Najib Upah Ramai Pihak Untuk Kembali Jadi Pm Kata Kit Siang



(Malaysia Now) – Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa Najib Razak mempunyai dana pilihan raya terbesar dalam negara dan mengupah ramai pihak dengan kepakaran tertentu bagi membantu beliau kembali menjadi perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Lim yang merupakan ahli Parlimen Iskandar Puteri turut berkata usaha Najib untuk kembali mentadbir Malaysia akan memadamkan kemungkinan negara menjadi bertaraf dunia menjelang 2057.
“Kembalinya Najib sebagai perdana menteri ke-10 dalam PRU15 akan menimbulkan konflik terhadap semua idea penetapan semula dasar dan institusi negara,” kata Lim dalam sebuah kenyataan hari ini.
Lim turut membandingkan Najib dengan adik lelakinya, Nazir Razak yang sebelum ini dilihat mengkritik abangnya sendiri berhubung skandal 1MDB dan turut memulakan inisiatif “Better Malaysia Assembly” dengan tujuan untuk menetapkan semula polisi dan institusi negara.
“Sungguh berbeza – adik meminta penetapan semula dasar dan institusi negara dan abangnya pula bermimpi untuk kembali sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.
“Tidak dinafikan, Najib sudah pasti mempunyai dana pilihan raya terbesar di negara ini dan mengupah ramai orang dengan kepakaran tertentu untuk membantu beliau,” katanya.
Semalam, Nazir dan 54 tokoh dalam pelbagai bidang mencadangkan kerajaan mewujudkan platform “Better Malaysia Assembly” sebuah inisiatif yang bertujuan melaksanakan reformasi dalam pentadbiran negara.
Mereka menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menyatakan platform tersebut adalah langkah pertama dalam usaha “membina semula” negara.
Dalam pada itu, Lim berkata Malaysia tewas kepada Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam dalam mewujudkan tadbir urus yang baik terutama dalam perang menentang rasuah, mengingatkan kedudukan negara mungkin akan dipintas oleh Indonesia.
“Malaysia mesti menetapkan semula dasar pembinaan negara jika kita mahu menghentikan proses di mana satu demi satu negara mengatasi kita,” katanya.
Sejak ditumbangkan daripada kuasa dan berdepan puluhan pertuduhan rasuah, Najib menjenamakan semula dirinya sebagai jaguh rakyat biasa menggunakan slogan “Bossku” yang digunakan secara meluas di platform media sosial.
Beberapa serbuan susulan kejatuhannya, pihak berkuasa menyita senarai panjang barangan mewah termasuk barangan kemas, jam tangan, beg tangan mewah yang bernilai ratusan juta ringgit di mana penyiasat mempercayai ia berkait dengan skandal 1MDB.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkaitan 1MDB.
Keputusan rayuan Najib bagi sabitan kes tersebut ditetapkan pada 8 Disember depan.
Najib upah ramai pihak untuk kembali jadi PM, kata Kit Siang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/11/26/najib-upah-ramai-pihak-untuk-kembali-jadi-pm-kata-kit-siang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggapan Umno Boleh Menang Jika Pru Diadakan Awal Boleh Bawa Maut Kata Kit Siang

Anggapan Umno Boleh Menang Jika Pru Diadakan Awal Boleh Bawa Maut Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 250 hits
freemalaysiatoday com November 21 2021 1 44 PMKeadaan politik di peringkat kebangsaan mungkin jauh berbeza daripada senario di Melaka kata Lim Kit Siang PETALING JAYA Para pemimpin Umno mungkin akan mendesak pilihan raya umum ke 15 disegera...
Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 248 hits
Rakyat Melaka kembali terima BN kata SaifuddinOleh FAZLI RADZI November 20 2021Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat Melaka kembali menerima BN untuk menubuhkan kerajaan negeri Menurutnya rakyat Melaka telah pu...
Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka

Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 145 hits
MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka Sabtu ini Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbala...
Rafizi Digesa Kembali Atau Ph Tersungkur Pru15 Nanti Kata Amk

Rafizi Digesa Kembali Atau Ph Tersungkur Pru15 Nanti Kata Amk

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 201 hits
MALAYSIA DATELINEDi sebalik kekalahan Pakatan Harapan hari ini di media sosial seruan terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk kembali ke pentas politik semakin bergema Ketua Penerangan AMK Sabah Razeef Rakimi berkata seruan untuk Rafi...
Prn Melaka Siapa Kata Rakyat Telah Kembali Ke Bn

Prn Melaka Siapa Kata Rakyat Telah Kembali Ke Bn

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 366 hits
Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung kelmarin tidak boleh dianggap sebagai kembalinya rakyat kepada BN sebagaimana propaganda yang ditiupkan oleh media arus perdana sejak semalam dan sehingga seminggu akan datang Menurut Ahli Parlime...
Kleptocracy Vs National Reset Kit Siang Sees Contrast In Razak S Sons

Kleptocracy Vs National Reset Kit Siang Sees Contrast In Razak S Sons

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 142 hits
DAP supremo Lim Kit Siang has highlighted the divergent path undertaken by Nazir and Najib the sons of the second prime minister Abdul Razak Hussein He noted that one was seeking a national reset acknowledging that past policies had bred co...
Is Malaysia Suffering From Adviser Mania Asks Kit Siang

Is Malaysia Suffering From Adviser Mania Asks Kit Siang

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 190 hits
DAP veteran Lim Kit Siang has asked if Malaysia is suffering from an attack of adviser mania following reports that the prime minister will be getting another special adviser on health matters He wonders if Ismail Sabri Yaakob will eventual...
Mungkinkah Najib Kembali Sebagai Pm Ke 10

Mungkinkah Najib Kembali Sebagai Pm Ke 10

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 155 hits
ULASAN l Kesan terburuk daripada Pilihan Raya Negeri Melaka adalah Najib Razak mungkin akan menjadi Perdana Menteri ke 10 Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Adakah ini perkara yang layak diterima rakyat Malaysia Untuk menolak orang ya...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show