Nak Bersalin Normal Lepas Czer Doktor Ini Jelaskan Apa Perlu Ibu Tahu


Wanita yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan biasanya mengharapkan untuk bersalin normal untuk kelahiran yang seterusnya. Ada sesetengah kes yang berlaku seperti bekas pembedahan terbuka dan sebagainya membuatkan si ibu merasa gerun untuk bersalin czer. Asalkan berpantang secara berdisiplin dan luka dijaga dengan baik, mudah-mudahan tiada sebarang masalah besar akan berlaku.
Artikel Menarik: [‘Daddy Stitch’, Jahitan Ekstra Untuk Isteri Lepas Bersalin. Doktor Jelaskan Ia Menyakitkan Untuk Si Isteri]
Untuk kelahiran normal selepas pembedahan, ada kemungkinan ia boleh dilakukan. Ibu harus mendapatkan nasihat pakar supaya tiada masalah akan berlaku ketika proses melahirkan anak. Ikuti penerangan daripada Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan tentang topik BERSALIN NORMAL SELEPAS CAESAREAN, ADAKAH IA BOLEH DILAKUKAN?
Sumber foto: www.freepik.com “Saya ada 1 caesar – boleh ke saya bersalin normal lepas ni?”
Jika ibu pernah menjalani 1 pembedahan Caesar sebelum ni ada 2 pilihan yang boleh dipilih. Bawak berbincang dengan teliti dengan doktor anda ye.
Boleh pilih antara Vaginal birth after caesarean (VBAC) ataupun terus memilih untuk bersalin secara caesar sekali lagi – Elective Repeat Caesarean Section ( ERCS )
Kedua-dua pilihan ada kebaikan dan keburukannya.
Dalam menentukan pilihan mana yg SELAMAT, doktor perlukan semua maklumat ni:
☘️Kenapa buat caesar yg terdahulunya?
☘️Pernah ke bersalin normal lepas caeser tu?
☘️Masa operation, ada pape masalah? Atau masalah timbul semasa berpantang?
☘️Jenis potongan dibuat pada rahim?
☘️Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya?
🍀Kandungan skang ni ada masalah atau apa apa komplikasi
☘️Berapa banyak anak yang ibu mahukan? – risiko meningkat dgn setiap kali pembedahan, jadi jika ibu mahukan banyak anak, kena avoid pembedahan caesarean jika boleh.
Saya perlukan intraoperative notes (apa yang berlaku masa Caesar itu) untuk membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tak itu dibuat dengan teliti.
Intraoperative notes ni biasanya dibekalkan / diberikan oleh doktor yg melakukan pembedahan tersebut.
IBU-IBU AKAN DIBERIKAN KAUNSELING INI PADA KANDUNGAN BERUSIA 34-36 MINGGU. TIDAK TERLALU AWAL, DAN TAK TERLALU LEWAT. LEPAS 1 PEMBEDAHAN CAESAR, 3 DARI 4 WANITA DGN KEHAMILAN YG TIDAK BERMASALAH BOLEH BERSALIN NORMAL
Apa faktor-faktor yg meninggikan kejayaan bersalin normal?
🌺Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar. (9 dari 10 wanita)
🌺Sakit bersalin tu datang secara semulajadi
🌺BMI ibu kurang 30
Sumber foto: www.freepik.com Kelebihan bersalin secara normal lepas 1 pembedahan Caesar:
⭕️Komplikasi dibandingkan dgn Caesar sgt KURANG
⭕️Peratusan kejayaan utk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi
⭕️Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah
⭕️Duduk hospital pun sekejap je
⭕️Senang nak mulakan breastfeeding
⭕️Risiko-risiko operation dapat dielakkan
Artikel Menarik: [Jaga Anak Lelaki Kena Sabar, Maklumlah Hero. Geram Tapi Sayang!]
Keburukan bersalin normal lepas ada 1 pembedahan Caesar:
🔆Mungkin kena emergency Caesar ketika cuba bersalin normal. 25 dalam 100 wanita. Pembedahan Caesar yg dilakukan secara kecemasan membawa risiko yg lebih jika dibandingkan dengan pembedahan yg dirancang.
🔆Rahim pecah. 1 dalan 200 wanita. Risiko ini meningkat 2-3 kali ganda jika anda kena induce. Jika ada tanda-tanda bahaya yg menandakan rahim nak pecah, pembedahan caesarean akan segera dilakukan.
🔆Mungkin ada koyakan bersalin yang teruk pada vagina
KEADAAN TAK DINASIHATKAN BERSALIN NORMAL lepas ada pembedahan Caesar:
❌Ada 2 atau lebih pembedahan caesarean
❌Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya
❌Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim (classical lscs)
❌Kehamilan sekarang ada masalah, dan tak sesuai untuk bersalin normal
Artikel Menarik: [Banyakkan Berdoa, Lancarkan Proses Bersalin. Ustaz Azhar Kongsikan Bacaan Untuk Ibu ‘Tunggu Masa’]
Kelebihan bersalin secara ERCS:
📝Risiko rahim pecah kecil – 1 dalam 1000
📝Ibu boleh plan nak beranak tarikh bila. Walaubagaimanapun 1 dalam 10 wanita dah sakit bersalin sebelum tarikh yg dipilih ini.
Keburukan bersalin secara ERCS:
⛔️Bukan senang nak buat, mungkin lebih lama dari pembedahan Caesar yg pernah buat sebelum ni
⛔️Jangkitan kuman
⛔️Senang kena darah beku di kaki dan pulmonary embolism
⛔️Nak pulih tu mungkin lama sikit dan perlukan pertolongan ekstra kat umah
⛔️Dah ada 2 pembedahan, selalunya next pregnancy mmg akan dinasihatkan untuk caesar. Lagi banyak Caesar dilakukan, lagi Tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim ( placenta accreta). Kalau berlaku ni, pendarahan boleh jadi terlampau banyak dan mungkin kena buang rahim. Lagi banyak caesar yg dilakukan lagi tinggi risikonya.
⛔️Baby terluka akibat terkena pisau pembedahan – 2 dalam 100
⛔️Masalah pernafasan pada bayi, selalunya sekejap je. 5 dalam 100 bayi yg lahir secara caesar pada 39 minggu kehamilan akan mengalami masalah pernafasan , jika dibandingkan 2 dalam 100 untuk bayi yg lahir secara normal.
Kalau bayi yg lahir secara caesar lebeh awal dari 39 minggu, masalah pernafasan bayi lagi kerap berlaku – 6 dalam 100 jika dilahirkan pada 38 minggu.
Sumber foto: www.freepik.com Maka dah jelas? Bincang dengan doktor yang mana satu terbaik untuk anda. Bila doktor explain tu tumpukan perhatian, bukan main whatssap. Doktor tak boleh buat keputusan untuk anda. Doktor hanya membantu anda membuat keputusan. Yang decide tu korang sendiri.
Semoga dengan penerangan berkaitan hal ini, seperti yang dikongsikan oleh Dr Izzat dapat membantu para ibu yang mungkin dalam dilema untuk melahirkan secara normal jika sebelum ini terpaksa melalui pembedahan Caesarean. Paling penting, dapatkan nasihat dengan doktor yang menjaga kes anda dan mintalah saranan cara kelahiran yang paling selamat buat anda dan bayi yang bakal dilahirkan.
Sumber: Dr Muhammad Izzat Abd Razak

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post Nak Bersalin Normal Lepas Czer, Doktor Ini Jelaskan Apa Perlu Ibu Tahu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-bersalin-normal-lepas-czer-doktor-ini-jelaskan-apa-perlu-ibu-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Neelofa Menghitung Hari Nak Bersalin

Neelofa Menghitung Hari Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 198 hits
Sebagai ibu mengandung selebriti popular Neelofa 33 tidak terkecuali melalui cabaran sepanjang tempoh kehamilan Neelofa menyifatkan pengalaman hamil anak sulung sebagai pengalaman cukup berbeza tetapi manis Isteri kepada pendakwah bebas Muh...
Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Bersalin Bayi Kembar Atas Bot Selang 5 Minit

Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Bersalin Bayi Kembar Atas Bot Selang 5 Minit

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 155 hits
Menyambut kelahiran bayi kembar atas bot satu pengalaman baru buat seorang Jururawat Kesihatan Kebidanan Nur Shaffriza Mohd Shaffril Jika sebelum ini biasa buat pemeriksaan dan lawatan kepada ibu mengandung melibatkan komuniti masyarakat Or...
Doktor Ingatkan Asap Vape Bahaya Pada Ibu Hamil Bayi Dalam Kandungan Berisiko

Doktor Ingatkan Asap Vape Bahaya Pada Ibu Hamil Bayi Dalam Kandungan Berisiko

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 254 hits
Kita sudah sedia maklum vaping adalah merbahaya kepada kesihatan Tapi apa kesan terhadap second atau third hand vaping Adakah golongan 2nd dengan 3rd hand vaping ini juga akan mendapat kesan yang sama dengan first hand vaping Apa itu 2nd da...
Fasa Manjakan Anak Tamat Usia 6 Tahun Lepas Tu Kena Ajar Nak Sesuatu Usaha

Fasa Manjakan Anak Tamat Usia 6 Tahun Lepas Tu Kena Ajar Nak Sesuatu Usaha

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 160 hits
Tempoh usia 0 hingga 6 tahun adalah fasa penting bagi anak Pada masa ini perkembangan peribadi tingkah laku dan ekspresi emosi anak sedang dalam proses penyesuaian Peranan ibu bapa dalam tempoh ini adalah untuk beri perhatian dan mengajar a...
Air Mata Mengalir Setiap Kali Sentuh Anak Bayi Meragam Terus Senyap Lepas Letak Sebelah Ibu Yg Masih K0ma

Air Mata Mengalir Setiap Kali Sentuh Anak Bayi Meragam Terus Senyap Lepas Letak Sebelah Ibu Yg Masih K0ma

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 252 hits
Bagi mereka yang mengikuti kisah m4ngsa keganas4n rumah tangga Jahidah Nordin pasti mengetahui bahawa wanita itu sudah melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan bulan lalu
Bayi Meragam Terus Hilang Tangisan Lepas Diletak Sisi Ibu Yang Masih Koma Undang Rasa Sebak Warganet

Bayi Meragam Terus Hilang Tangisan Lepas Diletak Sisi Ibu Yang Masih Koma Undang Rasa Sebak Warganet

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 162 hits
January 26 2022Bagi mereka yang mengikuti kisah mangsa keganasan rumah tangga Jahidah Nordin pasti mengetahui bahawa wanita itu sudah melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan bulan lalu Terbaharu adik mangsa Fauziah Nordin yang aktif men...
Hiburan Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

Hiburan Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 212 hits
Baru baru ini tular di aplikasi video memaparkan seorang anak perempuan yang menangis meraung ketika bapa kesayangan ingin kembali bertugas pulang ke pangkalan Video yang telah dimuat naik oleh ibu kepada anak anak tersebut telah berjaya me...
Video Ana Nayla Nak Boyfriend Sekali Ramai Ibu Bapa Yang Hantar Resume Pada Ayda Jebat

Video Ana Nayla Nak Boyfriend Sekali Ramai Ibu Bapa Yang Hantar Resume Pada Ayda Jebat

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 199 hits
Sudah hampir empat bulan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat menyambut kehadiran cahaya mata pertama Ana Nayla Pastinya pelbagai rasa bahagia mendakap jiwa Ayda bersama suami tercinta Nabil Mahir Sungguhpun bahagia menatap wajah zvriat kesayang...
Kenapa Asid Folik B Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung

Kenapa Asid Folik B Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 204 hits
Kenapa Asid Folik B Complex Penting Untuk Ibu Nak MengandungKenapa Asid Folik B Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung Mikronutrien yang penting bagi wanita hamil ialah asid folik Asid folik membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembang...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran