Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah


Anak yang pandai berdikari tentu menjadi kebanggaan ibu bapa. Persoalannya bagaimana untuk memupuk sikap berdikari sejak dari kecil. Jawapannya ada ditangan anda sendiri. Jadikan ia rutin yang diajar sejak dari kecil pasti ia dapat menjadikan mereka anak-anak yang berdikari.
Menggosok gigi Ajarkan anak untuk menggosok gigi sebaik sahaja mereka pandai makan. Jadikan rutin menggosok gigi dua kali sehari iaitu setelah sarapan dan sebelum tidur pada waktu malam. Tunjukkan contoh gerakan yang betul dihadapan cermin dan lakukan aktiviti ini bersama-sama dengan anda agar mereka lebih bersemangat.
Tip:
Pastikan anda memilih berus gigi dan ubat gigi yang khusus untuk kanak-kanak. Jika perlu biarkan si kecil anda sendiri yang memilih warna dan rasa yang mereka suka. Ciptakan suasana yang menyenangkan selama menggosok gigi, contohnya menyanyi atau bercerita tentang adiwira kegemaran mereka yang suka gosok gigi. Jangan lupa untuk selitkan kebaikan menggosok gigi agar si kecil anda tahu kenapa mereka perlu melakukan rutin ini setiap hari.
Mengemas tempat tidur Kemampuan motorik halus anak pada awal usia memang belum terlatih sepenuhnya. Anak anda mungkin belum boleh melipat selimut dengan rapi seperti anda atau betulkan cadar dengan baik. Tapi tak salah untuk anda libatkan si kecil dengan perkara ini. Nilai yang perlu dikenalkan sebenarnya adalah kebiasaan merapikan kembali apa yang sudah dipakai.
Tip:
Mulakan dengan tugas ringan seperti kemaskan bantal, rapikan cadar dan lipat selimut yang dipakai. Jangan biarkan si kecil melakukannya sendiri pada tempat tidur anda juga, apatah lagi jika dia sudah tidur sendiri. Anak perlukan contoh pada setiap perkara yang anda ajarkan. Kalau anda sendiri tidak mengemas tempat tidur anda, bagaimana pula si kecil hendak jadikan rutin harian sendiri. Memilih pakaian Biasanya kanak-kanak boleh memakai pakaian sendiri pada usianya 2 tahun ke atas. Kemampuannya bertambah dengan mahu memilih baju sendiri. Mereka cenderung untuk memilih sendiri pakaian yang dianggapnya cantik walaupun terkadang tidak sesuai. Biarkan sahaja mereka bereksplorasi dengan gaya mereka sendiri. Perkara ini dapat membantu anak untuk berani membuat keputusan.
Tip:
Asingkan pakaian si kecil anda mengikut aktiviti. Contohnya pakaian dipakai di rumah, pakaian untuk jalan-jalan dan pakaian untuk majlis keraian. Kenalkan dengan kumpulan pakaian tersebut selebihnya biarkan si kecil anda memilih. Untuk elakkan si kecil tersalah pilih atau baju tidak sesuai, anda juga boleh berikan dua atau tiga pilihan untuk anak anda pilih. Tahan keinginan anda untuk menawarkan bantuan pada si kecil jika tidak diminta. Memberikan bantuan adalah halangan terhadap kemampuan pilihan mereka.
Menyikat rambut Selain terlihat kemas, menyikat rambut dapat membantu menghilangkan kotoran pada rambut dan membuat rambut lebih sihat. Ajak anak anda untuk menyikat rambut setelah mandi. Lakukan di depan cermin untuk memudahkan anak.
Tip:
Pilih sikat khusus untuk anak yang mudah digenggam, bergigi jarang dan memiliki hujung yang lembut. Supaya rambutnya mudah disikat, gunakan syampu khusus untuk kanak-kanak dan juga losen untuk rambut. Cuci sikat secara rutin, dua kali seminggu dengan air yang bersih. Mencipta kebiasaan mungkin tidak boleh dicapai dalam waktu yang singkat. Kanak-kanak memerlukan kegiatan dan maklumat yang berulang untuk belajar dan mengingat. Bukan itu sahaja, anda juga perlu konsisten dan berdisplin dalam mengajar mereka barulah rutin yang anda ciptakan itu akan tersemat di hati mereka.
The post Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi, Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-didik-anak-memang-perlu-kesabaran-yang-tinggi-kalau-boleh-ajar-berdikari-sejak-kecil-baru-mudah-kerja-mama-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajak Anak Buat Kerja Rumah Berikan Tugasan Mudah Cara Untuk Ajar Mereka Berdikari

Ajak Anak Buat Kerja Rumah Berikan Tugasan Mudah Cara Untuk Ajar Mereka Berdikari

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 600 hits
Pernahkah anda menerima teguran yang mengatakan anak anda mungkin terlalu manja Adakah benar si kecil anda terlalu manja Adakah anda tidak pernah memberikan si kecil peluang untuk melakukan sesuatu perkara dengan sendiri kerana menganggap m...
Demi Suami Baru Seorang Ibu Sanggup Tinggalkan Anak Di Rumah Kebajikan

Demi Suami Baru Seorang Ibu Sanggup Tinggalkan Anak Di Rumah Kebajikan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 533 hits
Apa nak jadi lah dengan ibu zaman sekarang ni Perkara ini berlaku di Thailand di mana seorang kanak kanak berusia 2 tahun ditinggalkan oleh ibunya di rumah kebajikan Difahamkan suami baru ibunya tidak mahu jadikan kanak kanak ini sebagai an...
Anak Kecil Jual Tisu Di Jalanan Cikgu Ini Pergi Sndiri Ke Rumah Untuk Siasat Akhirnya Trbongkar Smua Cerita

Anak Kecil Jual Tisu Di Jalanan Cikgu Ini Pergi Sndiri Ke Rumah Untuk Siasat Akhirnya Trbongkar Smua Cerita

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 366 hits
Hampir setiap hari anak kecil ini pulang dan menangis lalu terpacul dari mulutnya adik rindu ayah Ayah dan ibunya bercrai dan ayahnya kini di Pahang dan dikatakan sedang s4kit Demikian perkongsian oleh cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebook be...
Saya Terpaksa Sebab Suami Baru Saya Tak Terima Dia Ibu Buang Anak Di Rumah Kebajikan

Saya Terpaksa Sebab Suami Baru Saya Tak Terima Dia Ibu Buang Anak Di Rumah Kebajikan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 393 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun ditinggalkan di pintu rumah kebajikan oleh ibunya yang tidak mahu menjaganya menurut perkongsian dari pekerja sosial di Thailand Leftenan Kolonel Thawatchai Nanthaphan Pegawai Penyiasat di Lop...
Anak Kecil Baru 8 Bulan Wanita Meninggal Dunia Selepas Koma Beberapa Bulan Kerana Diragut

Anak Kecil Baru 8 Bulan Wanita Meninggal Dunia Selepas Koma Beberapa Bulan Kerana Diragut

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 384 hits
Ohmedia cukup geram bila dengar kes ragut sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian individu yang tak bersalah Lagi lagi bila ia melibatkan seorang wanita tua atau muda yang bergelar ibu Baru baru ini tersebar di media sosial yang dikong...
Saya Beli Gajinya Suruh Dia Jadi Suri Rumah Abam Nak Isteri Jaga Anak

Saya Beli Gajinya Suruh Dia Jadi Suri Rumah Abam Nak Isteri Jaga Anak

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 960 hits
Saya beli gaji isteri semata mata nak suruh dia berhenti kerja dan jaga anak Walaupun orang kata rugilah jadi suri rumah tapi ini pengorbanan isteri yang patut semua suami hargai kata Abam Bocey Abam Bocey mengakui bahawa dia meminta isteri...
Nak Ajar Anak Kita Dulu Kena Betul Dia Ikut Contoh Depan Mata

Nak Ajar Anak Kita Dulu Kena Betul Dia Ikut Contoh Depan Mata

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 400 hits
Ketika membesarkan anak anak didiklah mengikut perkembangan mereka Beri perhatian kepada emosi serta tingkah laku mereka Untuk memastikan anak membesar dalam persekitaran yang positif elakkan terlalu menekan mereka untuk melakukan sesuatu y...
Main Sorok Sorok Nasi Bagi Anak Kenyang Mama Boleh Sediakan Lempeng Nasi Ni

Main Sorok Sorok Nasi Bagi Anak Kenyang Mama Boleh Sediakan Lempeng Nasi Ni

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 525 hits
Bila anak makan nasi secara automatik mama akan merasa lega Bila anak kenyang perut barulah anak senang nak tidur dan dapat khasiatnya Begitu tanggapan semua Namun hakikatnya karbohidrat boleh digantikan dengan roti serta aneka mi dan pasta...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025