati dan mata sentiasa menangis. Loya itu bukan sekadar apabila makanan atau minuman memasuki kerongkong, malah air liur sendiri meloyakan. Kain lap perlu sentiasa ada bagi mengelakkan air liur meleleh keluar kerana tekak memang tidak mampu menelannya.
Beberapa bulan berkondisi begitu. Solat tidak mampu sempurna kerana tidak boleh rukuk dan sujud dek sedikit bongkok sudah terasa bagai gelongsor yang meluncur keluarkan isi perut. Mulut hanya diam kerana pergerakan untuk bercakap umpama pam yang menggerakkan aliran dari bawah.
Suami?
Pandai-pandailah beliau hidup saat itu kerana untuk saya hidup pun sudah terlalu perit

Lalu bagaimana sekiranya ada suami yang mendakwa isteri kurang memberi layanan ketika isteri hamil sedangkan isteri sedang hampir ‘terbunuh’ oleh benih dirinya sendiri? Sungguh syaitan lelaki yang merungut sedemikian.
Jika tidak mahu terkurang walau seinci layanan bagai raja, jangan pernah terfikir untuk menghamilkan isteri.
Kemudian ditambah pula proses penyusuan selama dua tahun. Penyusuan badan menjadikan tubuh badan isteri sebagai hak mutlak bayi meski tanpa rela.
Anak akan melekat. Anak akan mencari. Anak akan membuatkan isteri lesu tidak tidur malam. Anak akan menyebabkan isteri terhalang dari menghabiskan sebahagian besar urusan rumahtangga.
Belum dicampur penambahan jadual pam susu ke dalam diari harian si ibu. Belum diselak rasa lapar ibu sepanjang tempoh penyusuan. Belum dilihat rasa ‘inferiority’ ibu terhadap perubahan tubuh badan selepas proses kehamilan, kelahiran dan penyusuan.
Lalu, bagaimanakah ada suami mampu berhati buta merungut rasa tersisih dek isteri perlu utamakan anak kecil yang melekat? Bagaimana tegarnya suami mempertikai isteri yang tidak sehangat dahulu dek dia buta melihat isteri lesu oleh hasil benih dirinya sendiri?
Kredit: pexels.com MENGAPA KEHAMILAN MEMERLUKAN PERSETUJUAN ANAK-ANAK?
Anak-anak adalah anugerah. Setiap seorang dari mereka. Setiap seorang.
Anak yang belum wujud bukan di dalam bidang tanggungjawab kita, namun anak sedia ada adalah amanah dan mesti menjadi fokus utama kita.

Kawan,
Anak-anak memerlukan kita secara fizikal, mental dan emosi. Mereka mahukan kita, ibu bapanya secara jelas keberadaannya bersama mereka (fizikal), mereka mahukan kita meletakkan mereka sebagai keutamaan atau prioriti dalam setiap perancangan dan keputusan kita (mental) serta mereka memerlukan kasih sayang kita yang mesti ditunjukkan agar mereka tahu bahawa kita menyayangi mereka sepenuh jiwa (emosi).
Sekiranya membesarkan anak dengan cuma memberi gadget untuk ditonton atau cuma untuk dikhabarkan pada dunia bahawa kita subur dan tidak mandul, celakalah kita yang sedang membinasakan jiwa makhluk yang bakal mendewasa mewarnai dunia.
Dan setiap proses kehamilan mengambil tempoh 9 bulan dari kehidupan normal antara ibu dengan anak-anak sedia ada. Belum dicampur fasa berpantang dan biasa di awal penyusuan.
Ibu yang sedang kelepek, muntah dan lemah, apakah punya waktu untuk bermain dengan anak? Anak sedia ada memerlukan ruang untuk menyesuaikan diri dengan kondisi baru ibu mereka. Mereka pasti berasa sedih, keliru dan kecewa apabila ibu tidak lagi seriang dahulu dan tidak lagi dapat bermain secergas dahulu.
Kredit: pexels.com Kemudian saat kandungan membesar, ibu semakin mudah sakit dan tidak lagi boleh diluru untuk dipeluk keras atau dipanjat. Pergerakan ibu terbatas. Anak semakin terasa jauh.
Sejujurnya pengalaman kehamilan kedua dan ketiga, rasa bersalah pada anak sedia ada sangat menebal. Terutama apabila anak meluahkan rasa sedih, “lama kita tak main dengan bonda”, walaupun kemudiannya dijawab sendiri oleh anak “yela kan dalam perut bonda ada baby” sambil diteruskan dengan gaya dan acara berebut untuk bercakap dengan baby
Saya tidak menulis hantaran kali ini dengan dalil agama, kerana asasnya hantaran ini adalah pandangan peribadi. Lagipun telah ditulis isu ini menurut hukum Syarak dalam hantaran-hantaran lepas.
Sungguh.
Ketahuilah bahawa Islam lebih dahulu membawa perjuangan memberi rahmah kepada setiap jiwa dalam urusan berumahtangga. Kerana hakikatnya sakinah, mawaddah warrahmah adalah matlamat membina syurga di dalam keluarga dalam rangka membina syurga di akhirat insyaAllah.
Seorang bonda yang terlalu banyak kelemahan,
Nurul Hasna’ Hazni
#tipsdarimakcik
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nak Tambah Anak Perlu Dua-Dua Setuju. Ni Tanda Hormat & Isteri Dapat ‘Rehat’! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-tambah-anak-perlu-dua-dua-setuju-ni-tanda-hormat-isteri-dapat-rehat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stress Isteri Zaman Dulu Sekejap Je Isteri Zaman Sekarang Lepas Kerja Kena Ambil Anak Lebih Banyak Stress Dari Rehat

Stress Isteri Zaman Dulu Sekejap Je Isteri Zaman Sekarang Lepas Kerja Kena Ambil Anak Lebih Banyak Stress Dari Rehat

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 339 hits
Dalam kehidupan moden pada masa ini kita sentiasa berada dalam keadaan stress Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini me...
Majlis Khwin Lagi 5 Hari Tapi Bakal Isteri Dh Mgandung Anak Lelaki Lain Aku Tpksa Kahwin Demi Maruah Tapi Bersyarat

Majlis Khwin Lagi 5 Hari Tapi Bakal Isteri Dh Mgandung Anak Lelaki Lain Aku Tpksa Kahwin Demi Maruah Tapi Bersyarat

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 405 hits
Foto sekadar hiasan Assalamualaikum admin Mohon hidekan profil saya Saya sekarang dalam dilema Majlis kahwin saya lagi 5 hari lagi tapi Permasalahan saya di sini berkaitan tunang saya Dia dah mengandung 1 bulan Tapi sebelum tu saya nak makl...
Nak Urus Anak Atau Pasangan

Nak Urus Anak Atau Pasangan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 309 hits
Di dalam satu ceramah pernah aku hadiri pada tahun lepas Sekiranya diberikan pilihan Nak urus anak atau pasangan Manage well supaya keluarga kita happy sihat dan kita seronok untuk bekerja Apakah peranan kita Penjagaan anak anak itu adalah ...
Hompton By The Beach Penang Ada Katil Dua Tingkat Yang Menarik Perhatian Anak Anak Sangat Awesome

Hompton By The Beach Penang Ada Katil Dua Tingkat Yang Menarik Perhatian Anak Anak Sangat Awesome

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 712 hits
Hompton By The Beach Penang Ada katil dua tingkat yang menarik perhatian anak anak sangat awesome Asslamualaikaum Hai semuaPada kali ini khaty ingin berkongsi sesuatu yang menarik mengenai pengalaman menginap di Hompton By The Beach Penang ...
Hiburan Sudah Dua Tahun Berkahwin Ziela Jalil Jelas Tiada Niat Sembunyi Status Sebagai Isteri Kedua

Hiburan Sudah Dua Tahun Berkahwin Ziela Jalil Jelas Tiada Niat Sembunyi Status Sebagai Isteri Kedua

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 541 hits
Baru baru ini kecoh di laman media sosial mengenai cerita seorang penerbit terkenal yang sudah pun berkahwin dan menjadi isteri kedua sejak dua tahun lepas Tak lama kemudian seorang gadis mengulang ciap berita tersebut dan mengakui bahawa D...
Tunggu Umi Ayah Di Sana Dua Anak Syurga Sempat Bertahan 20 Minggu Dalam Kandungan

Tunggu Umi Ayah Di Sana Dua Anak Syurga Sempat Bertahan 20 Minggu Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 391 hits
Kandungan belum cukup bulan bayi akan keluar awal walaupun usia kandungan belum matang Itu yang dilalui oleh seorang ibu apabila keempat empat kandungannya dilahirkan sekitar usia 20 minggu lebih Berkongsi mengenai pengalaman melahirkan bay...
Adam Shahz Nafi Bawa Anak Tidur Sebilik Dengan Kekasih Dakwa Difitnah Bekas Isteri

Adam Shahz Nafi Bawa Anak Tidur Sebilik Dengan Kekasih Dakwa Difitnah Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 287 hits
Hari ini kecoh mengenai pelakon Adam Shahz atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani yang didakwa membawa anak perempuan Ivy Herra Sophia tidur sebilik dengan teman wanitanya Namun menurut laporan mSstar Online pelakon berusia 39 tahun...
Daddy Tau Anak Daddy Kuat Menangis Nak Balik Rumah Jumpa Daddy Fizo Omar Mohon Doakan Maryam

Daddy Tau Anak Daddy Kuat Menangis Nak Balik Rumah Jumpa Daddy Fizo Omar Mohon Doakan Maryam

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 251 hits
Siapapun tidak menduga namun inilah yang terpaksa dilalui bila mana berdepan dengan jangkitan wabak yang satu ini Teramat bimbangkan keadaan Maryam yang kini berada di hospital pelakon Fizo Omar memohon doa daripada semua agar Maryam dalam ...
Patut Laa Fazura Tak Nak Tunjuk Rupanya Fazura Kngsi Wajah Anak Sekali Netizen Perasan Sesuatu

Patut Laa Fazura Tak Nak Tunjuk Rupanya Fazura Kngsi Wajah Anak Sekali Netizen Perasan Sesuatu

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 390 hits
loading Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura yang memperoleh bayi sulung mereka pada 2 Oktober 2020 merahsiakan wajah puteri mereka sebelum ini
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua