Cara Mudah Nak Sental Segala Kekotoran Hanya Dengan Guna Sebotol Cuka Je


Cara Mudah Nak Sental Segala Kekotoran Hanya Dengan Guna Sebotol Cuka Je! Hujung minggu ini, eloklah cari sebotol cuka untuk bersihkan rumah, punyalah banyak kegunaan cuka untuk cuci dan sental segala kekotoran. Nak tahu apa kelebihannya, baca perkongsian daripada Puan Shida Rahman…
Rupa-rupanya banyak betul manfaat cuka untuk membersihkan perkakas rumah kita.
Ada 25 petua kat bawah ni yang boleh kita cuba.
1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.
5. Cuci Microwave oven.
Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.
6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.
7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.
8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.
9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.

10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan. Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.
11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.
12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.
13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.
14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
18. Untuk menyegarkan bilik air
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.
20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.
21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering.
22. Membersihkan peralatan perak, gangsa dan pewter yang tercemar.
Campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
23. Menanggalkan tompokan hitam di dalam periuk aluminium.
Campurkan 1 cawan Cuka dan 1 cawan air. Masukkan kedalam bekas aluminium tersebut dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Kesan tompokan hitam akan tanggal.
24. Menghindarkan semut.
Semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut.
25. Memulihkan sponge atau pengelap pinggan.
Rendamkan di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam selama semalaman.
Moga bermanfaat untuk semua.
Sumber: Mingguan Wanita
The post Cara Mudah Nak Sental Segala Kekotoran Hanya Dengan Guna Sebotol Cuka Je! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/cara-mudah-nak-sental-segala-kekotoran-hanya-dengan-guna-sebotol-cuka-je/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Cara Mudah Dan Selamat Guna Semula Minyak Terpakai

Ini Cara Mudah Dan Selamat Guna Semula Minyak Terpakai

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 498 hits
Ini Cara Mudah Dan Selamat Guna Semula Minya TerpakaiSebelumnya rakyat malaysia tidak pernah bising dengan Harga minyak masak kerana kerajaan memberikan subsidi untuk minyak masak sehingga 2 billion setahun
Nak Beri Ubat Pada Anak Ada Caranya Cara Mudah Mama Perlu Ikuti

Nak Beri Ubat Pada Anak Ada Caranya Cara Mudah Mama Perlu Ikuti

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 462 hits
Bila anak demam kita mulalah susah hati Bukan apa sebab anak susah sangat nak makan ubat Nak paksa kesian pula Sebenarnya ada cara dan langkah terbaik untuk pujuk anak dan cara terbaik untuk beri anak makan ubat adalah dengan cara yang diko...
Cara Mudah Nak Kasih Sayang Pasangan Anda Bertambah Ikut 5 Tip Power Ini

Cara Mudah Nak Kasih Sayang Pasangan Anda Bertambah Ikut 5 Tip Power Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 532 hits
Cara Mudah Nak Kasih Sayang Pasangan Anda Bertambah Ikut 5 Tip Power Ini Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya mendambakan kasih sayang seorang lelaki yang bergelar suami Anda pasti pernah terfikir cara untuk membuatkan sang suami sem...
Nak Perut Kempis Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi Mudah Cepat

Nak Perut Kempis Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi Mudah Cepat

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 584 hits
Nak Perut Kempis Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi Mudah Cepat Selepas mandi cuba lihat diri sendiri di depan cermin Suka atau tidak Lebih lebih lagi jika perut buncit selepas bersalin tentu hilang keyakinan diri bila lihat diri...
Anak Menangis Mengamuk Nak Telefon Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta

Anak Menangis Mengamuk Nak Telefon Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 554 hits
Satu hal yang membuatkan mama papa rungsing tapi tak mampu nak bertindak cara bagaimana adalah perihal masalah telefon bimbit pada anak Menangis mengamuk dan meronta ronta antara perkara biasa setiap kali tidak diberikan telefon Pening dibu...
Cara Mudah Je Nak Hilangkan Bintik Hitam Dan Jerawat

Cara Mudah Je Nak Hilangkan Bintik Hitam Dan Jerawat

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 504 hits
Cara Mudah Je Nak Hilangkan Bintik Hitam Dan Jerawat Jerawat dan bintik hitam sendiri pada umumnya dapat disebabkan oleh karena kulit berminyak kotoran dan sisa make up sehingga dapat menyebabkan penyumbatan pada pori pori kulit wajah yang ...
Cara Membuat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya Guna 5 Bahan Ini Dapat Menikmati Minuman Coklat Macam Di Kedai

Cara Membuat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya Guna 5 Bahan Ini Dapat Menikmati Minuman Coklat Macam Di Kedai

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 1257 hits
Cara Membuat Serbuk Minuman Coklat Sendiri Hanya Guna 5 Bahan Ini Dapat Menikmati Minuman Coklat Macam Di Kedai Post Edited Entri ini tahun 2016 Tajuk entri dah macam kalau nak minum hot chocolate tak payah pergi kedai hii Buat sendiri lagi...
Cara Mudahnya Nak Tahu Kedai Makan Guna Pelaris Rileks Media

Cara Mudahnya Nak Tahu Kedai Makan Guna Pelaris Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 828 hits
Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung kemudian mempercayai ramalan si tukang dukun tadi maka ia telah pun kufur d...
Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer Dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu

Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer Dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 744 hits
Taktik Scammer Ini Cara Nak Kesan Scammer dengan Mudah Anda Rugi Jika Tidak Ambil Tahu Dalam zaman serba serbi moden ini banyak perkara yang boleh dibuat secara online sama ada membeli atau menjual dan sebagainya Memang lumrah kehidupan set...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya