Najib Tidak Mengadu Pulangkan Rm42 Juta Tapi Guna Dana Ikut Keinginan Hakim


malaysiakini.com

Diterbitkan: Dec 8, 2021 7:01 PM

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengembalikan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikreditkan secara salah ke akaunnya, sebaliknya telah menggunakannya, kata Mahkamah Rayuan hari ini

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata perkara lazim bagi mana-mana pemegang akaun yang tersilap atau tidak sengaja menerima dana ke dalam akaunnya adalah untuk memulangkannya dan membetulkan kesilapan itu, tetapi Najib tidak melakukan sedemikian apabila RM42 juta itu dipindahkan ke akaunnya.

Dalam penghakiman ringkas setebal 54 muka surat itu, hakim berkata Najib tidak pernah membuat aduan dengan pihak bank apabila dana itu dikreditkan secara salah ke akaunnya tetapi beliau agak berpuas hati apabila menerimanya dan menggunakan dana itu sesuka hatinya.

“Tidak pernah ditunjukkan penggunaan dana itu ada kaitan dengan SRC International atau perniagaannya. Hakim perbicaraan (Mohd Nazlan Mohd Ghazali) menganggap pemindahan dana itu ke dalam akaunnya mesti dilakukan dengan pengetahuan perayu kerana jika tidak, beliau tidak akan membelanjakan RM42 juta tersebut.

“Oleh itu, keseluruhan keterangan mengukuhkan kesimpulan hakim bahawa perayu pasti mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta yang dipindahkan ke dalam akaunnya,” katanya sambil menambah bahawa mahkamah juga bersetuju dengan penemuan hakim perbicaraan bahawa bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan jelas menunjukkan bahawa pergerakan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada akaun bank SRC adalah tindakan penyalahgunaan yang tidak jujur,” katanya.

Hakim Abdul Karim juga berkata RM42 juta itu dimasukkan ke dalam akaun bank Najib dan tidak pernah dialihkan ke mana-mana akaun lain dan RM42 juta itu digunakan oleh perayu (Najib).

Sebaik sahaja dana berkenaan diterima ke dalam akaun bank perayu, beliau menggunakan dana tersebut dengan mengeluarkan beberapa cek.

“Dalam keadaan ini, perayu sudah mengetahui dana yang dikreditkan ke dalam akaun banknya, dan mengikut undang-undang, beliau bertanggungjawab dan akan dipertanggungjawab terhadap aktiviti dalam akaunnya,” kata hakim.

Hakim juga bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa semua elemen penting mengenai penyelewengan harta yang diamanahkan oleh perayu telah digunakan dengan jelas.

Beliau berkata keterangan jelas menunjukkan perayu telah menyeleweng RM42 juta, subjek tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan memindahkan untuk kegunaan beliau sendiri serta telah menyeleweng secara tidak jujur.

Hakim Abdul Karim berkata walaupun perayu berpendapat bahawa dana itu digunakan untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR), hakikatnya dana tersebut telah digunakan untuk kepentingan peribadinya, secara langsung dan tidak langsung, dan dalam beberapa kes untuk tujuan politik yang berkaitan dan dikira untuk memajukan kerjaya politik perayu,” katanya.

Hakim Abdul Karim berkata mahkamah juga bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Najib menguruskan hal ehwal SRC International dan oleh sebab itu beliau telah diamanahkan menjaga dan melindungi aset serta harta syarikat.

“Ini terbukti selepas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan atas kedudukan itu, bekas perdana menteri itu telah mengeluarkan arahan kepada pemegang saham yang perlu dipatuhi oleh Lembaga Pengarah SRC.

“Peranan perayu itu secara rasminya berkuat kuasa setelah beliau dilantik sebagai Penasihat Emeritus syarikat dengan meluluskan pindaan terhadap Tataurusan Persatuan yang membolehkan jawatan itu diwujudkan.

"Pelantikan ini bagi membolehkan beliau mengarahkan Lembaga Pengarah SRC untuk bertindak mengikut arahannya.

"Atas dasar itu, pelbagai peranan perayu iaitu sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat Emeritus, jelas menunjukkan beliau telah mengarah dan mengawal minda SRC,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/najib-tidak-mengadu-pulangkan-rm42-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Belanja Tak Pertikai Deposit Rm42 Juta Hakim

Najib Belanja Tak Pertikai Deposit Rm42 Juta Hakim

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 147 hits
Oleh Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika hadir ke perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 20 Oktober lalu GAMBAR Abd Razak Aid DATUK Seri Najib Tun Razak tidak pernah memba...
Isu Wang Rm42 Juta Dalam Akaun Najib Bhg 1

Isu Wang Rm42 Juta Dalam Akaun Najib Bhg 1

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 200 hits
December 12 2021Semalam saya ada habaq yang saya janji insyaAllah jika ada mood saya nak explain mcm mana wang RM 42 juta pi masuk dlm akaun peribadi YB Pekan 2 Alhamdulillah ada mood sikit 3 Sblm tu tok hakim habaq duit RM 42 juta tu berda...
National Embarrassment Bukan Kes Najib Tapi Tidak Mendakwa Skandal Rm700 Juta Keluarga Zeti

National Embarrassment Bukan Kes Najib Tapi Tidak Mendakwa Skandal Rm700 Juta Keluarga Zeti

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 230 hits
Cubaan mengalihkan National Embarrassment dari kepimpinan 22 bulan pemerintahan kerajaan Tun Mahathir sedang cuba dibuat oleh pihak tertentu Skrip politik berada dalam penggulungan kes Namun semua orang tahu sebutan National Embarrassment a...
Najib Ada Kepentingan Guna Src Bagi Faedah Sendiri Hakim

Najib Ada Kepentingan Guna Src Bagi Faedah Sendiri Hakim

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 178 hits
Mahkamah Tinggi memutuskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai kepentingan peribadi untuk menggunakan SRC International Sdn Bhd sebagai wadah bagi kepentingan diri sendiri dengan memanfaatkan kedudukannya serta kawalan be...
Wallahi Saya Tak Pernah Arah Rm42 Juta Dimasuk Dalam Akaun Kata Najib

Wallahi Saya Tak Pernah Arah Rm42 Juta Dimasuk Dalam Akaun Kata Najib

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 161 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini sekali lagi bersumpah menggunakan nama Allah beliau tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan dana RM42 juta SRC International ke dalam akaun peribadinya sehari selepas Mahkamah Rayuan men...
8 Disember Bukan Doomsday Najib Tapi Doomsday Ismail Sabri Zeti Dan Mahathir Juga

8 Disember Bukan Doomsday Najib Tapi Doomsday Ismail Sabri Zeti Dan Mahathir Juga

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 298 hits
Oleh Sirajuddin AhmadHari penentu sama ada Datuk Seri Najib bersalah atau tidak dalam kes rayuannya akan di tentukan bersempena 100 hari Datuk Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Pada hari penentu itu nama nama selain dari nama Najib nama ...
Buat Penyokong Najib Yang Menyokong Buta Tuli Tapi Bodo Rupanya

Buat Penyokong Najib Yang Menyokong Buta Tuli Tapi Bodo Rupanya

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 276 hits
Fakta yang penyokong Najib mesti ambil tahuOleh HANIPA MAIDIN December 9 2021Hello pakcik dan makcik dari Pekan Saya sedang baca untuk kali kedua penghakiman penuh mahkamah rayuan kes YB Pekan hero anda semua tu Kali ini saya pi baca dengan...
Lelaki Beli Lamborghini Rolex Guna Dana Bantuan Covid 19

Lelaki Beli Lamborghini Rolex Guna Dana Bantuan Covid 19

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 177 hits
Lelaki beli Lamborghini Rolex guna dana bantuan Covid 19 Seorang lelaki yang merompak wang berjumlah AS 1 6 juta melalui Program Perlindungan Gaji pandemik koronavirus kerajaan Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dua ...
Satu Lagi Projek Sakau Najib Hanya Siap 13 Tapi Dah Bayar 88 Rm8 3 Bilion

Satu Lagi Projek Sakau Najib Hanya Siap 13 Tapi Dah Bayar 88 Rm8 3 Bilion

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 235 hits
Selain projek mega dan sakau yang luar biasa mahal di bawah pentadbiran BN UMNO NAJIB RAZAK seperti 1MDB SRC MRT HSR ECLR SOLAR ENERGY ROSMAH ada satu lagi projek yang dibayar secara babi buta dan luar biasa oleh Najib Iaitu projek paip gas...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Kangen Band Setengah Mati Mengejar Dia Chord

Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000