Bantulah Kami Di Pasir Gudang


KEMENTERIAN Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan bahawa satu memorandum mendapatkan peruntukan mewujudkan stesen pemantau bahan-bahan cemar udara secara tetap telah dibentangkan di Kabinet pada 5 Julai lalu.
Stesen ini bertujuan mengesan pencemaran udara secara lebih cepat dan berkesan. Andainya stesen ini diwujudkan maka pemantauan secara lebih spesifik terhadap kualiti udara di kawasan Pasir Gudang akan dapat dijalankan dengan mudah.
Kami rakyat Pasir Gudang amat berharap dengan adanya stesen kekal sebegini, pemantauan secara berkala dan berterusan dapat dijalankan malah tahap kualiti udara dapat dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Pun begitu, bagaimanakah keadaan masyarakat dalam kawasan kejiranan Pasir Gudang? Persoalan yang berlegar di sanubari kerana bimbang dengan masyarakat yang tinggal di sana mahupun mencari rezeki di kawasan yang sudah sekian lama menjadi lubuk rezeki pelbagai profesion itu.
Sudah pasti mereka berdepan dengan trauma akibat kes pencemaran udara ini. Ini kerana sudah dua kali insiden yang sama berulang menyebabkan para penduduk mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga.
Apa yang paling penting dan utama adalah bagaimanakah masyarakat setempat mengurus dan menjalani kehidupan mereka selepas bencana seperti ini?
Kejadian seperti ini sebenarnya boleh memberi kesan yang mendalam kepada mangsa. Antara kesan segera dan ketara yang boleh berlaku adalah kesan psikologi yang traumatik dan boleh menjejaskan emosi mangsa.
Kesan traumatik yang tidak berjaya dikawal boleh meninggalkan kesan terhadap seseorang individu. Ia boleh menyebabkan kecederaan fizikal, emosi, psikologi ataupun mental. Seseorang yang mengalami trauma berkemungkinan akan berasa bimbang atau ketakutan.
Dalam sesetengah kes, mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk memberi respon atau mungkin menafikan kejadian yang berlaku. Individu seperti ini amat memerlukan bantuan dan masa untuk menyembuhkan diri di samping menstabilkan emosi dan mental mereka.
Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan individu mampu untuk kembali kepada keadaan asal selepas mengalami sesuatu tragedi. Adalah normal bagi seseorang untuk mengalami tekanan selepas bencana tetapi selepas beberapa bulan seseorang itu sebenarnya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa.
Sebagai ahli keluarga dan masyarakat, kita perlu memberi masa kepada mereka yang berdepan bencana untuk menyesuaikan diri.
Kita haruslah sentiasa mengambil berat serta menunjukkan sikap memahami situasi yang sedang mereka hadapi dan perlu tangani saat berdepan krisis tersebut.
Selain daripada itu, kita juga boleh mendengar mereka meluahkan perasaan yang mengganggu fikiran. Bantuan boleh diberikan dengan membantu mendaftarkan mereka menyertai pelbagai kumpulan sokongan yang diketuai pakar yang terlatih.
Mereka perlulah dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Di samping itu, galakkan mereka untuk menambah baik rutin seharian mereka. Sentiasalah mengambil berat akan keadaan mangsa bencana dan menggalakkan mereka untuk tidak membuat apa-apa keputusan yang besar dalam kehidupan mereka untuk sementara waktu.
Saya berharap akan ada pelan pengurusan trauma selepas bencana bagi memastikan ada sokongan dan bantuan berterusan untuk rakyat yang berdepan dengan bencana sebegini.
Kita mahu semua pihak sama ada kerajaan, swasta, rakyat yang dilanda bencana mahupun yang ingin membantu serta pelbagai agensi pertubuhan bukan kerajaan dapat bersama-sama menghadapi bencana ini walaupun sekadar memberi sokongan moral kepada mereka yang dilanda musibah ini.
Saya kira sudah sampai masanya kita melihat apa yang telah dibuat di negara Iceland. Ini kerana Iceland telah diiktiraf sebagai negara paling selamat di dunia berdasarkan Skor Indeks Ke­selamatan yang dikeluarkan oleh majalah Global Finance.
Majalah tersebut membuat penilaian dengan mengambil kira soal perang dan keamanan, kadar jenayah serta risiko bencana alam. Sudah pasti kita juga ingin melihat negara kita mencapai status sebegitu pada masa akan datang. Tidak mustahil bukan?
SUHANA MOHAMED
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Kewangan, Fakulti 
Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Kampus Pasir Gudang, Johor.
Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/11/bantulah-kami-di-pasir-gudang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Besar Johor Perlu Yakinkan Keadaan Pasir Gudang Terkawal Hasni

Menteri Besar Johor Perlu Yakinkan Keadaan Pasir Gudang Terkawal Hasni

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 278 hits
ISKANDAR PUTERI Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal diminta supaya turun padang melawat lokasi kejadian gangguan kesihatan sesak nafas dan muntah muntah di Pasir Gudang bagi meyakinkan masyarakat bahawa keadaan di kawasan itu terka...
Pasir Gudang Rescue Personnel Receive Aid

Pasir Gudang Rescue Personnel Receive Aid

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 245 hits
The Melaka state government on Sunday provided over 1 000 masks and goodie bags to the rescue personnel involved in the Pasir Gudang chemical pollution operation Melaka Health and Anti Drugs Committee chairman Low Chee Leong visited the ope...
No More Chemical Factories In Pasir Gudang

No More Chemical Factories In Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 266 hits
The government will not approve any more applications for the construction of new chemical plants in Pasir Gudang to ensure a more sustainable development in the area Energy Science Technology Environment and Climatic Change Minister Yeo Be...
Sekolah Pasir Gudang Dibuka Kehadiran Pada Tahap Baik

Sekolah Pasir Gudang Dibuka Kehadiran Pada Tahap Baik

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 321 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Halil Chik Meninggal Dunia Sekolah Pasir Gudang Dibuka Terjunam Ke Dalam Sungai

Halil Chik Meninggal Dunia Sekolah Pasir Gudang Dibuka Terjunam Ke Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 382 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pasir Gudang Schools To Remain Open

Pasir Gudang Schools To Remain Open

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 291 hits
Johor Education director Azman Adnan seen here distributing masks to students in SK Pasir Gudang 4 on June 30 JOHOR BARU All 111 primary and secondary schools in Pasir Gudang will remain open despite several students experiencing breathing ...
Pencemaran Sekolah Di Pasir Gudang Kembali Terjejas

Pencemaran Sekolah Di Pasir Gudang Kembali Terjejas

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 320 hits
Beberapa guru pelajar pengsan dan alami sesak nafas muntahJOHOR BAHRU Baru beberapa jam sesi persekolahan di kawasan Pasir Gudang bermula setelah semua sekolah di situ diarahkan tutup Selasa lepas gangguan kesihatan berupa sesak nafas dan m...
Puluhan Pelajar Pasir Gudang Terjejas Lagi

Puluhan Pelajar Pasir Gudang Terjejas Lagi

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 261 hits
Tinjauan di SK Kopok pula mendapati 32 murid dan dua guru terjejas JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www t...
Alat Pengesan Gas Dibekal Ke 111 Sekolah Di Pasir Gudang

Alat Pengesan Gas Dibekal Ke 111 Sekolah Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 383 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko