Nak Rambut Panjang Dengan Lebih Cepat Cuba 5 Petua Ini
Korang nak rambut panjang dan nampak sihat dengan lebih cepat? Ada cara semulajadi yang lebih menjimatkan boleh dicuba.
Kalau nak ikutkan ada banyak cara, tapi kalau tanpa sis sis lebih suka menggunakan bahan-bahan semulajadi jer supaya rambut panjang dengan lebih cepat dengan sihat.
Berikut beberapa cara semulajadi supaya rambut panjang lebih sihat dengan cepat:
1. Santan Kelapa
Tak tahulah korang tahu ke tak bahawa santan kelapa juga boleh digunakan untuk memanjangkan rambut. Nie petua orang dulu-dulu, zaman sis kecik-kecik dahulu mak sis suka sangat letak santan kat rambut sis.
Alasannya supaya rambut sis cepat panjang, lebat dan jadi lebih hitam serta lembut. Kebetulan rambut sis memang jenis perang. Ala-ala blonde giteww.
Caranya mudah sahaja, lumurkan santan pekan pada kulit kepala secukupnya. Urut perlahan-lahan, lepas tu balut/tutup dengan tuala suam. Biarkan selama 15-20 minit.Kemudian, bilaslah sehingga bersih. Nanti korang akan rasakan rambut jadi lebih lembut
2. Minyak Zaitun
Penggunaan minyak zaitun memang efektif untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut.Minyak zaintun juga boleh menyuburkan rambut, melembutkan rambut yang kering serta kusam supaya kelihatan lebih bersinar.
Boleh titiskan minyak zaitun pada kulit kepala, kemudian urut secara lembut selama 5-10 minit macam tu. Pakai sebelum tidur. Biarkan semalaman, keesokkan pagi time mandi tu barulah dibilas sehingga bersih
3. Lidah Buaya
Kalau ada lidah buaya kat rumah, jangan ragu-ragu untuk memanfaatkannya untuk penjagaan rambut.
Cara memanjangkan rambut dengan menggunakan lidah buaya ini sangatlah senang. Korang hanya perlu ambil ambil gelnya, kemudian sapukannya ke kulit kepala dan rambut.
Kalau rajin bolehlah kisar atau racik atau ramas terlebih dahulu gel tersebut sebelum dilumur ke kulit kepada dan juga rambut. Biarkan selama 201-30 minit, kemudian bilas sehingga bersih.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, boleh campurkan gel lidah buaya tadi dengan sedikit madu. Gaul sebati sebelum dilumur pada rambut dan kulit kepala
Baca Juga: Masalah Rambut Bermiyak? Cuba Tips Mudah Ini!
4. Teh Hijau
Jangan tak percaya ya dengan khasiat yang terkandung pada teh hijau yang boleh panjangkan rambut dengan cepat.
Kandungan antioksidan tinggi yang terdapat pada the hijau membantu melancarkan pengaliran darah pada kulit kepala sehingga merangsang pertumbuhan rambut dengan lebih cepat
5. Minyak Bijan
Bercerita tentang minyak bijan nie, sis punya kisah tersendiri. Teringat masa kecil dahulu selain rambut kena lumur dengan santan kelapa, minyak bijan juga turut mak sis gunakan semata-mata mahu menghitamkan rambut sis tu. (Kalaulah petua tersebut tak dipraktikan oleh mak sis, dah tentulah rambut sis jadi lebih blonde berbanding sekarang nie he he he )
Selain membantu menghitamkan rambut, minyak bijan juga dikatakan mampu menstimulasikan pertumbuhan rambut. Korang boleh jer campurkan dengan minyak zaitun dalam kadar yang sama banyak.
Minyak zaitun bersifat ringan dan menghidrasi tentunya akan membuatkan rambut lebih lembut dan halus. Lumurkan pada rambut, ramas-ramas perlahan supaya meresap ke kulit kepala.Biarkan selama setengah jam, lepas tu barulah cuci sehingga bersih.
Baca Juga: Petua Hitamkan Rambut Beruban
Itulah antara petua nak rambut panjang dengan lebih cepat. Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Okay, sekian dulu. Tata!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Credit Images: pexels.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2022/02/nak-rambut-panjang-dengan-lebih-cepat.html