Nak Saya Tukar Hidung Baru Ke Baru Tak Hina Siti Sarah
Isu menghina bentuk badan atau wajah orang lain sering dimainkan tidak kira siapa mangsanya. Hatta, selebriti terkenal juga tidak lepas dari terkena tohmahan dan penghinaan sebegini.
Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin meluahkan rasa terkilannya apabila menerima kutukan secara terus menerus terhadap hidungnya.
Tadi tengah scroll IG, ternampak @sitinordiana bercakap pasal body shaming, di ig @mediahiburan. Dan ada yang bercakap pasal berat badan dan gigi dia..
Sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masalah yang sama iaitu orang pandang jijik mengenai bentuk hidung saya.. Saya tak tahu macam mana nak suruh mereka berhenti!!
Jauh di sudut hati saya dah tak boleh hadam benda ni sebab saya pun hadap benda ni selama lebih dari 30 tahun. Lagi dan lagi saya hadapi benda sama pasal hidung, hidung dan hidung.
Nak saya tukar hidung ke baru tak hina saya?? Bagitau dengan saya macam mana nak buat sebab … Allah bagi saya hidung ni.. Apa patut saya buat? Menangis?
Awak puas hati ke bila awak kutuk orang? Kalau awak berada ditempat saya, mungkin sekarang awak dah ada dalam wad gila!!
Untuk pengetahuan, segala kutukan awak pasal hidung saya, satu keluarga saya baca, suami dan anak2! Tahu tak??
Orang sekarang ni dah terlalu teruk bab-bab mengutuk fizikal orang. Terlalu ramai orang yang macam saya diluar sana menderita sebab kena kutuk dengan orang yang macam ni. Korang je yang tak tau. Ada manusia sekarang yang hitam hati dia, kutuk yang bukan-bukan pasal orang.
View this post on Instagram
Tadi tengah scroll ig, ternampak @sitinordiana bercakap pasal body shaming, di ig @mediahiburan ..n ada yg bercakp pasal berat badan dan gigi die.. sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masaalah yg sama😭😭😭 yatitu org pandang jijik mengenai bentuk hidung saya.. i dont know how to tell thm off!! jauh di sudut hati SAYA DAH TAK BOLEH HADAM bende ni sebab saya pun HADAP bende ni selama lebih dari 30 tahun . over and over again saya dok denga bende yg sama pasal HIDUNG HIDUNG DAN HIDUNG… nak say tuka hidung ke baru tak hina saya?? bagi tau dengan saya macam mana nak buat sebab … Allah bagi bagi saya hidung ni .. what should i do? Cry? Awak puas hati ke bila awak kutuk org? Kalau awak berada ditempat saya , mungkin sekarang awak dah ada dalm wad gila!! FYI segala kutukkan awak pasal HIDUNG saya, satu keluarga saya baca suami dan anak2! Do u KNOW THAT ??? Org sekarang ni dah terlalu teruk bab2 mengutuk fizikal org .. Terlalu ramai org yg macam saya diluar sana menderita sebab kene kutuk dengan org yg macam ni… korang je yg tak tau. Ada manusia sekrg yang hitam hati dia, kutuk yang bukan-bukan pasal orgg.
A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on Dec 27, 2019 at 5:01am PST
Sumber: Instagram
The post “Nak Saya Tukar Hidung Baru Ke Baru Tak Hina?”- Siti Sarah appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/12/28/nak-saya-tukar-hidung-baru-ke-baru-tak-hina-siti-sarah/