Nak Buka Buku Rekod Kehamilan Atau Buku Pink Pastikan Mama Bawa 7 Dokumen Ini
Buku rekod kehamilan penting untuk mencatat segala maklumat tentang kehamilan anda. Setelah mengetahui diri hamil, pemeriksaan berkala kehamilan perlu dimulakan segera.
Ibu-ibu boleh ke Klinik Ibu & Anak untuk membuat proses pendaftaran dan bagi menjadualkan temu janji. Masa ini juga ibu akan mendapat buku rekod kesihatan ibu mengandung atau buku pink.
Kadang kala ibu tidak pasti apa yang diperlukan untuk ‘buka’ buku pink ini. Benar, kalau dokumen sudah lengkap, proses juga jadi lebih mudah. Malah anda juga tidak perlu menyusahkan diri.
Berikut ialah dokumen yang perlu dikemukakan semasa proses pendaftaran ini;
Salinan fotostat kad pengenalan suami
Salinan fotostat kad pengenalan isteri.
Salinan fotostat surat nikah / kad nikah.
Surat nikah/ kad nikah yang asal. Ibu tunggal tidak perlu bawa salinan pengenalan diri bekas suami, cuma bawa surat nikah/ kad nikah.
Kad mengandung kelahiran anak terdahulu (jika ada) untuk rujukan.
Keputusan ujian air kencing dan salinan cetakan scan itu lagi bagus (jika ada)
Alamat rumah lengkap. Bagi ibu yang kurang pasti alamat rumah, bawa bil elektrik untuk pengesahan alamat.
Jururawat, Puan Nur Harmuny Amaluddin berkongsi info bermanfaat ini tentang proses buka pink ini dan dokumen yang diperlukan untuk disertakan bersama.
Berikut ialah perkongsiannya;
Pesanan mesra kepada bakal ibu yang akan booking/buka buku pink. Sila pastikan semua dokumen sudah di fotostat ye.
Fotostat apa ye misi??
-salinan kad pengenalan suami dan isteri
-salinan surat nikah / kad nikah
Jangan lupa juga bawa bersama surat nikah/ kad nikah yang asal. Surat cerai saya tak layan.
Kepada ibu yang single parent (ibu tunggal) pun perlu bawa dokumen yang sama. Bezanya tiada pengenalan suami.
Ibu yang tak ingat alamat rumah sila bawa bil elektrik untuk pengesahan alamat.
Jika ibu masih simpan kad mengandung kelahiran yang lalu saya galakkan ibu bawa bersama. Tujuannya sebagai rujukan jika ibu ada masalah semasa mengandung dahulu.
Jika ibu ada keputusan ujian air kencing dan filem scan itu lagi bagus. Kalau tak scan lagi jangan la gigih pergi scan pulak. Yang penting datang ikut temujanji yang diberi. Kalau ada pertukaran sila beritahu untuk dapatkan temujanji semula.
Saya mahu bakal ibu sediakan semua dokumen yang diperlukan supaya proses booking kad mengandung berjalan dengan lancar.
Dokumen dokumen ini sangat penting kerana ia akan jadi maklumat peribadi ibu sepanjang mengandung.
Untuk mengelakkan kekeliruan maklumat elakkan bertanya sesama kawan anda yang bukan dalam bidang hal berkaitan kesihatan ibu mengandung.
Adalah lebih baik anda pergi terus je klinik yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat. Setiap klinik ada prosedur mereka masing-masing dalam proses buka buku pink. Semuanya bergantung kepada arahan dari pihak atasan.
Sumber: Puan Nur Harmuny Amaluddin
The post Nak Buka Buku Rekod Kehamilan Atau Buku Pink? Pastikan Mama Bawa 7 Dokumen Ini! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/nak-buka-buku-rekod-kehamilan-atau-buku-pink-pastikan-mama-bawa-7-dokumen-ini/