Neelofa Menghitung Hari Nak Bersalin



Sebagai ibu mengandung, selebriti popular, Neelofa, 33, tidak terkecuali melalui cabaran sepanjang tempoh kehamilan.
Neelofa menyifatkan pengalaman hamil anak sulung sebagai pengalaman cukup berbeza, tetapi manis.
Isteri kepada pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz itu tidak mampu menyembunyikan debaran melahirkan anak pertama yang dipercayai dalam masa terdekat.
"Bohonglah jika saya mengatakan proses mengandung mudah. Tak dinafikan, ada perasaan gementar untuk menempuh saat ini.
"Dari segi persiapan emosi dan mental, saya kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku dan bertanya kerana keluarga kami agak besar.
"Jadi, saya peroleh banyak nasihat dan tip. Dari segi persiapan, Alhamdulillah semuanya sudah tersedia.
"Insya-Allah, saya akan kongsi berita gembira ini. Memang dalam masa yang terdekat, orang kata saya sedang menghitung hari," katanya kepada BH Online.
Dalam masa sama, Neelofa berkata, dia dijangka akan melahirkan anak pertama di ibu kota. Harapannya, diberikan rezeki bersalin secara normal.
"Insya-Allah, kalau diberikan rezeki nak bersalin secara normal, tetapi tak tahu bila masa akan tiba. Dan suami mesti menemani saya, sebab saya tahu ada suami yang penakut," katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu juga memohon orang ramai mendoakan kelancaran proses kelahiran anaknya.
"Kepada mereka yang mengenali saya sejak 12 tahun, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan. Dari setiap segi, tak kira perniagaan atau kerjaya seni.
"Semuanya tak pernah jemu bersama saya. Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran anak pertama saya.
"Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan dan lancar," katanya yang berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.
Neelofa ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu susu, Nilofa di Baywaters, Kuala Lumpur, kelmarin.
Mengulas adakah akan kembali aktif selepas melahirkan anak, Neelofa berkata, dia akan berehat buat sementara dan akan memutuskannya kemudian.
Namun, dalam keadaan hampir melahirkan cahaya mata, Neelofa bersemangat turun padang meraikan peniaga yang membangunkan perniagaan, Nilofa bersama.
"Sebenarnya, saya sudah banyak mengurangkan masa bekerja. Lebih banyak meluangkan masa di rumah.
"Ini pun jarang sekali saya turun padang. Alhamdulillah, perniagaan dapat dipantau dari rumah. Dari segi tudung, susu dan sebagainya.
"Saya tak perlu selalu ke pejabat dan komitmen yang tinggi. Alhamdulillah, bisnes diuruskan bersama suami.
"Suami yang buat semuanya, seperti turun padang, periksa stok dan sebagainya. Bahagian saya lebih kepada pemasaran," katanya.
Neelofa bersama ibu dan neneknya pada majlis pelancaran perisa baharu susu, Nilofa di Baywaters, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Ihsan Neelofa
Neelofa bersama ibu dan neneknya pada majlis pelancaran perisa baharu susu, Nilofa di Baywaters, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Ihsan Neelofa
Neelofa berkata, dia teruja mengeluarkan perisa baharu iaitu coklat selepas hampir setahun tidak mengeluarkan produk Nilofa akibat pandemik COVID-19.
Malah, katanya, majlis pelancaran perisa yang sepatutnya dijalankan pada Disember lalu ditangguh ekoran banjir.
"Alhamdulillah, kami diberikan rezeki mengeluarkan perisa coklat. Harapan saya, perisa ini boleh kekal seperti perisa pertama yang dikeluarkan iaitu pisang. Moga perisa ini dapat memberi fenomena baharu selepas pandemik ini.
"Perisa terakhir dikeluarkan adalah mangga dan kemudiannya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Jadi memberi cabaran kepada kami menjayakannya.
"Seperti diketahui, coklat adalah perisa yang tidak perlu diperkenalkan kerana coklat, strawberi dan vanilla antara perisa yang popular. Jadi, kami merasakan Nilofa perlu ada perisa ini," katanya.
Neelofa mengakui, perniagaannya turut terjejas akibat pandemik COVID-19 dan banjir penghujung tahun lalu.
"Sangat mencabar kerana tidak boleh menjalankan penghantaran pada pandemik. Tidak hanya itu, ada juga stok musnah sebab banjir. Ada peniaga terpaksa bungkus kerana krisis kewangan dan sebagainya.
"Bagaimanapun, kami akur dengan keadaan, namun, Alhamdulillah, ramai bangun balik untuk meneruskan perniagaan ini," katanya.
Melihat perniagaannya tidak putus menerima sambutan, Neelofa berterima kasih kepada peniaga Nilofa yang banyak membantu perniagaannya.
"Dari perniagaan tudung sehingga Markaz Tijaari yang diusahakan dengan suami, semuanya memerlukan dua hala komunikasi. Alhamdulillah, banyak pelajar, guru dan suri rumah yang mahu menambah pendapatan turut serta," katanya.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2022/01/neelofa-menghitung-hari-nak-bersalin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adeh Pengsan Saya Jururawat Nasihat Ibu Tunggu Hari Nak Bersalin Elak Makan Petai

Adeh Pengsan Saya Jururawat Nasihat Ibu Tunggu Hari Nak Bersalin Elak Makan Petai

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 323 hits
Biasalah kan rakyat Malaysia kebanyakkan memang 8216 hantu petai 8217 lagi lagi kalau petai tu dimasak sambal ataupun hanya makan begitu saja sebagai ulam Walau bagaimanapun bagi ibu ibu yang sedang hamil mereka disarankan untuk mengawal pe...
Setiap Hari Saya Cuba Berjalan 5 000 Langkah Neelofa Dah Standby Bersalin

Setiap Hari Saya Cuba Berjalan 5 000 Langkah Neelofa Dah Standby Bersalin

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 180 hits
Sudah berada di fasa akhir kehamilan Neelofa 32 nampaknya dah mula terbuka berkongsi rutin yang dilakukan sebelum menyambut kelahiran permata hatinya bersama PU Riz Neelofa akui yang dia kini akan cuba melengkapkan 5 000 langkah setiap hari...
Amalkan Minum Mandi Air Selusuh Cara Siti Nurhaliza Tunggu Hari Bersalin Sempat Pesan Pada Neelofa

Amalkan Minum Mandi Air Selusuh Cara Siti Nurhaliza Tunggu Hari Bersalin Sempat Pesan Pada Neelofa

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 194 hits
Menanti detik hari melahirkan anak sememangnya begitu mendebarkan semua ibu Masing masing dengan cara sendiri Namun bagi penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza beliau senang memilih cara orang orang lama sebelum melahirkan anak...
Mujur Ada Hero Hero Di Hari Thaipusam Wanita Melayu Bersalin Dalam Kereta

Mujur Ada Hero Hero Di Hari Thaipusam Wanita Melayu Bersalin Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 186 hits
Bagi ibu yang menunggu masa nak bersalin mesti teruja untuk buat persiapan menyambut orang baru Bukan saja persiapan membeli barangan bayi semata mata tetapi mental dan fizikal juga harus bersedia Maklumlah proses kelahiran setiap anak tak ...
Jangan Makan Petai Kalau Dah Nak Bersalin

Jangan Makan Petai Kalau Dah Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 234 hits
Jangan makan petai kalau dah nak bersalin Biasalah kan rakyat Malaysia kebanyakkan memang hantu petai lagi lagi kalau petai tu dimasak sambal ataupun hanya makan begitu saja sebagai ulam Walau bagaimanapun bagi ibu ibu yang sedang hamil mer...
Bidan Terjun Bantu Wanita Bersalin Dalam Pikap Hari Thaipusam Kongsi Detik Tersebut

Bidan Terjun Bantu Wanita Bersalin Dalam Pikap Hari Thaipusam Kongsi Detik Tersebut

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 170 hits
Bidan terjun bantu wanita bersalin dalam pikap Hari Thaipusam kongsi detik tersebut Perayaan Thaipusam memberi makna baharu bagi Naroshinii Annaselam dan ibunya Marie Puspan setelah mereka membantu seorang wanita melahirkan bayi di dalam se...
Dekat Dah Bila Bila Masa Saja Neelofa Pasang Niat Bersalin Normal

Dekat Dah Bila Bila Masa Saja Neelofa Pasang Niat Bersalin Normal

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 225 hits
Bila bila masa sahaja Begitu kongsi selebriti dan usahawan popular Neelofa yang kini menunggu detik melahirkan bayi sulungnya pada bila bila masa sahaja Neelofa yang kini menunggu hari mengakui agak gementar untuk melalui detik itu namun me...
Selepas Tular Di Media Ada Pihak Nak L4mar Rohana Abdullah Sekali Pm Sendiri Call

Selepas Tular Di Media Ada Pihak Nak L4mar Rohana Abdullah Sekali Pm Sendiri Call

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 285 hits
Sehari selepas kisah hidupnya bersama Laoshi Chee Hoi Lan disiarkan ribuan netizen tampil memberikan komen luahan malah ada juga yang cuba melamar r0hana Abdullah Menerusi Youtube Harian Metro seorang netizen Syed Norazman menghantar komen ...
Doa Anak Nak Saya Sihat Termakbul Elyana Syukur Fasa Barunya Cukup Indah

Doa Anak Nak Saya Sihat Termakbul Elyana Syukur Fasa Barunya Cukup Indah

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 207 hits
Hati ibu mana tak tersentuh bila anak sentiasa harapkan ibu sihat dan akhirnya permintaan itu dimakbulkan Allah Itu situasi yang dilalui oleh Elyana 34 selepas dia telah pun bebas kanser setelah bertahun tahun melalui kesakitan Impian anak ...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm