Kru Airasia Didakwa Tak Timbang Rasa Kepada Penumpang Kematian Ayah


Shawaliah HadirGambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang warganet menyifatkan kru penerbangan AirAsia ke Tawau tidak berhati perut apabila melarang  seorang penumpang yang kematian ayah masuk ke pesawat hanya kerana lewat lima minit pada 10 Februari lalu.

Akibatnya, penumpang itu terpaksa membelanjakan lebih RM1,000 untuk membeli tiket baharu untuk pulang ke Sabah.

Menurut Nurul Adira Mohamad menerusi ciapan twitternya, seorang penumpang wanita, Siti Aisyah Thomas menerima berita ayahnya di Tawau telah meninggal dunia pada 12.30 tengah hari pada tarikh yang sama.

Beliau turut tag Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Aisyah yang berada di Johor Bharu sebelum itu, katanya, menumpang rakan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) ketika itu tiba di pintu K2 – lima minit sebelum jam penerbangannya iaitu 5.25 petang namun tidak dibenarkan memasuki pesawat.

Walaupun abang Aisyah merayu kepada kru penerbangan AK5740 untuk membenarkan adiknya memasuki pesawat namun menurut Nurul Adira rayuannya bersama penumpang lain yang turut bersimpati tidak dilayan.

“THREAD ini saya tujukan khas untuk kakitangan @AirAsia yang bertugas untuk penerbangan @AirAsia AK5740 pada jam 5.25 petang, 10 Febuari 2019 dan juga kakitangan @AirAsia yang bertugas di pintu K2.

“Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, SITI AISYAH THOMAS meminta ihsan kawan untuk menghantarnya ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk mengejar penerbangan AK5740 @AirAsia pada jam 5.25 petang.

“Buat pengetahuan Tan Sri @tonyfernandes , SITI AISYAH THOMAS sampai di pintu K2 pada jam 5.20 petang. Pada masa tersebut masih ada 7 orang yang belum menaiki pesawat dan masih beratur TETAPI pintu K2 telah ditutup dan ground staff @AirAsia tidak membenarkan beliau masuk.

“Buat pengetahuan Tan Sri @tonyfernandes juga, abang SITI AISYAH THOMAS iaitu FIRMAN KAI THOMAS menaiki pesawat yang sama, AK5740 dan telah memberitahu ‘ground staff’ dan juga ‘cabin crew’ supaya menunggu adik beliau sekejap kerana ini adalah kecemasan bukan sengaja lambat.

“Setelah tidak dilayan oleh kakitangan Tan Sri @tonyfernandes , FIRMAN KAI THOMAS telah mengetuk pintu di mana kapten pesawat AK5740 @AirAsia tetapi menemui jalan buntu. Beberapa penumpang lain juga cuba untuk membantu tetapi tidak dihiraukan oleh ‘cabin crew’ yang bertugas,” tulisnya.

Akibat itu Aisyah terpaksa membeli tiket penerbangan baharu yang hanya transit ke Kota Kinabalu daripada Kuala Lumpur dan akan mengakibatkannya perlu membeli tiket lain di sana.

“Dipendekkan cerita, SITI AISYAH THOMAS terpaksa membeli tiket baru dari KLIA ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA) kerana penerbangan AK5740 adalah merupakan penerbangan terakhir dari KLIA ke TAWAU sedangkan beliau telah membelanjakan RM1,000 lebih untuk tiket tadi.

” SITI AISYAH THOMAS terpaksa bermalam di KKIA dalam keadaan sedih dan tidak berdaya sementara menunggu penerbangan pagi 11 Febuari 2019 ke TAWAU sambil berharap sempat berjumpa dengan arwah AYAH beliau buat kali terakhir,” ujarnya yang kecewa dengan layanan buruk diberikan oleh krew cabin penerbangan AirAsia pada waktu itu.

Sepatutnya penumpang terbabit, kata Nurul Adira diberikan sedikit masa menerusi ihsan dan simpati agar sempat berlepas pulang melihat jenazah ayahnya kali terakhir yang berada ribuan batu jauhnya.

Justeru, Tony disarankan agar mendidik kakitangannya agar bertimbang rasa mengikut kes yang terdesak seperti penumpang bernama Aisyah dan abangnya itu.

“Dengan segala kejayaan dan pencapaian yang dikecapi oleh Tan Sri @tonyfernandes dan @AirAsia , saya mengharapkan juga Tan Sri @tonyfernandes dapat membimbing seluruh kakitangan @AirAsia supaya lebih bertimbang rasa dan ada sedikit COMPASSION untuk SITI AISYAH THOMAS,” katanya lagi. -MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/kru-airasia-didakwa-tak-timbang-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Balik Tatap Jenazah Ayah Tetapi Siti Aisyah Ditahan Kru Airasia Kerana Terlewat 5 Minit Naiki Pesawat

Nak Balik Tatap Jenazah Ayah Tetapi Siti Aisyah Ditahan Kru Airasia Kerana Terlewat 5 Minit Naiki Pesawat

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 650 hits
KUALA LUMPUR Seorang warganet menyifatkan kru penerbangan AirAsia ke Tawau tidak berhati perut apabila melarang seorang penumpang yang kematian ayah masuk ke pesawat hanya kerana lewat lima minit pada 10 Februari lalu Akibatnya penumpang it...
Rakyat Iran Desak Balas Dendam Kematian 27 Pengawal Revolusi

Rakyat Iran Desak Balas Dendam Kematian 27 Pengawal Revolusi

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 406 hits
Rakyat Iran desak lsquo balas dendam rsquo kematian 27 Pengawal Revolusi Dikemas kini 46 minit yang lalu middot Diterbitkan
Kasus Kematian Tkw Adelina Sau Mandek Di Malaysia Ibunda Pasrah

Kasus Kematian Tkw Adelina Sau Mandek Di Malaysia Ibunda Pasrah

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 360 hits
Ibunda almarhumah Adelina Sau tak kuasa menahan tangis ketika dihadirkan dalam peringatan satu tahun meninggalnya Adelina
2 Berita Kematian Berbeza Dalam 1 Masa

2 Berita Kematian Berbeza Dalam 1 Masa

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 431 hits
2 Berita Kematian berbeza dalam 1 masa Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah kembali bertugas setelah bercuti panjang sempena cuti tahun baru cina Ada banyak perkara yang berlaku dalam cuti tahun baru cina ni yang mana semua bend...
Makanan Instan Bisa Jadi Penyebab Meningkatnya Risiko Kematian

Makanan Instan Bisa Jadi Penyebab Meningkatnya Risiko Kematian

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 342 hits
Walau diketahui bahwa jenis makanan ini menyimpan segudang bahaya di balik kemudahan memprosesnya namun temuan dari penelitian terbaru cukup mengejutkan Dilansir dari Web MD kebiasaan mengonsumsi makanan jenis ini dapat meningkatkan risiko ...
Kematian Abdul Bari Asyraf Kematian Yang Dicemburui Ramai

Kematian Abdul Bari Asyraf Kematian Yang Dicemburui Ramai

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 577 hits
Assalamualaikum Hai semua Sedih dan seronok dalam masa yang sama bila baca perkongsian tentang Hero Negara arwah Abdul Bari Asyraf yang mana kematiannya dicemburui oleh ramai orang Sungguh ramai yang mendoakan syurga buatnya Kuasa Allah tak...
Kematian Itu Nasihat Kepada Kita Yang Hidup

Kematian Itu Nasihat Kepada Kita Yang Hidup

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 525 hits
As Salam Kematian Itu Nasihat Kepada Kita Yang Hidup Lama benar saya tangguhkan tulisan ini Pertama kali dalam hidup saya berdepan dengan kematian atau kehilangan insan tersayang ialah abah saya sendiri Masih dalam ingatan sebaik selepas su...
Ingat Saat Kematian

Ingat Saat Kematian

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 334 hits
Dengan mengingati kematian akan merasakan diri sentiasa diperhatikan oleh Allah sepertilah saat kematian akan datang bila bila masa Lantas segala persiapan berkaitan menambahkan bekalan dilakukan secara bersungguh sungguh kerana merasakan p...
10 Perkara Hak Perlu Dituntut Selepas Kematian Waris

10 Perkara Hak Perlu Dituntut Selepas Kematian Waris

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 525 hits
Mungkin ada segelintir daripada kita tidak mengetahui akan perkara ini Dimana hak waris simati boleh menuntut haknya selepas kematian waris mereka Disini kita sertakan 10 perkara hak waris perlu diketahui dan dituntut selepas kematian waris...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka

Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan

Trippy Bros Elevate Your Mind Embrace The Journey

Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan