Nak Latih Anak Ke Tandas Bebas Lampin Guna Jadual Ini Lebih Mudah Senang


Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Permulaan untuk ke tandas bergantung kepada faktor fizikal dan emosi seorang kanak-kanak itu.

Apa itu latihan ke tandas?
Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan keberdikariaan. Latihan ke tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan kering dan bersih.
Kepentingan Latihan ke Tandas kepada Kanak-kanak
Ianya penting untuk perkembangan kanak-kanak supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa, kering dan bersih. Adanya latihan ke tandas, pada umur 2 hingga 2½ tahun kanak-kanak boleh dilatih untuk menjaga dirinya berada dalam keadaan kering dan bersih. Manakala bagi kanak-kanak yang tiada latihan, pada umur 4 tahun sahaja mereka mungkin boleh berada dalam keadaan kering dan bersih.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang kurang upaya pula memerlukan bantuan latihan untuk menjadikan mereka lebih berdikari tanpa meminta bantuan pertolongan daripada sesiapa.
Cara memberi latihan kepada kanak-kanak yang normal dengan kanak-kanak yang kurang upaya adalah berbeza kerana melatih kanak-kanak yang kurang upaya memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu mengambil masa yang panjang. Dan apa yang penting adalah sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus untuk mereka supaya boleh lebih berdikari sendiri.
Kenapa kanak-kanak tidak mampu untuk ke tandas?
-Mempunyai perkembangan mental yang lambat dan juga menghadapi masalah fizikal.
-Ibu bapa/penjaga tidak menyediakan keperluan yang diperlukan dan juga memberikan latihan kepada anak.
-Kanak-kanak tidak mampu untuk mengawal pundi kencing mereka.
-Tidak mendengar ataupun memahami arahan yang ringkas
  Langkah-Langkah untuk Latihan ke Tandas
Untuk Permulaan
Kenalpasti kekerapan dan masa yang biasa kanak-kanak itu membuang air. Untuk mengenalpasti keadaan ini, ibubapa / penjaga boleh membuat satu jadual untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air.
Ini penting untuk mengetahui tempoh yang diambil oleh kanak-kanak untuk membuang air. Cara untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air boleh dibuat dalam bentuk jadual.
Contoh Jadual : Jadual Kanak-kanak Pergi ke Tandas
HARI DAN MASA
MASA SEWAKTU MENGHANTAR ANAK KE TANDAS/POTTY
ADAKAH ANAK MEMBUANG AIR DI TANDAS/POTTY
BASAH
KERING
YA
TIDAK
 
 
 
 
 
 
Cara untuk Mengawal Membuang Air Kencing / Besar Dan Belajar untuk Berdikari
Mula Apabila Kanak-kanak Telah Bersedia
Biasanya kanak-kanak yang normal pada umur 2 hingga 2½ tahun boleh mula dilatih, tetapi bagi kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat, latihan ke tandas boleh dimulakan pada umur 3 atau 4 tahun ataupun lebih.
Tiga cara untuk melihat samada kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan latihan ke tandas :
Mengawal pundi kencing
Adakah kanak-kanak sentiasa kering pada setiap jam.
Adakah kanak-kanak tahu tentang hendak membuang air (lihat pada muka, dua belah kaki kanak-kanak).
Adakah kanak-kanak membuang air dengan banyak pada satu masa tanpa meleleh/menitis pada setiap masa.
Jika kanak-kanak dapat mengawal 3 perkara ataupun sekurang-kurangnya 2 perkara di atas, ini bererti mereka boleh mengawal pundi kencing dan latihan ke tandas boleh dimulakan.

Persediaan untuk bekerjasama
Untuk melihat kanak-kanak cukup memahami dan boleh memberi kerjasama, uji dengan memberikan arahan yang ringkas kepada kanak-kanak seperti baring, berdiri, masukkan mainan ke dalam kotak dan juga meminta kanak-kanak menepuk tangan. Jika kanak-kanak boleh membuat dengan rela hati ini menunjukkan mereka telah bersedia dari segi mental untuk melakukan latihan ke tandas.
Persediaan fizikal dan emosi
Uji dengan cara seperti dibawah:
Bolehkah kanak-kanak mengambil objek yang kecil dengan mudah.
Bolehkan kanak-kanak berjalan /bergerak dengan sendirinya.
Bolehkah kanak-kanak mencangkung atau duduk diatas bangku /tempat duduk dan adakah mereka dapat mengimbangkan diri.
Bagi kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang mereka akan meminta untuk ditukar baru apabila tidak selesa.
Mula menunjukkan minat untuk memakai seluar dalam dan bukannya lampin pakai buang.
Mahu bersendirian apabila ingin membuang najis.
Jika kanak-kanak itu dapat lakukan seperti diatas, ini bermakna mereka sudah boleh dilatih untuk ke tandas tetapi masih memerlukan pertolongan dari segi fizikal dan emosi.
Melatih Kanak-kanak di atas Potty
Kenalpasti masa yang biasanya kanak-kanak membuang air contoh selepas makan.
Selepas mengenalpasti masa tersebut, latih kanak-kanak untuk ke tandas atau pun letakkan kanak-kanak di atas potty.
Berikan galakkan kepada mereka dengan perkataan yang biasa digunakan (seperti shiiiih atau poo).
Tinggalkan kanak-kanak diatas potty sehingga membuang air. Jika tidak membuang air, kanak-kanak tidak harus didudukan/ditinggalkan di atas potty lebih dari 10 minit.
Pastikan potty diletakkan dalam keadaan yang selamat.
Beri ganjaran setelah kanak-kanak berjaya membuang air seperti tepuk tangan, cium dia, dan lain-lain.
Jika kanak-kanak tidak membuang air semasa latihan, jangan paksa atau menghukum. Jangan mengkritik kanak-kanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan semasa latihan ke tandas.

