Nak Latih Baby Duduk Boleh Tapi Ambil Tahu 19 Perkara Penting Ini Dahulu


Pada usia berapa bayi mula duduk? Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia 1 tindakan tidak wajar?

Bergelar ibu bapa, pastinya anda berasa bangga apabila melihat si manja mencapai tahap perkembangan yang baik.
Antara salah satu perkembangan yang dinantikan ibu bapa adalah untuk melihat anaknya dapat duduk dengan baik.
Tetapi adakah anda tahu bila bayi akan mula duduk dengan sendirinya?
Bila bayi mula duduk?
Umumnya, seorang bayi akan belajar untuk duduk pada sekitar usia 6 bulan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah bagi sudah mula belajar untuk duduk seawal usia 4 dan 5 bulan.
Tapi ada juga bayi yang hanya mula belajar untuk duduk setelah usia 7 dan 8 bulan.
Ia adalah sesuatu yang normal. Ini kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza dan ada rentaknya yang tersendiri. Sebagai ibu bapa anda tidak boleh membandingkan mereka.
Namun, bagaimana pula jika ada ibu bapa yang mahu melatih bayi duduk, boleh ke?
Kemahiran diperlukan sebelum bayi mula duduk
Sebelum menjawab persoalan mengenai melatih bayi duduk, berikut adalah kemahiran yang diperlukan sebelum bayi mula duduk dengan sendirinya:
Sekitar usia 2 bulan
Si manja boleh mengangkat dan menahan kepalanya pada posisi 45° sambil meniarap untuk beberapa minit.
Sekitar usia 3 bulan
Pada usia ini, bayi sudah boleh mengangkat kepala dan dadanya pada posisi 45° sambil meniarap. Keadaan kepala si manja lebih stabil berbanding sebelumnya.
Sekitar usia 4 bulan
Bayi sudah dapat mengangkat kepalanya sehingga 90° sambil meniarap. Si kecil juga mungkin sudah mencuba untuk duduk dengan bantuan.
Sekitar usia 5 bulan
Pada tempoh ini, anak anda akan mula mengangkat keseluruhan badannya semasa sesi tummy time.
Si kecil juga sudah boleh berguling. Dengan sokongan, mereka juga akan dapat mengekalkan kestabilan kepala ketika duduk.
Sekitar usia 6 bulan
Si manja sudah boleh duduk dengan bantuan. Malahan mereka juga sudah mampu berguling ke kiri dan ke kanan.
Sekitar usia 7 bulan
Kebanyakan bayi boleh duduk sendiri tanpa sokongan. Bahkan si manja mungkin sudah boleh mengangkat bahagian atas badan mereka.
Sekitar usia 8 bulan
Sudah mampu untuk duduk tegak tanpa bantuan. Pada waktu ini, anak anda mungkin mampu menggerakkan bahagian atas badannya dengan mudah dan seimbang.
Jangan terkejut, jika si manja sudah cuba-cuba untuk berdiri dengan bantuan pula.
Cara untuk melatih bayi duduk
Sudah tentu anda boleh melatih bayi duduk. Namun ada caranya.
Tummy time
Penting untuk anda memberikan masa secukupnya untuk bayi melakukan tummy time.
Apabila si manja sudah boleh mengawal kepalanya, baringkan dia secara meniarap.
Pada permulaan, letakkan dia meniarap di atas pangkuan atau perut anda.
Setelah bayi sudah semakin kuat, biarkan dia untuk berbaring di permukaan yang selamat untuk tummy time.
Back time
Tummy time langkah penting untuk menguatkan leher dan otot bahagian atas badannya. Manakala back time dapat menguatkan otot abdomen, dada dan belakang badan.
Baringkan bayi secara menelentang dan berikan dia mainan. Anda mungkin dapat melihat anak cuba untuk berguling.
Pegang bayi dalam posisi lurus
Anda boleh melatih bayi duduk dengan meletakkan mereka dalam posisi duduk. Tetapi pastikan badan si manja diberikan sokongan sepenuhnya.
Bantuan tambahan
Anda boleh gunakan pelbagai alatan tambahan atau mainan untuk membantu si manja duduk.
Gunakan bantal sebagai pelapik ketika bayi duduk di atas ribaan anda. Berikan mainan di hadapan si manja dan bantu mereka mencapainya.
Posisi melatih bayi duduk
Terdapat beberapa posisi yang boleh dicuba untuk membolehkan bayi mula duduk sendiri:
Duduk di pangkuan
Biarkan bayi duduk di riba anda dan alihkan sokongan tangan daripada badan atas ke badan bawah. Gerakkan tangan anda daripada bahagian dada ke bahagian pinggul bawah si manja.
Posisi ini sesuai untuk bayi berumur 3 hingga 6 bulan.
Duduk di kerusi
Anda boleh gunakan kerusi untuk membolehkan bayi mula duduk. Kaedah ini sesuai untuk si manja yang sudah mula untuk duduk tetapi masih perlu melakukan kestabilan bahagian badan atas.
Duduk di lantai antara kaki
Sesuai untuk bayi berusia 4 hingga 5 bulan. Bayi akan mendapat sokongan daripada dada dan kaki anda.
Duduk di lantai dengan bantal
Letakkan bantal di sekitar bayi dan mainan di hadapan mereka. Biarkan dia mencapai mainan tersebut.
Posisi tripod
Biarkan bayi duduk dengan kedudukan kaki terpisah dan letakkan mainan pada jarak yang boleh dicapai.
Biarkan bayi menggunakan kekuatan bahagian belakang badannya untuk mencapai mainan tersebut. Sesuai untuk bayi berusia 4 hingga 6 bulan.
Duduk dalam bakul pakaian
Untuk melatih bayi duduk, letakkan mereka dalam bakul pakaian atau kotak. Ia membolehkan si manja mendapat sokongan kiri dan kanan.
Posisi cincin
Sesuai untuk bayi usia 6 hingga 8 bulan. Letakkan bayi duduk di lantai dengan kaki terbuka tetapi bertemu di tapak kaki.
Ada beberapa senaman yang boleh dilakukan untuk membolehkan bayi mula duduk tetapi jangan berlebihan.
Jika anda menyedari kadar perkembangan si manja terbantut atau perlahan, dapatkan pemeriksaan doktor.
 
The post Nak Latih Baby Duduk? Boleh Tapi Ambil Tahu 19 Perkara Penting Ini Dahulu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-latih-baby-duduk-boleh-tapi-ambil-tahu-19-perkara-penting-ini-dahulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Percuma Tapi Tak Ada Siapa Nak Duduk Kisah Rumah Misteri Di Louisiana

Rumah Percuma Tapi Tak Ada Siapa Nak Duduk Kisah Rumah Misteri Di Louisiana

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 398 hits
Siapa tak mahu barang percuma Hampir semua orang sukakan barang percuma apatah lagi jika ia merupakan sesuatu yang mahal Namun di Lousiana Amerika Syarikat tiada sesiapa yang sanggup tinggal di sebuah rumah biarpun ditawarkan secara percuma...
Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan

Trauma Anak Cedera Naik Baby Walker Doktor Sarankan Cara Ni Nak Latih Anak Berjalan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 641 hits
Penggunaan baby walker sememangnya tidak disarankan malah dilarang sama sekali kepada bayi kecil kita kerana risiko kecederaan yang terlalu tinggi Pun begitu masih terdapat mak ayah yang gemar membelikan walker ini dengan alasan untuk meran...
Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 392 hits
Semua ibu bapa mahu anak mereka bijak dan berjaya di masa hadapan Namun anak yang bijak tak datang dengan sendirinya Banyak usaha yang perlu kita sebagai ibu bapa lakukan untuk memastikan anak berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah di ...
Ketahui Perkara Yang Di Sukai Wanita Tapi Di Benci Lelaki

Ketahui Perkara Yang Di Sukai Wanita Tapi Di Benci Lelaki

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 307 hits
Kadang kadang ramai wanita di luar sana tidak tahu perkara yang lelaki benci tentang wanita kerana ini boleh menyebabkan hubungan tidak kekal lama dan berpanjangngan Mungkin kerana ada yang berpendapat ia tidak penting Gambar hiasanOleh itu...
Abah Nak Cuba Boleh Ramai Tersentuh Hati Bapa Ini Pinjam Jubah Konvokesyen Anak

Abah Nak Cuba Boleh Ramai Tersentuh Hati Bapa Ini Pinjam Jubah Konvokesyen Anak

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 1384 hits
Istiadat konvokesyen merupakan satu majlis yang berprestij dan disambut secara meriahnya di setiap universiti Gambar adalah sekadar hiasan Image via Majlis Konvokesyen diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para graduan ...
Tak Pandai Baking Tapi Demi Baby Tasha Buat Kek Birthday Untuk Baby Makan Ramai Minta Resipi

Tak Pandai Baking Tapi Demi Baby Tasha Buat Kek Birthday Untuk Baby Makan Ramai Minta Resipi

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 808 hits
Penyanyi terkenal yang juga merangkap guru Tasha Manshahar baru baru ini menyambut ulang tahun kelahiran putera sulungnya Muammar 1 tahun Apa yang menariknya ulang tahun Muammar apabila Tasha sendiri yang berusaha membuat kek hari jadi buat...
Nak Mengandung Tapi Ada Pcos 4 Rahsia Ini Untuk Berjaya Hamil Confirm Lekat

Nak Mengandung Tapi Ada Pcos 4 Rahsia Ini Untuk Berjaya Hamil Confirm Lekat

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 293 hits
Setiap wanita yang berkahwin pasti ingin mempunyai zuriat sendiri Namun tidak semua bernasib baik untuk hamil Ia mungkin disebabkan masalah kesuburan atau juga beberapa masalah lain yang sering melanda kaum wanita salah satunya adalah Sindr...
Duduk Perkara Penyerangan John Kei Terhadap Nus Kei Berawal Dari Perselisihan Soal Penjualan Tanah

Duduk Perkara Penyerangan John Kei Terhadap Nus Kei Berawal Dari Perselisihan Soal Penjualan Tanah

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 358 hits
Duduk perkara kasus penyerangan kelompok John Kei terhadap Nus Kei di Perumahan Green Lake City Tangerang Minggu Diketahui John Kei dan Nus Kei masih memiliki hubungan kekerabatan Nus Kei merupakan paman dari John Kei Penyerangan dengan tar...
Tips Penting Boleh Cuba Bagi Peniaga Untuk Close Sale Guna Whatsapp

Tips Penting Boleh Cuba Bagi Peniaga Untuk Close Sale Guna Whatsapp

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 295 hits
Anda seorang peniaga Artikel kali ini sangat sesuai dibaca oleh anda Biasanya sebagai peniaga medium utama untuk kita berkomunikasi dengan pelanggan secara atas talian adalah menerusi aplikasi WhatsApp Proses ini datang selepas pelanggan be...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

Apple Dilaporkan Teroka Pengeluaran Iphone Di Indonesia

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Peluang Untuk Peneroka Felda Tambah Pendapatan

Les Violettes School Complex A Nature Inspired Learning Environment By Hemaa

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Sim Pans Hypocrite Pas For Opposing Non Muslim Affairs Minister Idea

Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

Modul Karangan Spm Pasca Pkp