Setelah Sekian Lama Jadi Anak Tunggal Tiba Tiba Dapat Adik Memang Susah Dia Nak Terima


“Husna taknak adik!!!”, pastinya merupakan antara ungkapan daripada anak sulung yang mendatangkan debaran kepada setiap ibu bapa. Apatah lagi memikirkan tentang anak kedua yang bakal lahir dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Anugerah terindah
Mempunyai adik-beradik merupakan satu nikmat yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Ia merupakan anugerah yang tidak boleh ditukar ganti. Anda mungkin bergaduh dengan kakak, abang ataupun dengan si adik, tetapi akhirnya anda tetap akan berbaik kembali kerana ikatan pertalian darah itu tidak akan terputus sampai bila-bila.
Namun, sudah tentu perkara itu hanya disedari tatkala anda sudah meningkat dewasa. Pastinya ketika zaman kanak-kanak, apatah lagi jika anda merupakan anak sulung, akan wujud sedikit kesukaran untuk menerima kehadiran individu baru dalam keluarga anda, bukan?
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh anak anda. Setelah sekian lama menjadi ‘anak tunggal’, tiba-tiba mendapat perkhabaran akan menjadi abang ataupun kakak. Perasaan yang dirasai itu sudah tentulah bercampur-baur.
Jadi bagaimana anda sebagai ibu bapa berdepan dengan situasi ini? Umumnya, anda bukan sahaja perlu melakukan persediaan untuk menerima kehadiran cahaya mata baru, tetapi anda juga perlu membantu cahaya mata pertama anda untuk menyesuaikan diri dengan perubahan.
Persediaan buat anak sulung
Berkomunikasi dengan anak sulung anda merupakan cara yang paling terbaik dalam memberikannya kefahaman mengenai anak/adik yang bakal dilahirkan. Terangkan kepadanya bagaimana bayi makan, tidur dan akan menangis pada kebanyakan masanya.
Tetapi adakah itu sahaja yang perlu anda katakan kepadanya? Tidak. Ini kerana proses penerimaan anak pertama anda sudah pastinya akan memakan masa. Mustahil anak anda akan terus menerima apa yang anda kongsikan kepadanya.
Jadi berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan dan sampaikan kepada anak sulung anda supaya mereka akan dapat membina satu ikatan baik dengan bayi yang akan dilahirkan.
1. Kepentingan berkongsi
Sebagai anak pertama dan satu-satunya anak dalam sesebuah keluarga sudah tentu segala perhatian menjadi miliknya, tanpa perlu berkongsi dengan individu lain. Jadi apabila mereka akan menerima adik, anda perlu mendidik mereka untuk belajar berkongsi.
Keadaan ini penting untuk mengelakkan sebarang pergaduhan kerana tidak mahu berkongsi mainan atau barangan miliknya dengan si adik. Bantu anak pertama anda cara untuk berkongsi bersama individu lain dan berkompromi.
2. Bagaimana untuk menjadi baik dan penyabar
Anak sulung anda perlu belajar mengenai banyak perkara sebelum kelahiran anak kedua. Tidak dinafikan ada sesetengah anak akan menjadi gembira menerima perkhabaran bahawa mereka akan menjadi abang atau kakak. Ini sudah tentu satu berita baik.
Tetapi anda sebagai ibu bapa masih tetap perlu mengajar mereka untuk menjadi baik dan bersabar. Ini kerana apabila anak anda terlalu excited untuk mendapat adik, mereka mungkin menyangka bahawa adik atau bayi yang akan dilahirkan untuk sudah cukup dewasa untuk bermain bersama mereka.
Nampak macam perkara yang remeh, bukan? Namun, jika anda mengabaikan perkara ini, anda mungkin akan berdepan situasi di mana anak pertama anda akan menjadi marah apabila terpaksa berdepan dengan bayi yang hanya tahu menangis dan tidur tanpa ingin bermain dengan mereka.
3. Sentiasa ada ruang
Ini merupakan satu situasi normal apabila anak pertama anda tidak mahu menerima kedatangan ahli keluarga baru. Mengapa? Kerana mereka berasakan, kehidupan anda sekeluarga; ayah, ibu dan dirinya, adalah sudah mencukupi.
Jangan berputus asa, sentiasa ungkapkan kepadanya bahawa lebih besar keluarga ini, pasti akan lebih meriah. Yakinkan kepadanya bahawa dia pasti akan menjadi abang atau kakak yang baik.
4. Kasih sayang tidak akan berkurangan
Sudah tentu perkara yang paling menjadi kebimbangan dan ketakutan bagi seorang anak sulung adalah mereka tidak lagi akan disayangi oleh ibu bapa mereka, kerana perhatian dan kasih sayang akan lebih terarah kepada bayi yang baru lahir.
Anda memainkan peranan penting di sini untuk meyakinkan kepada mereka bahawa anda tetap akan mengasihi mereka dan kasih sayang tidak akan berkurangan. Jika tidak, ia akan menimbulkan rasa cemburu yang akhirnya akan menimbulkan dendam.

5. Belajar berdikari
Jika sebelum ini mereka sentiasa mengharapkan bantuan anda untuk melakukan sesuatu perkara. Latih mereka untuk mengurangkan kebergantungan kepada anda. Ungkapkan kata-kata berunsur pujian seperti, “Mama yakin Husna boleh buat sendiri, sebab anak mama ini hebat”.
Kata-kata pujian yang diberikan dipercayai dapat membantu menaikkan lagi keyakinan diri mereka untuk melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Namun ia tidak bermakna anda boleh lepas tangan. Walaupun anda mahukan mereka untuk berdikari, pastikan anda tetap memantau mereka. Ini sudah tentu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
6. Bermain bersama
Sekiranya anak sulung anda jarang bermain bersama dengan rakan seusianya yang lain, maka anda perlu membiasanya diri mereka untuk belajar bermain bersama. Ajarkan kepada mereka cara betul bermain dengan individu lain.
Didik mereka untuk tidak bermain secara kasar atau mementingkan diri sendiri. Pupuk dalam diri mereka semangat berpasukan, ini sekali gus dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang pergaduhan ketika bermain.
7. Membantu
Bayi yang baru lahir sememangnya memerlukan bantuan untuk melakukan segala-galanya. Melatih anak sulung anda untuk mudah memberikan bantuan pastinya akan membuatkan mereka memahami bahawa bayi yang baru dilahirkan sentiasa perlu dibantu.
Berikan peluang kepada mereka untuk memberikan bantuan kepada bayi yang baru dilahirkan itu. Keadaan ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri mereka dan dalam masa yang sama mengeratkan hubungan antara anak pertama dan adik mereka.
8. Mengendalikan si kecil
Anda sedang dalam usaha untuk mengeratkan hubungan antara anak pertama dengan adiknya. Dalam masa yang sama anda harus memastikan mereka mengetahui cara untuk melakukannya.
Ajari mereka untuk melakukan segalanya dengan lembut dan perlahan. Jika tidak, mereka mungkin akan menyakiti bayi yang baru lahir itu walaupun pada hakikatnya mereka tidak berniat untuk melakukannya.
9. Kepentingan menjaga ahli keluarga
Sebagai anak sulung, mereka perlu mengetahui bahawa kehadiran anak kedua atau adik merupakan sebahagian daripada ahli keluarga. Oleh yang demikian, mereka tetap perlu disayangi dan dijaga sama seperti ahli keluarga yang lain.
Sekiranya mereka boleh menerima kenyataan ini, secara tidak langsung akan membuatkan mereka menjadi pelindung kepada adik mereka. Bukankah ini yang diharapkan oleh semua ibu bapa?
10. Meluahkan perasaan
Apabila wujud ahli keluarga baru, anak pertama anda mungkin akan lebih banyak memendam perasaan. Maka perkara penting yang perlu anda ajarkan kepada mereka adalah untuk meluahkan apa yang dirasakan.
Sentiasa pastikan mereka sedar bahawa anda sentiasa ada untuk mereka jika mereka ingin meluahkan perasaan walaupun dengan kehadiran adik baru mereka. Ini sudah tentu jalan yang terbaik daripada membiarkan anak pertama anda memendam apa yang dirasakan dan meluahkannya dengan cara membaling mainan atau melakukan sesuatu yang mungkin boleh membahayakan bayi.
Kesimpulan
Keseronokan untuk menerima kehadiran cahaya mata kedua seharusnya tidak menyebabkan anda mengabaikan keperluan anak sulung anda. Jangan biarkan mereka berasakan bahawa anda sudah tidak menyayangi mereka lagi.
Menerima kehadiran ahli keluarga baru bukanlah perkara yang mudah, khususnya jika mereka sudah lama menjadi ‘anak tunggal’ dalam keluarga. Jangan ambil mudah, okay?
The post Setelah Sekian Lama Jadi “Anak Tunggal” Tiba-Tiba Dapat Adik, Memang Susah Dia Nak Terima appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/setelah-sekian-lama-jadi-anak-tunggal-tiba-tiba-dapat-adik-memang-susah-dia-nak-terima/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hallo Ustaz Nak Kondem Orang Memang Syok Tapi Hang Tau Dak Penduduk Situ Lama Mana Paip Ayaq Tak Ada

Hallo Ustaz Nak Kondem Orang Memang Syok Tapi Hang Tau Dak Penduduk Situ Lama Mana Paip Ayaq Tak Ada

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 473 hits
BOB KELANANGHallo Ustaz Kita nie jika jadi orang alim akai pon bagilah ceredik sikit Nak kondem nak perli sekali sekala tengok sejarah sama apa yang berlaku di kampung hang nak kondem tuu Penduduk situ bertahun tunggu ayaq paip masuk zaman ...
Kisah Gadis Disantau Dan Disihir Setelah Sekian Lama

Kisah Gadis Disantau Dan Disihir Setelah Sekian Lama

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 351 hits
Abu Mayat Dan Paku Keluar Dari Badan Ibu Dipercayai Disihir Guna Tulang Manusia Minyak DaguSihir seperti santau digunakan oleh segelintir manusia demi melunaskan rasa iri hati dengki mahupun dendam mereka kepada individu lain dengan cara ha...
Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah

Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 321 hits
Anak yang pandai berdikari tentu menjadi kebanggaan ibu bapa Persoalannya bagaimana untuk memupuk sikap berdikari sejak dari kecil Jawapannya ada ditangan anda sendiri Jadikan ia rutin yang diajar sejak dari kecil pasti ia dapat menjadikan ...
Nak Hadap Tantrum Anak Ibu Ayah Kena Hati Kental Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

Nak Hadap Tantrum Anak Ibu Ayah Kena Hati Kental Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 359 hits
Kanak kanak dan tantrum atau amukan itu cukup sinonim Semakin membesar si kecil anda semakin menguji kesabaran papa mama Ada sahaja perkara yang boleh membuatkan terjadi amukan si kecil Tidak kira masa atau tempatnya Tapi itu semua lumrah d...
Terima Kasih Kimanis Gelombang Kebangkitan Anak Muda Berintegriti

Terima Kasih Kimanis Gelombang Kebangkitan Anak Muda Berintegriti

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR 19 Jan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menganggap kemenangan BN di PRK Kimanis adalahgelombang kebangkitan anak muda di Semenanjung yang terus bersinar dan memugar di bumi Sabah dengan barisan kepimpin...
Pengalaman Bersalin Anak Ke 4 Sakitnya Bagai Peranakan Nak Pecah Yatt Hamzah Tak Henti Berzikir

Pengalaman Bersalin Anak Ke 4 Sakitnya Bagai Peranakan Nak Pecah Yatt Hamzah Tak Henti Berzikir

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 659 hits
Seorang wanita sanggup mengorbankan apa sahaja demi cintanya Demi suami tersayang biar sakit bagaimana tetap sanggup melahirkan zuriat buatnya Untuk anak anak biar lautan api sanggup direnangi Begitulah hebatnya keazaman seorang wanita demi...
Kata Siapa Anak Pertama Lebih Jelek Dari Adik Adiknya Sembarangan Aja Mitos Kok Dipercaya Sih

Kata Siapa Anak Pertama Lebih Jelek Dari Adik Adiknya Sembarangan Aja Mitos Kok Dipercaya Sih

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 337 hits
Nggak ada salahnya jadi anak pertama Kamu malah bisa jadi sosok pengganti orang tua bagi para adikmu nanti
Saya Bersedia Bagi Aafiyah Adik Datuk Siti Harap Ada Rezekinya Tambah Anak

Saya Bersedia Bagi Aafiyah Adik Datuk Siti Harap Ada Rezekinya Tambah Anak

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 257 hits
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terbuka dan sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti semuanya terserah pada ketentuan dan rezeki dari Allah SWT untuk anak sulungnya Sit...
Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah

Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 383 hits
Proses anak anak kecil kita membesar adalah waktu paling menggembirakan Sebagai ibu bapa kita seharusnya mencorakkan momen indah dan penuh kegembiraan buat mereka Sesekali berbelanjalah lebih buat anak anak Belikan mainan atau buku buku keg...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah