Mungkinkah Najib Kembali Sebagai Pm Ke 10





ULASAN l Kesan terburuk daripada Pilihan Raya Negeri Melaka adalah Najib Razak mungkin akan menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-15

Adakah ini perkara yang layak diterima rakyat Malaysia? Untuk menolak orang yang menjadikan negara kita terkenal sebagai “kleptokrasi terburuk” dan kemudiannya menerimanya semula empat tahun kemudian sebagai seorang penyelamat negara, yang dibebaskan daripada semua pertuduhan rasuah, seakan-akan mencuba untuk mewujudkan satu contoh terbaik kleptokrasi di dunia.

Tidak terkejutlah, sepucuk “surat kepada editor” bertanya perkara berikut:

“Bagaimana seorang yang tersabit bersalah boleh menjadi suatu perkara sensasi dalam kempen PRN Melaka?
“Bagaimana sebuah gabungan politik yang dipenuhi pertuduhan dan kes rasuah di mahkamah berjaya memenangi hati pengundi? Perkara ini amat mengagumkan.”

Nasib baik, perkara ini belum lagi menjadi satu perkara yang tidak boleh diubah sebelum PRU-15 yang akan datang.

Barisan Nasional memenangi majoriti dua pertiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri baharu negeri Melaka, tetapi parti tersebut tidak memenangi dua pertiga undi yang dibuang pada 20 November 2021.

Malah, BN hanya berjaya mendapat 38.39 peratus undian daripada jumlah keseluruhan undian, peningkatan yang sangat kecil, sebanyak 0.55 peratus berbanding dengan PRU pada tahun 2018.

Jelas sekali, BN tidak mempunyai mandat majoriti rakyat Melaka, apatah lagi dua pertiga, untuk memerintah negeri tersebut.
Terdapat 11 kerusi di mana BN menang dengan majoriti kurang daripada seribu undi, lapan di mana Pakatan Harapan (PH) berada di tempat kedua dan tiga di mana Perikatan Nasional (PN) berada di tempat kedua.

Kadar keluar mengundi di PRN Melaka ini adalah 19 peratus lebih rendah berbanding dengan kadar keluar mengundi dalam PRU-14 -- 83.52 peratus dalam PRU-14 berbanding dengan 64.56 peratus dalam PRN Melaka 2021.

DAP telah kalah di kerusi Pengkalan Batu dengan 131 undi, Duyong dengan 200 undi, Gadek dengan 559 undi; PKR pula kalah di Paya Rumput dengan 629 undi, Kelebang dengan 876 undi, Machap Jaya dengan 938 undi, dan Rembia dengan 860 undi; manakala Amanah kalah di Durian Tunggal dengan 559 undi. Bersatu kalah di Tanjung Bidara dan Pantai Kumbar dengan 364 dan 827 undi, dan PAS kalah di Serkam dengan 789 undi.

Sekiranya 11 kerusi ini telah dimenangi oleh PH dan PN, pembahagian kerusi di antara tiga gabungan politik ini akan menjadi PH 13, BN 10, dan PN5.
Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka ini mengingatkan saya kepada lawatan saya ke Makam Hang Tuah di Duyong, di mana saya terfikir sejenak, sama ada sumpahan rasuah yang telah menyebabkan kejatuhan empayar Melaka 500 tahun yang lalu juga akan sekali lagi menyebabkan kejatuhan Melaka dan Malaysia di abad ke-21.

Tidak ada ragu-ragu, PRN Melaka ini merupakan satu halangan kepada matlamat DAP dan Pakatan Harapan untuk Utamakan Malaysia, Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara, tadbir urus yang baik, dan kedaulatan undang-undang.

Rakyat Malaysia tidak boleh berputus asa untuk terus menggunakan nilai terbaik pertemuan empat tamadun hebat dalam negara kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia -- walaupun sekiranya perkara ini hanya dapat dicapai pada ulang tahun ke-100 penubuhan negara pada tahun 2057.

Walaupun terdapat penganalisa politik yang mengatakan rakyat Malaysia tidak berminat kepada prinsip-prinsip ini semua, saya diperkuatkan lagi selepas lawatan saya ke Bukit Cina semasa kempen PRN Melaka ini, kerana kejayaan kempen rakyat Melaka dan rakyat Malaysia, 37 tahun yang lepas, untuk “Selamatkan Bukit Cina” sebagai sebuah warisan kebangsaan adalah bukti yang kita boleh dan akan berjuang demi prinsip dan kepentingan negara.

LIM KIT SIANG ialah ahli parlimen DAP Iskandar Puteri.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.malaysiakini.com
Lim Kit Siang
Diterbitkan: Nov 23, 2021 11:28 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/mungkinkah-najib-kembali-sebagai-pm-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rozaimi Kekalkan Fitness Latihan Kendiri Sebagai Persedian Untuk Kembali Beraksi

Rozaimi Kekalkan Fitness Latihan Kendiri Sebagai Persedian Untuk Kembali Beraksi

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 198 hits
Rozaimi Kekalkan Fitness Latihan Kendiri Sebagai Persedian Untuk Kembali Beraksi Bekas penyerang berbisa kebangsaan Rozaimi Abd Rahman semalam telah memuatnaik satu video di laman rasmi Facebook miliknya Hantaran yang dikongsikan Rozaimi me...
Najib Upah Ramai Pihak Untuk Kembali Jadi Pm Kata Kit Siang

Najib Upah Ramai Pihak Untuk Kembali Jadi Pm Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 224 hits
Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa Najib Razak mempunyai dana pilihan raya terbesar dalam negara dan mengupah ramai pihak dengan kepakaran tertentu bagi membantu beliau kembali menjadi perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke 1...
Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka

Tak Mungkinkah Najib Akan Mohon Semula Rumah Rm100 Juta Selepas Selesai Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 284 hits
Najib Razak akhirnya membuat keputusan menarik balik permohonan mendapatkan rumah bernilai RM100 juta di sebuah kawasan eksklusif di ibu negara atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri Dua alasan diberikan atas tindakan tersebut menga...
Pas Harus Kembali Kepada Umno Ahli Akademik

Pas Harus Kembali Kepada Umno Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 232 hits
PAS kini mungkin tiada pilihan dan terpaksa kembali kepada Muafakat Nasional bersama Umno susulan prestasinya yang mengecewakan dalam pilihan raya negeri Melaka hari ini kata ahli akademik Azmi Hassan juga berkata parti itu perlu memikirkan...
Saya Tak Akan Kembali Kepada Umno Muhyiddin

Saya Tak Akan Kembali Kepada Umno Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 183 hits
Saya tak akan kembali kepada UMNO Muhyiddin MELAKA TENGAH Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak sesekali akan meninggalkan Bersatu yang dipimpinnya walaupun PN tewas teruk pada pilihan raya negeri malam ini B...
Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 275 hits
Rakyat Melaka kembali terima BN kata SaifuddinOleh FAZLI RADZI November 20 2021Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat Melaka kembali menerima BN untuk menubuhkan kerajaan negeri Menurutnya rakyat Melaka telah pu...
Ketua Koperasi Menghilang Gaji Petani Sawit Di Kampar Kembali Dibayar Ptpn V

Ketua Koperasi Menghilang Gaji Petani Sawit Di Kampar Kembali Dibayar Ptpn V

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 176 hits
Puluhan petani Koperasi Sawit Makmur Desa Pangkalan Baru Kabupaten Kampar sudah beberapa bulan tidak gajian lantaran ketua koperasi Anthony Hamzah menghilang usai menjadi tersangka penyerangan perumahan karyawan perusahaan
Hiburan Selamat Bernikah Jasmin Hamid Kembali Bergelar Isteri

Hiburan Selamat Bernikah Jasmin Hamid Kembali Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 292 hits
Dalam diam pelakon senior dilaporkan telah selamat bergelar isteri setelah melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan semalam Berita gembira tersebut turut dikongsikan pelakon drama popular Cukup Derita Itu menerusi sebuah hantaran di...
Seorang Lagi Blogger Telah Kembali Kepada Pencipta

Seorang Lagi Blogger Telah Kembali Kepada Pencipta

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 260 hits
Innalillahiwainnailayhirojiuun Sepanjang menceburi dunia blogging sejak 2008 seingatnya ini adalah blogger ketiga telah pergi menghadap Illahi Berita ini sangat mengejutkan sebab nama Puan Komsiah Yussof tidak asing lagi bagi saya serta ker...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation