Nak Balik Tatap Jenazah Ayah Tetapi Siti Aisyah Ditahan Kru Airasia Kerana Terlewat 5 Minit Naiki Pesawat
KUALA LUMPUR – Seorang warganet menyifatkan kru penerbangan AirAsia ke Tawau tidak berhati perut apabila melarang seorang penumpang yang kematian ayah masuk ke pesawat hanya kerana lewat lima minit pada 10 Februari lalu.
Akibatnya, penumpang itu terpaksa membelanjakan lebih RM1,000 untuk membeli tiket baharu untuk pulang ke Sabah.
Menurut Nurul Adira Mohamad menerusi ciapan twitternya, seorang penumpang wanita, Siti Aisyah Thomas menerima berita ayahnya di Tawau telah meninggal dunia pada 12.30 tengah hari pada tarikh yang sama.
Beliau turut tag Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Aisyah yang berada di Johor Bharu sebelum itu, katanya, menumpang rakan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) ketika itu tiba di pintu K2 – lima minit sebelum jam penerbangannya iaitu 5.25 petang namun tidak dibenarkan memasuki pesawat.
Walaupun abang Aisyah merayu kepada kru penerbangan AK5740 untuk membenarkan adiknya memasuki pesawat namun menurut Nurul Adira rayuannya bersama penumpang lain yang turut bersimpati tidak dilayan.
“THREAD ini saya tujukan khas untuk kakitangan @AirAsia yang bertugas untuk penerbangan @AirAsia AK5740 pada jam 5.25 petang, 10 Febuari 2019 dan juga kakitangan @AirAsia yang bertugas di pintu K2.
“Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, SITI AISYAH THOMAS meminta ihsan kawan untuk menghantarnya ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk mengejar penerbangan AK5740 @AirAsia pada jam 5.25 petang.
“Buat pengetahuan Tan Sri @tonyfernandes , SITI AISYAH THOMAS sampai di pintu K2 pada jam 5.20 petang. Pada masa tersebut masih ada 7 orang yang belum menaiki pesawat dan masih beratur TETAPI pintu K2 telah ditutup dan ground staff @AirAsia tidak membenarkan beliau masuk.
“Buat pengetahuan Tan Sri @tonyfernandes juga, abang SITI AISYAH THOMAS iaitu FIRMAN KAI THOMAS menaiki pesawat yang sama, AK5740 dan telah memberitahu ‘ground staff’ dan juga ‘cabin crew’ supaya menunggu adik beliau sekejap kerana ini adalah kecemasan bukan sengaja lambat.
“Setelah tidak dilayan oleh kakitangan Tan Sri @tonyfernandes , FIRMAN KAI THOMAS telah mengetuk pintu di mana kapten pesawat AK5740 @AirAsia tetapi menemui jalan buntu. Beberapa penumpang lain juga cuba untuk membantu tetapi tidak dihiraukan oleh ‘cabin crew’ yang bertugas,” tulisnya.
gambar hiasan
Akibat itu Aisyah terpaksa membeli tiket penerbangan baharu yang hanya transit ke Kota Kinabalu daripada Kuala Lumpur dan akan mengakibatkannya perlu membeli tiket lain di sana.
“Dipendekkan cerita, SITI AISYAH THOMAS terpaksa membeli tiket baru dari KLIA ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) kerana penerbangan AK5740 adalah merupakan penerbangan terakhir dari KLIA ke TAWAU sedangkan beliau telah membelanjakan RM1,000 lebih untuk tiket tadi.
” SITI AISYAH THOMAS terpaksa bermalam di KKIA dalam keadaan sedih dan tidak berdaya sementara menunggu penerbangan pagi 11 Febuari 2019 ke TAWAU sambil berharap sempat berjumpa dengan arwah AYAH beliau buat kali terakhir,” ujarnya yang kecewa dengan layanan buruk diberikan oleh krew cabin penerbangan AirAsia pada waktu itu.
Sepatutnya penumpang terbabit, kata Nurul Adira diberikan sedikit masa menerusi ihsan dan simpati agar sempat berlepas pulang melihat jenazah ayahnya kali terakhir yang berada ribuan batu jauhnya.
Justeru, Tony disarankan agar mendidik kakitangannya agar bertimbang rasa mengikut kes yang terdesak seperti penumpang bernama Aisyah dan abangnya itu.
“Dengan segala kejayaan dan pencapaian yang dikecapi oleh Tan Sri @tonyfernandes dan @AirAsia , saya mengharapkan juga Tan Sri @tonyfernandes dapat membimbing seluruh kakitangan @AirAsia supaya lebih bertimbang rasa dan ada sedikit COMPASSION untuk SITI AISYAH THOMAS,” katanya lagi. -MalaysiaGazette© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Sumber Nak balik tatap jenazah ayah tetapi Siti Aisyah ditahan kru Airasia kerana terlewat 5 minit naiki pesawat
Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/02/nak-balik-tatap-jenazah-ayah-tetapi.html