Buang Pindaan Laporan Kewangan Audit 1mdb Bukan Najib Arah Tapi Ali Hamsa


 
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendakwa bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa yang mengarahkan beliau supaya membuat pindaan terhadap laporan kewangan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukannya Datuk Seri Najib Razak.
Saksi keenam pendakwaan bagi kes meminda laporan akhir pengauditan 1MDB itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhubung pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 22 Februari 2016.
Dalam mesyuarat itu, Ambrin berkata, Najib tidak mengarahkannya untuk memilih atau membuang mana-mana bahagian dalam laporan kewangan tersebu
Sri Ram: Mengikut pernyataan saksi yang Tan Sri sediakan, iaitu “Najib kemudiannya meminta saya untuk tidak memasukkan dua versi penyata kewangan dalam laporan audit 1MDB”. Adakah Tan Sri kekal dengan pendapat tersebut?
Ambrin: Sebenarnya, Najib tidak mengarahkan saya...
Sri Ram: Bukan, apa yang saya maksudkan adalah...
Muhammad Shafee: Yang Arif, Tan Sri patut diberi peluang untuk menjawab soalan berkenaan dengan sepenuhnya.
Ambrin: Betul, Najib tidak arahkan saya, tetapi beliau beritahu akan siasat perkara tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Najib tak suruh pilih atau buang salah satu laporan audit 1MDB'
Saksi berusia 71 tahun itu juga berkata, individu yang mengarahkannya supaya pindaan tersebut ialah Ali.
Menurutnya, meskipun tidak bersetuju dengan tindakan Ali itu, namun beliau terpaksa menerima cadangan berkenaan kerana mengambil kira peranan serta jawatan yang dipegang oleh Ali selaku Ketua Setiausaha Negara.
Menyentuh isu terdapat dua versi laporan kewangan audit 1MDB, Ambrin berkata, laporan pertama yang dibuat bersama kakitangannya pada mesyuarat 24 Februari 2016 sepatutnya dihantar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
“Jika mesyuarat pada Mac tidak diadakan, kami akan hantar satu sahaja laporan maka tidak akan wujud dua versi laporan sebagaimana sekarang,” katanya.
Pada 12 Disember 2018, Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC untuk mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadapnya.
Beliau didakwa, dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri ketika itu menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Ia dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC yang tertuduh secara langsung mempunyai kepentingan.
Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan kesalahan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.
Tuduhan itu adalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 iaitu mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan terhadap laporan itu bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tertakluk kepada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan dengan 1MDB di tempat dan masa yang sama dan mengikut Seksyen 28 (1) (c ) Akta SPRM 2009 dibaca dengan Seksyen 23 (1) & 24 (1) akta yang sama yang memberikan hukuman yang sama, jika didapati bersalah.
Setakat ini, tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan termasuk Ambrin dan Ali.
Dalam kes berkenaan Gopal yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan mengetuai pasukan pendakwaan, sementara peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib dan N Sivananthan bagi pihak Arul Kanda.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan disambung 24 Ogos ini. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/buang-pindaan-laporan-kewangan-audit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ali Hamsa Told Me To Keep My Opinion Out Of 1mdb Audit Report Ambrin

Ali Hamsa Told Me To Keep My Opinion Out Of 1mdb Audit Report Ambrin

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 165 hits
AUDIT REPORT TRIAL The then chief secretary to the government Ali Hamsa allegedly told former auditor general Ambrin Buang to remove the latter s opinion from the 1MDB final audit report the Kuala Lumpur High Court heard today Sixth prosecu...
Pinda Laporan Audit Najib Akan Sangkut Lagi

Pinda Laporan Audit Najib Akan Sangkut Lagi

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 247 hits
Nampaknya Najib akan sangkut lagi Keterangan Bekas Ketua Jabatan Audit Negara TS Ambrin Buang pada semalam mendakwa Najib sebagai Perdana Menteri mengarahkan pindaan dibuat ke atas Laporan Akhir 1MDB 2016 Laporan yang dipinda adalah Laporan...
1mdb Audit Report Trial Court To Hear Najib S Bid To Recuse Sri Ram On Oct 16

1mdb Audit Report Trial Court To Hear Najib S Bid To Recuse Sri Ram On Oct 16

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 185 hits
The High Court in Kuala Lumpur has fixed Oct 16 to hear Najib Abdul Razak s application to recuse former Federal Court judge Gopal Sri Ram from prosecuting the former prime minister s 1MDB audit report tampering trial The hearing date was f...
Najib Fails To Quash 1mdb Audit Report Charge

Najib Fails To Quash 1mdb Audit Report Charge

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 177 hits
The High Court here today dismissed former prime minister Najib Razak s application to strike out the charge of tampering with the 1MDB final audit report Judge Mohamed Zaini Mazlan said the charge against Najib 67 was not misleading as all...
Najib Kembali Ke Mahkamah Untuk Perbicaraan Kes 1mdb

Najib Kembali Ke Mahkamah Untuk Perbicaraan Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 210 hits
BERNAMA SELEPAS dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd minggu lalu Datuk Seri Najib Razak kembali ke Mahkamah ...
Tiada Laporan Kewangan Th Dr Asyraf Sangkal Alasan Mujahid

Tiada Laporan Kewangan Th Dr Asyraf Sangkal Alasan Mujahid

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 382 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyangkal alasan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang gagal membentangkan Laporan Kewa...
Menteri Agama Pn Dicabar Bentang Laporan Kewangan Th Di Parlimen

Menteri Agama Pn Dicabar Bentang Laporan Kewangan Th Di Parlimen

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 208 hits
Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan beberapa pimpinan parti kerajaan seperti Ketua Pergerakan Pemuda Umno Menteri Agama kerajaan Perikatan Nasional dicabar untuk membentangkan laporan kewangan tahunan Tabung Haji di Parlimen Ketua Pemu...
Laporan Polis Oleh Aidil Azim Kenapa Azmin Ali Buat Begitu

Laporan Polis Oleh Aidil Azim Kenapa Azmin Ali Buat Begitu

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 821 hits
Saya AIDIL AZIM BIN ABU ADAM ingin membuat laporan polis seperti berikut Pada 15 July 2020 semasa saya berada di rumah seperti alamat NO 9 4 13 Jalan 7 145D Taman Desa Cheras 56100 Kuala Lumpur Saya telah menerima mesej whatsapp berupa hant...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City