13 Tip Berkesan Didik Anak Dengar Kata Sejak Kecil Menjadi Anak Soleh Solehah


Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak-anak yang baik akhlak, berjaya dalam hidup serta menjadi kebanggaan semua orang. Namun ada ketikanya ibu bapa tak sedar gaya asuhan di rumah mempengaruhi perkembangan anak-anak kita.
Mendidik anak zaman sekarang tak sama seperti zaman ibu ayah kita dulu-dulu. Sebab itu, ibu bapa perlu sentiasa mempersiapkan mental dan fizikal anak-anak untuk sentiasa kuat menghadapi pelbagai cabaran lagi-lagi dengan kecanggihan teknologi hari ini.
Sebagai rujukan ibu bapa, berikut dikongsikan tip mendidik anak menjadi soleh dan solehah dan insya-Allah boleh menjadi kebanggaan kita suatu hari nanti.

PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatihah, ayat Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring ke kanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibu bapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. @Ilham Media
Kredit: Kisah Zakat Malaysia
Nak dapatkan keperluan pembelajaran anak dengan nilai yang berbaloi, klik sini

 
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post 13 Tip Berkesan Didik Anak Dengar Kata Sejak Kecil, Menjadi Anak Soleh & Solehah  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/13-tip-berkesan-didik-anak-dengar-kata-sejak-kecil-menjadi-anak-soleh-solehah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Didik Anak Bertanggungjawab Sejak Kecil

Petua Didik Anak Bertanggungjawab Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 275 hits
Didik anak anak bertanggungjawab serta berdisiplin seharusnya dimulakan dari awal lagi Ketika saya terpaksa berpindah ke Johor saya ambil keputusan untuk sambung belajar di UTM untuk Ijazah Master Dari sejak itu saya dah mula pasang angan a...
Didik Anak Soleh Apa Kata Buat Tips Ni

Didik Anak Soleh Apa Kata Buat Tips Ni

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 342 hits
DIDIK ANAK SOLEH APA KATA CUBA TIPS NI Semua ibu bapa menginginkan anak anak mereka menjadi anak soleh solehah dan taat ibu bapa serta perintah Allah SWT Namun adalah mudah mendidik anak sehingga menjadi anak yang soleh seperti yang diimpik...
Bantu Anak Jadi Anti Rasuah Mak Ayah Perlu Mainkan Peranan Tanam Jati Diri Sejak Kecil

Bantu Anak Jadi Anti Rasuah Mak Ayah Perlu Mainkan Peranan Tanam Jati Diri Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 247 hits
Ibu bapa menjadi watak utama dalam membentuk anak kecil untuk sedar dan tahu akan kepentingan buruknya anasir rasuah yang membelenggu masyarakat kita hari ini Malah ibu bapalah jugalah memainkan peranan utama sejak kecil lagi untuk membentu...
Hiburan Semoga Kandungan Anak Soleh Solehah Ebit Lew Doakan Kehamilan Intan Ladyana

Hiburan Semoga Kandungan Anak Soleh Solehah Ebit Lew Doakan Kehamilan Intan Ladyana

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 320 hits
Walaupun pelakon jelita Intan Ladyana masih mendiamkan diri dari menjawab dakwaan kehamilannya banyak pihak yang terus menerus membuat spekulasi berkenaan dengan khabar berita gembira itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBagaimanapun tular se...
Agar Menjadi Pribadi Sopan Ajarkan 6 Teladan Ini Ke Anak Sejak Dini

Agar Menjadi Pribadi Sopan Ajarkan 6 Teladan Ini Ke Anak Sejak Dini

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 230 hits
Soal tata krama juga jangan sampai terlewat di luar pendidikan akademis yang makin canggih dan mahal sekarang ini
Nak Didik Anak Sulung Ni Tak Boleh Main Main Jaga Tutur Kata Silap Didik Adik Adik Akan Ikut

Nak Didik Anak Sulung Ni Tak Boleh Main Main Jaga Tutur Kata Silap Didik Adik Adik Akan Ikut

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 376 hits
Anak sulung insan yang banyak mengajar kita erti keibubapaan Dia hadir disaat kita tercari cari cara yang sebaiknya untuk mendidik anak Namun kesilapan dalam mendidik anak sulung boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan mereka dan ana...
Allah Nak Didik Alisha Dari Kecil Lebih Kuat Dari Ayahnya Andika Kongsi Foto Anak Selepas 44 Hari

Allah Nak Didik Alisha Dari Kecil Lebih Kuat Dari Ayahnya Andika Kongsi Foto Anak Selepas 44 Hari

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 374 hits
Anak adalah anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan kepada kita Setiap mama papa pasti tidak sabar menantikan kelahiran permata hati ini setiap persediaan untuk menyambut orang baharu akan dilakukan dengan penuh semangat Maklumlah nak da...
Pakar Jelaskan Berus Gigi Berbentuk U Belum Terbukti Berkesan Hilangkan Plak Gigi Anak

Pakar Jelaskan Berus Gigi Berbentuk U Belum Terbukti Berkesan Hilangkan Plak Gigi Anak

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 577 hits
Seawal gigi pertama anak tumbuh sekitar usia 6 bulan ibu bapa dah perlu ambil berat Jangan anggap tak penting untuk memberus gigi kerana fasa inilah sangat sesuai untuk membiasakan anak dengan berus gigi Jika tak dilatih awal semakin anak b...
Dia Imamkan Family Setiap Solat Netizen Puji Johan Didik Anak Tep1s Tanggapan Pasal Kaki Game Berkeluarga

Dia Imamkan Family Setiap Solat Netizen Puji Johan Didik Anak Tep1s Tanggapan Pasal Kaki Game Berkeluarga

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 462 hits
Orang kata gamers ni ada tahapnya biasa dan hardc0re Jenis yang biasa ni maksudnya mereka yang tak terlalu add1cted sampai urusan lain diabaikan Tapi kalau hardc0re memang sering menjadi topik hangat sebab mereka ni dikatakan hidup m4ti gam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah