Najis Burung Punca Murid Sesak Nafas Di Pasir Gudang Netizens Pertikaikan Kajian


SOSMED | Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar dipetik sebagai berkata najis burung mungkin antara yang menjadi faktor kenapa beberapa pelajar sekolah mengalami masalah sesak nafas di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang.

Kenyataannya itu dilaporkan oleh portal Berita Harian hari ini dan menimbulkan kemarahan netizens. 

Sesetengahnya pula bertindak menyindir kenyataan itu.

Sindrom salahkan binatang pula..




Maknanya kilang tak salah langsung??

Kenyataan oleh Mohd Khuzzan Abu Bakar itu dibayangkan netizens cubaan menyorok perkara sebenar dan melindungi kilang yang melanggar peraturan.

Berikut laporan berita penuh;

Pencemaran najis burung merpati mungkin antara faktor sampingan yang menyebabkan insiden gangguan kesihatan, termasuk sesak nafas dan muntah, di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata tinjauan pihaknya mendapati beberapa kelas di tingkat atas sekolah itu terpaksa ditutup akibat masalah najis burung berkenaan.
“Masalah najis dan hama burung di kelas tingkat atas bangunan sekolah ini agak serius.

“Ia mungkin antara faktor setiap hari (kerap), ada kejadian murid mengalami simptom sesak nafas dan muntah di sekolah ini,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di sekolah itu, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan; Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahudeen Abd Aziz; dan Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort, Padzlan Monthel.

Sebelum ini, media melaporkan sembilan kes baharu sesak nafas dilaporkan di sini, semalam setakat jam 12 tengah malam, membabitkan lapan pelajar dan seorang guru dari empat sekolah termasuk SK Tanjung Puteri Resort, yang dirawat sebagai pesakit luar.

Justeru, Mohd Khuzzan meminta Kementerian Pendidikan menyegerakan kerja membersih dan memperbaiki bumbung sekolah berkenaan bagi menghalang kemasukan burung merpati.

Sementara itu, Dr Selahudeen berkata, najis burung merpati berbahaya kepada kesihatan, terutama kanak-kanak, dalam jangka panjang kerana boleh menyebabkan masalah pernafasan berpunca daripada penyakit berkaitan paru-paru.

Dalam pada itu, Aminolhuda berkata, wakil Kementerian Pendidikan sudah meninjau masalah pencemaran najis burung itu yang berlarutan sejak kira-kira lima tahun lalu, dan kerja baik pulih dijangka dilakukan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai pelajar sekolah yang menjadi mangsa pencemaran udara di kawasan ini pula, Aminolhuda berkata, selain rawatan kesihatan, pihaknya turut memberi tumpuan terhadap aspek psikologi mangsa.

“Semua kaunselor sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diarahkan untuk membantu murid yang pernah menjadi mangsa supaya dapat mengatasi masalah kebimbangan, panik dan trauma.

“Malah, kaunselor dari PPD Johor Bahru juga diarahkan membantu sekolah di Pasir Gudang,” katanya. - 23 Julai 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/07/najis-burung-punca-murid-sesak-nafas-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Johor Arahkan Sekolah Di Pasir Gudang Bersihkan Najis Burung

Mb Johor Arahkan Sekolah Di Pasir Gudang Bersihkan Najis Burung

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 387 hits
JOHOR BAHRU Pihak sekolah khususnya Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang perlu mengambil inisiatif bagi menggerakkan kerja pembersihan najis burung merpati yang terdapat di sekolah berkenaan Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin...
Lebih 100 Penduduk Lapor Polis Gesa Siasat Pencemaran Di Pasir Gudang

Lebih 100 Penduduk Lapor Polis Gesa Siasat Pencemaran Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 365 hits
Pelajar SMK Taman Nusa Damai di Pasir Gudang yang mengalami gejala sesak nafas dan mual dirawat di bilik gerakan operasi pemantauan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 23 Jun lalu JOHOR BAHRU Lebih 100 mangsa pencemaran...
Dokumentasi Kejadian Pasir Gudang Dalam Aspek Perancangan Bandar Pakar

Dokumentasi Kejadian Pasir Gudang Dalam Aspek Perancangan Bandar Pakar

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR 12 Julai Kes pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor pada Mac lepas dan insiden pencemaran gas udara berlaku tiga bulan selepas itu sehingga menjejaskan kesihatan lebih 4 000 penduduk termasuk kanak kanak me...
Operasi Bersepadu 3 Kilang Haram Di Pasir Gudang Diserbu

Operasi Bersepadu 3 Kilang Haram Di Pasir Gudang Diserbu

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 371 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mini Bowl Noodle By Nj Pasir Gudang

Mini Bowl Noodle By Nj Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 778 hits
Mini Bowl Noodle by NJ Pasir Gudang Tekak nak makan Boat Noodles Tapi nak ke bandar tu satu hal The post appeared first on
Bantulah Kami Di Pasir Gudang

Bantulah Kami Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 294 hits
KEMENTERIAN Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan bahawa satu memorandum mendapatkan peruntukan mewujudkan stesen pemantau bahan bahan cemar udara secara tetap telah dibentangkan di Kabinet pada 5 Julai lalu St...
Mangsa Pencemaran Pasir Gudang Buat Laporan Polis

Mangsa Pencemaran Pasir Gudang Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 324 hits
Bernama Mohd Rafee menunjukkan laporan polis pada sidang media di Balai Polis Seri Alam hari ini selepas mengetuai lebih 100 mangsa pencemaran Pasir Gudang pada Mac dan Jun lalu membuat laporan polis fotoBERNAMA JOHOR BAHRU Lebih daripada 1...
Pengesan Gas Pasir Gudang Didakwa Satu Pembaziran

Pengesan Gas Pasir Gudang Didakwa Satu Pembaziran

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 416 hits
Kesemua alat pengesan gas yang dibekalkan di 111 sekolah di Pasir Gudang didakwa satu pembaziran Ketua Bahagian MCA Pasir Gudang Tan Tuan Peng berkata alat yang berharga sekitar RM10 000 setiap satu itu hanya sesuai digunakan untuk kawasan ...
Isu Pasir Gudang Berulang Cukup Beri Kerajaan Markah Gagal

Isu Pasir Gudang Berulang Cukup Beri Kerajaan Markah Gagal

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 267 hits
PAS syor tubuh suruhanjaya siasatan bebas tangani pencemaran Ketua Pemuda PAS Ir Khairil Nizam Khirudin BANGI PAS menyarankan kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menjalankan forensik ke atas kedudukan semua pembanguna...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game