Nak Jadi Peguam Pada Perasuah Anwar Persoal Speker


 
Kertas Pandora: Mengapa nak jadi peguam kepada perasuah, Anwar soal speaker Anwar Ibrahim memberitahu Azhar Azizan Harun bahawa sumbernya bukan sahaja media dan atas sebab itu beliau membawa perkara berkenaan ke Parlimen untuk dibahaskan.KUALA LUMPUR: Selepas rayuan usul terbaharunya yang mendesak Kertas Pandora dibahaskan di Dewan Rakyat ditolak, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap Speaker Azhar Azizan Harun yang “bertindak sebagai peguam” berhubung isu kebocoran data itu.
Dalam jawapan balas berhubung tindakan beliau menolak usul itu, Azhar berkata, Kertas Pandora bukan mengenai pengeluaran duit dari dalam negara ke luar pesisir tetapi pendedahan pegangan saham di syarikat luar pesisir yang merupakan dua perkara berbeza.
“Semakan saya, sesetengah saham menurut kenyataan di luar sana, nilainya hanya kecil bukan bernilai berbilion, hanya sekadar lima pound sahaja, kalau tak silap saya,” katanya kepada Anwar.
Anwar (PH-Port Dickson) kemudian mempertahankan tindakannya membawa isu Kertas Pandora itu supaya dibahaskan di Parlimen.
“Mengapa speaker nak jadi peguam kepada perasuah-perasuah ini? Kenapa? Saya ada dokumen dan bagaimana seorang menteri boleh simpan saham di sana begitu banyak…(wang) ini dari mana dari langit? Itu bermakna dari sini…wang yang dibawa keluar, ratusan bilion, saya tak faham kenapa nak jadi peguam bagi orang-orang ini.
“Kalau betul hanya lima pound bahas la di sini. Sumber saya bukan sekadar di media, sumber saya lebih daripada itu, sebab itu saya nak bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahaskan,” katanya dan menambah ia bukan untuk menghukum tetapi mahu rakyat mengetahui sumber sebenar dana berkenaan.
Anwar berkata, walaupun individu berkenaan mempunyai akaun di luar pesisir negara, ini tidak bermakna mereka boleh menyimpan begitu banyak wang.
Azhar kemudian menjawab: “Saya tidak mahu menjadi peguam bagi mereka, saya hanya betulkan fakta. Anda beritahu beratus bilion tetapi Kertas Pandora bukan mengenai aliran keluar wang tunai.”
Sebelum itu, beliau menolak usul terbaharu Anwar dengan alasan Ketua Pembangkang itu menggunakan Aturan Mesyuarat yang salah, sambil menegaskan keputusan menolak usul itu adalah muktamad.
Namun Azhar berkata, Anwar masih boleh mengemukakan semakan keputusan berdasarkan Peraturan 43 Aturan Mesyuarat yang menyatakan bahawa keputusan Speaker hanya dapat dikaji berdasarkan “usul substantif yang dibuat untuk tujuan itu”.
Pada 4 Okt, Anwar yang juga Presiden PKR mengemukakan usul supaya Dewan Rakyat segera membahaskan pendedahan Kertas Pandora berhubung transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang negara melibatkan beberapa nama besar.
Bagaimanapun, Azhar menolak usul itu atas sebab ia tidak perlu disegerakan sehingga memaksa persidangan mengetepikan urusan-urusan yang telah ditetapkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/nak-jadi-peguam-pada-perasuah-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Kini Bertaraf Menteri Dekat Dah Nak Jadi Perdana Menteri Tu

Anwar Kini Bertaraf Menteri Dekat Dah Nak Jadi Perdana Menteri Tu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 296 hits
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob meningkatkan kedudukan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadikannya setara dengan menteri kata Anthony Loke Penyelaras ketua whip Pakatan Harapan dan ahli Parlimen Seremban itu berkata dalam cat...
Anwar Persoal Belanja Rm2 Bilion Siapkan Buku Rmk12

Anwar Persoal Belanja Rm2 Bilion Siapkan Buku Rmk12

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 314 hits
Kepakaran mengurus ekonomi negara perlu dicari dalam kalangan warganegara Malaysia yang ternyata lebih memahami keadaan negara kata Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa lebih RM2 bilion dibelanjakan oleh keraj...
Kalau Zahid Terlepas Tak Tau Nak Cakap Mana Pahlawan Perasuah Pas Bersatu Diam Membisu

Kalau Zahid Terlepas Tak Tau Nak Cakap Mana Pahlawan Perasuah Pas Bersatu Diam Membisu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 392 hits
Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini bahawa Yayasan Akalbudi tidak memiliki sebarang kereta dan motosikal mewah walaupun dananya digunakan untuk membayar polisi insurans kenderaan berkenaan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berka...
Jangan Cemburu Kita Pun Nak Belajar Cari Duit Mudah Mat Sabu Sindir Anwar

Jangan Cemburu Kita Pun Nak Belajar Cari Duit Mudah Mat Sabu Sindir Anwar

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 295 hits
Mohamad Sabu menggamatkan Sidang Dewan Rakyat selepas menyindir Ketua Pembangkang ketika membangkitkan isu usul bahas Kertas Pandora KUALA LUMPUR Sidang Dewan Rakyat gamat apabila Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berjenaka menyindir Ket...
Kerja Dia Bukan Apa Sebar Fitnak Sahaja Nak Tunggu Anwar Saman Dia Ja Dok Jaja Sangat Liwat Liwat Kita Tunggu Tuan Tuan

Kerja Dia Bukan Apa Sebar Fitnak Sahaja Nak Tunggu Anwar Saman Dia Ja Dok Jaja Sangat Liwat Liwat Kita Tunggu Tuan Tuan

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 278 hits
Selepas diterima semula jadi ahli Umno Lokman Adam pula didakwa sebar fake news mengenai Covid 19October 2 2021 Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan ia...
Rizal Dalang Rosmah Kambing Hitam Kata Peguam Bela

Rizal Dalang Rosmah Kambing Hitam Kata Peguam Bela

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 223 hits
Rizal dalang Rosmah kambing hitam kata peguam bela Peguam bela Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bekas pembantunya Rizal Mansor adalah dalang sebenar di sebalik kes rasuah projek tenaga solar hibrid Akbe...
Peguam Keluarga Adib Harap Jawatankuasa Khas Lakukan Siasatan Telus Beramanah

Peguam Keluarga Adib Harap Jawatankuasa Khas Lakukan Siasatan Telus Beramanah

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 206 hits
Peguam keluarga Adib harap jawatankuasa khas lakukan siasatan telus beramanah Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat kematian ang...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ai Chat Bot Python 10

Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri

Skandal Beras Kerajaan Bersilat Sementara Rakyat Ditipu Hidup Hidup

Mahathir Kagum Dengan Keterjaminan Makanan Di Indonesia