Najib Tidak Pernah Nyatakan Yang Mana Satu Penyata Kewangan Berbeza Yang Di Pilihnya


 

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah memberitahu bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang yang mana satu daripada dua penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2014 yang berbeza, dipilih oleh bekas perdana menteri untuk dimasukkan dalam Laporan Pengauditan akhir syarikat.
Saksi pendakwaan keenam itu merujuk kepada keterangan terdahulunya mengenai permintaan Najib untuk tidak memasukkan isu dua penyata kewangan 1MDB yang berbeza dalam Laporan Audit 1MDB, dalam pertemuan di pejabat bekas perdana menteri pada 22 Feb 2016.
Ambrin, 70, juga bersetuju dengan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib bahawa bekas perdana menteri itu hanya meyakinkannya (Ambrin) bahawa beliau akan membuat siasatan menyeluruh isu itu.
Muhammad Shafee: Adakah (bekas) perdana menteri menyatakan bahawa ada dua penyata kewangan (1MDB), yang beliau pilih A, jadi jangan letak B atau B jadi jangan letak A.
Ambrin: Tidak, tidak, beliau tidak pernah mengatakannya.
Muhammad Shafee: Beliau (Najib) hanya mengatakan bahawa “saya akan mencari punca masalah itu”.
Ambrin: Ya.
Ambrin yang kini telah bersara, berkata demikian dalam perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB membabitkan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Najib, 67, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya manakala Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib berhubung kesalahan sama.
Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Mereka didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang  daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Dalam penyataan sebelumnya, Ambrin menjelaskan mengenai dua versi penyata kewangan 1MDB yang berbeza iaitu versi yang dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyatakan 1MDB sudah menggunakan dana RM4.03 bilion yang diperoleh daripada pelaburan Seggregated Portfolio Company (SPC) untuk membayar hutang syarikat itu.
Satu lagi versi penyata kewangan, dihantar kepada Kementerian Kewangan, Deutsche Bank dan AmBank yang menyatakan dana RM4.03 bilion yang diperoleh daripada pelaburan SPC masih lagi ada dalam simpanan 1MDB.
Dua versi penyata kewangan 1MDB yang berbeza itu adalah antara empat isu yang dipersetujui untuk dikeluarkan daripada laporan audit syarikat.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa Najib tidak memberi arahan khusus mengenai pindaan laporan audit.
Muhammad Shafee: Perkara yang beliau (Najib) bimbang adalah dua versi penyata kewangan yang berbeza itu.
Ambrin: Ya, saya yang memaklumkan kepadanya mengenai dua penyata kewangan yang berbeza itu.
Muhammad Shafee: Sebagai perdana menteri yang munasabah dan pintar, beliau (Najib) harus bimbang (mengenai isu tersebut).
Ambrin: Ya, seharusnya, ia adalah isu yang sangat penting.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau tidak pernah ditekan oleh Najib untuk melakukan pindaan pada laporan audit, sebaliknya, Ambrin tertekan apabila beliau dan pasukannya dari Jabatan Audit Negara (JAN) terpaksa melayan cadangan pindaan yang dikemukakan pada saat-saat akhir sedangkan laporan itu telah sedia untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang sepatutnya dibentangkan pada 24 Feb 2016, terpaksa dibentangkan pada Mac 2016 selepas beberapa pindaan dibuat.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/najib-tidak-pernah-nyatakan-mana-satu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punya Nak Bela Najib Kleptokrasi Mana Bukti Najib Dizalimi

Punya Nak Bela Najib Kleptokrasi Mana Bukti Najib Dizalimi

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 224 hits
Setiausaha Agung PAS Dato Takiyuddin Hassan yang juga Menteri Undang Undang menciap di Twitter Ada masanya kami tiada kuasa untuk menghalang ketidakadilan tetapi jangan sampai tiada masa untuk memprotes Ciapan tersebut telah dipadam Namun i...
Buang Pindaan Laporan Kewangan Audit 1mdb Bukan Najib Arah Tapi Ali Hamsa

Buang Pindaan Laporan Kewangan Audit 1mdb Bukan Najib Arah Tapi Ali Hamsa

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendakwa bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang mengarahkan beliau supaya membuat pindaan terhadap laporan kewangan audit 1Malaysia Development Berhad dan bukannya Dat...
Najib Tak Minta Saya Pilih Antara 2 Penyata 1mdb Yang Bercanggah Ambrin

Najib Tak Minta Saya Pilih Antara 2 Penyata 1mdb Yang Bercanggah Ambrin

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 391 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Abdul Razak tidak pernah meminta bekas ketua audit negara Ambrin Buang memilih antara dua penyata kewangan 1MDB bagi tahun kewangan 2014 yang bercanggah antara satu ...
Susu Penuh Krim Atau Susu Segar Mana Satu Pilihan Buat Si Kecil Ini Tip Dari Pakar Untuk Mama Papa Pilih Yang Terbaik

Susu Penuh Krim Atau Susu Segar Mana Satu Pilihan Buat Si Kecil Ini Tip Dari Pakar Untuk Mama Papa Pilih Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 501 hits
Memberikan anak susu memang langkah yang baik Tapi antara susu penuh krim atau full krim dan susu segar mana satu yang sesuai Ini tip daripada doktor pakar pediatrik Menurut susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu Itu tak boleh...
Program Affiliate Atau Pengiklanan Google Adsense Mana Satu Pilihan Anda

Program Affiliate Atau Pengiklanan Google Adsense Mana Satu Pilihan Anda

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 330 hits
Terdapat pelbagai cara untuk hasilkan pendapatan di internet Cara yang popular dan mudah untuk jana pendapatan online adalah menerusi program Affiliate dan juga menyiarkan iklan iklan berbayar melalui program pengiklanan Dari segi cara kerj...
Najib Beri Anak Yatim Mana Rosmah Ke

Najib Beri Anak Yatim Mana Rosmah Ke

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 182 hits
Bila pendakwaraya berjaya buktikan elemen jenayah merompak salahguna kuasa dalam pertuduhan dan Najib dipanggil membela diri Najib cuma defend dirinya dengan mengatakan SAYA TAK TAHU JHO LOW TIPU SAYA Bila bicara dah selesai sementara tungg...
Mana Satu Yang Betul

Mana Satu Yang Betul

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 242 hits
Shahbudin HusinDalam kenyataan medianya hari ini Zahid Hamidi menyebut bahawa Muhyiddin yang menyatakan hasrat untuk Bersatu menyertai MN Annuar Musa pula kata Bersatu dijemput untuk menyertai MN Mana satu betul atau dua2nya tak betul
Pak Arab Ucap Tahniah Tu Dia Najib Nak Jawab Macam Mana Lebai Pula Lupa Lupa Lena

Pak Arab Ucap Tahniah Tu Dia Najib Nak Jawab Macam Mana Lebai Pula Lupa Lupa Lena

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 313 hits
W FAUDZINDapat ucapan tahniah dari Arab kerana berjaya buktikan siapa perompak duit rakyat yang digelar MO1 itu Dia kata duit daalm akaun dia tu adalah derma dari Arab tapi Arab ucap tahniah bila dia kena pelik kan
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Habiskan Duit Bayar Kepada Pakar Yang Pandai Beri Penjelasan Cara Dia Hilangkan Masalah

Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie