Nak Juga Beg Gucci Macam Papa Murid Bergaya Bawa Beg Mahal Ke Sekolah Selepas Alasan Diterima Mak Ayah
KETIKA kanak-kanak seusianya berusaha memujuk ibu bapa membelikan beg jenama Smiggle, Muhammad Qalish Muhammad Zaki pula tampil lebih bergaya ke sekolah dengan beg Guccinya..
“Bila anak hang darjah tiga dah minta beg Gucci,” tulis ibu kanak-kanak berkenaan, Siti Rahaizah Ramli, 33, di media sosialnya.
Bercakap kepada mStar, wanita yang lebih mesra dengan nama Eyza Zakiey itu berkata, anak kesayangannya itu sememangnya kurang meminati beg dipenuhi gambar kartun seperti kanak-kanak lain sejak kecil lagi.
Malah, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu juga cukup mahir dengan barangan berjenama termasuk kereta.
“Dia memang dari kecil tak minat beg kartun, mungkin sebab dari kecil dah terbiasa macam ni dan dia memang dah kenal dengan jenama-jenama ni, macam LV, Gucci, Prada, Chanel. Tambah kalau bab-bab kereta, semua jenis kereta dia kenal horse power berapa semua dia tahu,” katanya.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Berminat dengan beg jenama yang digunakan bapanya, Qalish, kemudiannya meminta beg yang sama untuk digunakan ke sekolah.
“Dia cakap beg lama dia ‘panjang’ (besar) sampai punggung, jadi dia nak juga beg Gucci macam papa dia.
“Kasut pun sama… selalu kami beli kasut dewasa dekat dia tapi saiz paling kecil. Beg tu pula, kebetulan masa tu kami tengah shopping, tu yang dia minta belikan dia beg baharu.
“Jadi kami pun belikan saja. Tak apa la, kita kerja keras untuk anak-anak juga,” katanya yang mempunyai perniagaan kosmetik jenama sendiri, Perfectus Cosmetics.
Beg Qalish akhirnya sama dengan beg bapanya.
Anak tunggalnya itu bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa di Alor Setar, Kedah.
Mengakui dia sendiri tidak pernah merasa hidup ‘dimewahkan’, Eyza berkata dia tidak ingin ambil pusing dengan komen-komen neg4tif yang ditinggalkan sesetengah individu di ruangan komen video tersebut.
Eyza merupakan seorang usahawan yang berjaya.
Katanya, dia tidak nampak sebarang kesalahan untuk berkongsi rezeki yang dikurniakan Allah SWT untuk ahli keluarga dan membahagiakan keluarganya.
“Saya tak kisah apa orang nak kata, lain orang lain caranya.
“Dulu saya sus4h, saya tak dapat merasa semua ni, sekarang saya buat bisnes jual foundation RM5. Alhamdullilah dengan izin Allah, kami berjaya sehingga ke tahap sekarang, walaupun masih ikan bilis, saya bangga dengan diri sendiri sebab ini semua atas hasil titik peluh sendiri,” katanya, menambah bag tersebut dibelinya pada bulan 11 yang lalu.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2022/01/nak-juga-beg-gucci-macam-papa-murid.html