Membersihkan
Terangkan kepada kanak-kanak bahawa bermain dengan najis adalah tidak baik.
Ajar kanak-kanak untuk membersihkannya dan basuh tangan kamu dan kanak-kanak itu dengan sabun.
Ajar dan bantu anak untuk menggunakan flush.
Ajar kanak-kanak supaya membasuh tangan dengan sabun selepas menggunakan potty bagi contoh dengan membasuh tangan anda sendiri.
Tunjuk Ajar Cara Menanggalkan Seluar dan Bukan Hanya Memberi Arahan
Ibubapa digalakkan memakaikan anak-anak mereka dengan pakaian (seluar) yang mudah untuk ditanggalkan/dilonggarkan. Tujuannya untuk memudahkan kanak-kanak untuk menanggalkan/melonggarkan pakaian (seluar) mereka apabila hendak ke tandas.
Jika kanak-kanak tidak boleh melakukannya (susah untuk melaksanakan tugasan), ibubapa/penjaga tidak boleh melaksanakan tugasan tersebut. Bantu mereka dengan cara melakukan bersama-sama kanak-kanak tersebut supaya dapat belajar bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan sendiri.
Jika kanak-kanak susah untuk menarik pakaian (seluar) ke bawah, gunakan pakaian (seluar) yang mudah untuk dilonggarkan, contoh: seluar yang elastik, seluar yang menggunakan velcro.
Elakkan menggunakan seluar yang berbutang dan bertali pinggang.
Menggunakan Model Sebagai Contoh dan Demonstrasi kepada Kanak-kanak
Mengadaptasi Mengikut Kegemaran Kanak-kanak
Memberi Ganjaran kepada Kanak-kanak Setelah Mereka Berjaya Melakukannya
Latihan ke Tandas untuk Kanak-kanak Keperluan Khas
Ketidakupayaan fizikal – membuat pengubahsuaian tandas dan gunakan alat bantuan bagi memudahkan mereka menggunakan tandas tersebut dengan keadaan fizikal mereka .Mereka memerlukan sokongan dari ibubapa bagi mempelajari kemahiran yang baru untuk ke tandas.
Ketidakupayaan penglihatan – benarkan mereka menerokai tandas dan kedudukan tandas.Letakkan tangan kanak-kanak itu di bahu anda semasa anda bergerak dan beri galakkan untuk kanak-kanak untuk menyentuh peralatan yang digunakan di dalam tandas. Anda perlu menerangkan apa yang anda lakukan . Benarkan kanak-kanak itu untuk berdikari dan mencubanya. Mangkuk tandas bermuzik membantu dalam proses pembelajaran dan ianya menyeronokkan.
Ketidakupayaan pendengaran – Gunakan bahasa isyarat yang dapat difahami agar mereka boleh menggunakan ia untuk ke tandas. Gunakan buku untuk mengajar keperluan ke tandas.
Masalah pengawalan pembuangan air kencing – Latih kanak-kanak itu menggunakan jadual dan kerap ke tandas, contoh setiap jam perlu ke tandas samada untuk membuang atau tidak.
Permasalahan tingkahlaku – Tunjukkan gambar-gambar tandas atau kanak-kanak membuang air di tandas. Ajar untuk memberitahu, sekurang-kurangnya menyebut tandas,atau tunjuk ke arah tandas/gambar tandas/dan sebagainya.
Rujukan;
Creating Toilet Training Plan (2003). Guide to Toilet Training,American Academy of Pediatrics. Retrieved June 19 , 2013 from http://www.healthychildren.org
Mayo Clinic Staff (2011, 6 November).Potty training : How to get job done. Retrieved June 19 , 2013 from http://www.mayoclinic.com/health/potty-training/ CC00060/ METHOD=print
Syahida(2010, 13 January). Pendidikan Awal Kanak-kanak , latihan ke tandas. Retrived June 19, 2013 from http://warkahdarimama.blogspot.com/2010/01/belajar-ketandas.html
Kredit: KKM portal
The post Nak Latih Anak Ke Tandas & Bebas Lampin? Guna Jadual Ini, Lebih Mudah & Senang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-latih-anak-ke-tandas-bebas-lampin-guna-jadual-ini-lebih-mudah-senang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Makan Semeja Hubungan Suami Isteri Lebih Mesra Anak Pun Senang Nak Bentuk

Amalan Makan Semeja Hubungan Suami Isteri Lebih Mesra Anak Pun Senang Nak Bentuk

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 383 hits
Ada setengah keluarga masih mengamalkan aktiviti makan bersama sebagai rutin harian mereka namun tidak kurang juga yang sudah lama tidak berkesempatan meluangkan masa seperti itu Apa kata jadikan rutin makan bersama setiap hari sekurang kur...
Buat Pizza Guna Kaedah Shortcut Lebih Mudah Cepat Tak Perlu Nak Uli Doh

Buat Pizza Guna Kaedah Shortcut Lebih Mudah Cepat Tak Perlu Nak Uli Doh

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 268 hits
Kalau sebut tentang pizza tentu mama mama terfikir part paling susah nak menguli adunan doh kan Kalau mama mama malas nak buat doh pizza mama boleh guna kaedah shortcut yang dikongsi Hai mommies gojez sekalian alam Selalunya bila nak buat p...
Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Buat Stok Bahan Masakan Bayi Nak Masak Terus Boleh Guna Senang

Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Buat Stok Bahan Masakan Bayi Nak Masak Terus Boleh Guna Senang

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 384 hits
Makanan yang diberikan kepada bayi tidak sama dengan makanan orang dewasa Malah makanan bayi yang berumur kurang daripada setahun juga tidak boleh diletakkan gula ataupun garam Bahan kandungan makanan bayi perlulah semulajadi dan bahan peri...
Nak Anak Petah Cakap Paling Penting Mak Ayah Kena Libatkan Diri Baru Lebih Berkesan

Nak Anak Petah Cakap Paling Penting Mak Ayah Kena Libatkan Diri Baru Lebih Berkesan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 377 hits
Seronoknya mama papa bila dengar perkataan pertama si kecil tersayang Ada yang siap rekodkan video bila anak sebuat perkataan pertama dan ada juga tulis dalam jurnal untuk dijadikan sebagai kenangan bila mereka besar nanti Kemahiran anak un...
Buat Diy Playdoh Homemade Guna Bahan Di Dapur Mudah Selamat Untuk Anak

Buat Diy Playdoh Homemade Guna Bahan Di Dapur Mudah Selamat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 518 hits
Mesti seronok kalau dapat buat aktiviti dengan anak Apa kata kita cuba buat playdoh atau tanah liat Macam macam cara nak buat playdoh yang dikongsikan di internet Kalau nak ikutkan tentulah yang homemade ini lebih murah dan selamat lebih le...
Umur 7 Tahun Masih Kencing Malam Pakai Lampin Pakai Buang Mak Ayah Jangan Marah Anak Kena Tahu Punca Cara Nak Rawat

Umur 7 Tahun Masih Kencing Malam Pakai Lampin Pakai Buang Mak Ayah Jangan Marah Anak Kena Tahu Punca Cara Nak Rawat

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 445 hits
Anak kencing malam bukanlah satu masalah yang asing dalam kalangan ibu bapa Malah ada yang sehingga usia sudah bersekolah masih lagi memakai lampin pakai buang pada waktu malam Memang penat tiap hari nak kena jemur tilam yang diguna Tapi ja...
Pancake Cereal Comel Versi Baby Senang Nak Buat Anak Pun Teruja Nak Makan

Pancake Cereal Comel Versi Baby Senang Nak Buat Anak Pun Teruja Nak Makan

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 380 hits
Bila anak dah mula pandai makan mama memang teruja nak cuba macam macam jenis resipi Ya lah selain seronok tengok anak makan berselera boleh juga mama bereksperimen dengan resipi baru yang inovatif Yang penting bukan sahaja bentuknya memika...
Menu Simple Lengkap Karbohidrat Protein Vitamin Sedap Sangat Senang Nak Tarik Selera Anak

Menu Simple Lengkap Karbohidrat Protein Vitamin Sedap Sangat Senang Nak Tarik Selera Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 287 hits
Seronok tengok anak makan menu yang ibu masak dengan penuh berselera Lebih lebih lagi untuk anak yang sedang membesar dan tengah explore makanan tapi ada ketikanya mama juga buntu apa yang nak diberikan kepada anak anak Perkongsian daripada...
Idea Bento Untuk Bekal Anak Ke Sekolah Mudah Nak Buat Anak Pun Suka Mesti Habis

Idea Bento Untuk Bekal Anak Ke Sekolah Mudah Nak Buat Anak Pun Suka Mesti Habis

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 1532 hits
Bermula 22 Julai ni semua anak anak dah mula sekolah Anak anak memang digalakkan untuk membawa bekal dari rumah Tapi Ada kalanya mama pun buntu nak buat bekal apa untuk anak anak Selalu bekal yang dibawa tak habis dimakan Jadi untuk pastika...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah