Najib Ada Kepentingan Guna Src Bagi Faedah Sendiri Hakim



Mahkamah Tinggi memutuskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai kepentingan peribadi untuk menggunakan SRC International Sdn Bhd sebagai wadah bagi kepentingan diri sendiri dengan memanfaatkan kedudukannya serta kawalan beliau terhadap syarikat.
(Bernama) – Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penghakimannya berkata pihak pembelaan gagal menggunakan undang-undang untuk menjelaskan fakta-fakta berkaitan dakwaan salah guna kuasa menurut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
“Kepentingan tertuduh di SRC dalam konteks Seksyen 23(1) bukan kawalannya terhadap SRC tanpa lebih daripada itu. Itu semata-mata asas kepada kepentingan,” kata hakim yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati bekas perdana menteri itu bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan melibatkan penyelewengan RM42 juta dana SRC.
Mohd Nazlan berkata penglibatan tertuduh dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan bagi pembiayaan RM4 bilion kepada SRC oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang kemudian disalurkan dengan cepat kepada SRC, secara langsung menyebabkan tertuduh berada di kedudukan untuk mengakses lebih banyak dana syarikat pada bila-bila masa apabila dirasakan perlu oleh tertuduh, termasuk RM12 juta yang masuk ke dalam akaun-akaun tertuduh pada lewat 2014 dan awal 2015.
Hakim seterusnya berkata alasan penglibatan itu ialah motivasi bagi hasrat mendapatkan akses kepada dana yang lebih besar dalam SRC termasuk RM42 juta terbabit. “Dana RM42 juta yang diterima pada 26 Dis 2014 dan 10 Feb 2015 merupakan penyebab langsung kepada penglibatan tertuduh dalam mesyuarat kabinet. Jumlah tersebut merupakan ‘gratifikasi’ seperti tuduhan menurut Seksyen 23 Akta SPRM terhadap tertuduh.
“Fakta-fakta dalam perbicaraan ini ialah pihak-pihak yang terlibat ialah kerajaan (kabinet) dan SRC. Tertuduh mengetuai kerajaan dan juga kepentingan peribadi dalam SRC yang dikawal beliau,” kata hakim itu.
Hakim Mohd Nazlan berkata kelulusan oleh kabinet memanfaatkan SRC yang dikawal oleh tertuduh sendiri.
Hakim berkata tidak perlu ada pengaturan di antara tertuduh dan pihak lain berhubung gratifikasi yang bakal diterima untuk membuktikan kehadiran niat jenayah.

“Harus ditekankan di sini bahawa tertuduh mempunyai kepentingan dalam SRC. Beliau terlibat dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan permohonan SRC untuk mendapatkan jaminan kerajaan,” katanya.
“Keputusan untuk meluluskan (jaminan kerajaan) secara langsung meletakkan tertuduh di kedudukan yang memberikan akses kepada lebih banyak dana SRC.
“Gratifikasi dari segi manfaat dengan segera menjadi hak tertuduh untuk beliau putuskan bila dana tersebut akan disalurkan bagi kegunaan beliau sendiri,” kata hakim.
Hakim Mohd Nazlan seterusnya berkata beliau telah menganalisis hujahan mengenai kepentingan negara dan kerelevanan Seksyen 23(4) pada akhir kes pendakwaan.
Katanya beliau meragui tertuduh boleh dianggap sebagai pegawai di SRC dan wakil kerajaan, serta turut mendapati jawapan lengkap kepada hujahan pembelaan mengenai isu itu ialah Seksyen 23(4) tidak boleh diguna pakai dalam kes ini kerana tidak ditunjukkan tindakan yang diambil tertuduh, yang membawa kepada keputusan kerajaan untuk meluluskan dua jaminan kerajaan, dibuat demi kepentingan atau faedah kerajaan.
Hakim Mohd Nazlan berkata pembelaan tertuduh tidak memberikan sebarang perkara baharu yang substantif dan tidak dapat mengubah dapatan di akhir kes pendakwaan bahawa tindakan tertuduh bukan untuk kepentingan negara dan bukti yang dikemukakan itu tidak mewajarkan penggunaan Seksyen 23(4) Akta SPRM.

Menyentuh mengenai apa yang berlaku selepas pembiayaan daripada KWAP disalurkan, hakim berkata selepas keseluruhan pinjaman RM4 bilion diagihkan kepada SRC, kelakuan tertuduh seperti tidak konsisten dengan pembabitannya sebelum itu.
“Pemeriksaann balas terhadap tertuduh mendedahkan secara jelas beberapa kesimpulan yang tidak membantu pembelaannya.
“Pertama, tiada bukti menunjukkan tertuduh berasa bimbang dengan penggunaan dana yang dipinjamkan kepada SRC oleh KWAP dalam kedua-dua aspek, iaitu fakta bahawa wang itu datang daripada tabung persaraan negara, iaitu dana awam, serta hakikat usaha mempromosikan inisiatif strategik tenaga negara tidak langsung tercapai.
“Ketiadaan tindakan daripada tertuduh untuk mendapatkan semula dana yang dikatakan dibekukan oleh pihak berkuasa Swiss atas dakwaan pengubahan wang juga membingungkan, dan sebaliknya (kelakuan) lebih konsisten dengan kelakuan seseorang yang tidak mahu masalah itu diselesaikan disebabkan keterlibatannya dalam pemindahan secara haram dana itu, seperti yang dibuktikan menerusi minit pemegang saham MOF Inc (Menteri Kewangan Diperbadankan), meskipun beliau mendakwa minit itu palsu,” katanya.
Hakim berkata adalah jelas menjelang penghujung 2015 SRC berdepan masalah kewangan dan memo MOF bertarikh 4 Nov 2015 membangkitkan keperluan pembiayaan yang berakhir dengan tiga pinjaman jangka pendek kepada SRC bagi mengelakkan KWAP mengisytiharkan ingkar membayar hutang terhadap SRC yang akan menyebabkan kerajaan dipertanggungjawabkan menerusi jaminannya.

Hakim juga berkata tertuduh menyokong pinjaman jangka pendek terbabit namun langsung tidak memanggil pengarah-pengarah SRC bagi memberi penjelasan kepada beliau sekalipun berstatus penasihat emeritus dan perdana menteri yang mempunyai kuasa yang luas berdasarkan memorandum dan artikel persatuan syarikat termasuk melantik ahli lembaga pengarah SRC.
“Tertuduh juga tidak bersetuju dengan penegasan bahawa RM4 bilion itu telah hilang dengan menyatakan fakta itu tidak dibuktikan, sedangkan tertuduh sendiri tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menunjukkan beliau mengambil langkah-langkah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap dana itu.
“Selain itu, tertuduh juga tidak dapat memberikan jawapan yang jelas sama ada beliau berpuas hati dengan kemajuan SRC selepas agihan pertama berjumlah RM2 bilion sebelum bersetuju untuk menyokong pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion, hanya dalam tempoh enam bulan selepas pinjaman pertama,” katanya.
Hakim juga berkata tertuduh mendakwa beliau ada bertanya dan diberitahu wang terbabit diketepikan untuk keperluan pelaburan segera namun tidak bertanya sama ada wang pinjaman masih dalam bentuk tunai.
Hakim Mohd Nazlan berkata menurut tertuduh, perkara itu adalah di bawah tanggungjawab lembaga pengarah untuk menyelia dan tertuduh juga tidak bersetuju bahawa ada tuntutan bagi syarikat mengemas kini status penyaluran pinjaman pertama yang diperoleh menerusi jaminan kerajaan apabila cadangan jaminan kerajaan yang kedua dibentang pada mesyuarat kabinet.
“Sekali lagi saya sukar untuk memahami perkara ini kerana sumber pembiayaan adalah dana persaraan dan jumlah yang terlibat sangat besar.
“Sehubungan itu, dalam penghakiman saya, selepas memeriksa pembelaan tertuduh dan menimbang semua pembelaan dalam kes ini, saya dapati pembelaan gagal menyangkal sangkaan menurut Seksyen 23(2) Akta SPRM mengenai keseimbangan kebarangkalian atau menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dari segi tuduhan ke atas tertuduh mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/12/07/najib-ada-kepentingan-guna-src-bagi-faedah-sendiri-hakim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Najib Dalam Kes Src Memalukan Negara Hakim

Tindakan Najib Dalam Kes Src Memalukan Negara Hakim

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 225 hits
ismaweb net Tindakan Najib dalam kes SRC memalukan negara HakimIni bukan sesuatu boleh dikata demi kepentingan negaraPUTRAJAYA 3 Jamadilawal 1443H Rabu Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes...
Mahkamah Rayuan Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan Src Intermational

Mahkamah Rayuan Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan Src Intermational

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 232 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menyatakan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam kesalahan sebagaimana pertuduhan dapat dilihat bermula dengan penubuhan Syarikat SRC International Sdn Bhd itu sendiri Ketika membaca keputusan ...
Memalukan Negara Hakim Tolak Penjelasan Najib Untuk Kepentingan Negara

Memalukan Negara Hakim Tolak Penjelasan Najib Untuk Kepentingan Negara

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 185 hits
Mahkamah Rayuan tidak dapat menerima penjelasan Najib Razak bahawa semua tindakannya berkaitan SRC International Sdn Bhd adalah demi kepentingan negara Dalam penghakiman yang dibaca hari ini panel hakim Mahkamah Rayuan menjelaskan yang Naji...
Najib Tidak Mengadu Pulangkan Rm42 Juta Tapi Guna Dana Ikut Keinginan Hakim

Najib Tidak Mengadu Pulangkan Rm42 Juta Tapi Guna Dana Ikut Keinginan Hakim

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 148 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 8 2021 7 01 PMBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengembalikan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikreditkan secara salah ke akaunnya sebaliknya telah menggunakannya kata Mah...
Kes Src Keputusan Rayuan Najib Pada 8 Dis

Kes Src Keputusan Rayuan Najib Pada 8 Dis

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 170 hits
Putrajaya Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 8 Dis ini untuk keputusan rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd Pejabat Ketua Pend...
Najib Nak Berpolitik Dengan Hakim

Najib Nak Berpolitik Dengan Hakim

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 185 hits
Pandangan Hakim adalah tepat dari segi perundangan dan mereka tidak akan ambil peduli fakta lain di luar mahkamah fakta yang tidak dibentangkan oleh PEGUAMBELA Najib yang gagal memberi arahan kepada peguamnya untuk memaklumkan kepada mahkam...
Najib Just Trying To Delay Wednesday Src Decision With New Evidence Bid Prosecution Tells Court

Najib Just Trying To Delay Wednesday Src Decision With New Evidence Bid Prosecution Tells Court

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 221 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak is just attempting to slow down and delay the Court of Appeal s decision this Wednesday in his case involving the misappropriation of RM42 million belonging to former 1Malaysia Development Berhad...
Masak Sendiri Ayam Panggang Blackpepper Sedap Guna Resipi Ni

Masak Sendiri Ayam Panggang Blackpepper Sedap Guna Resipi Ni

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 210 hits
Ayam Panggang Blackpepper memang antara perisa kegemaran bagi penggemar sajian ayam panggang Di musim ayam serba mahal ini jika terasa nak makan lebih baik masak sendiri Jika dibeli seekor kecil sahaja saiznya namun harga boleh tahan Memang...
Days Before Src Appeal Verdict Najib Wants To Submit New Evidence

Days Before Src Appeal Verdict Najib Wants To Submit New Evidence

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 182 hits
Najib Razak says it is within the interest of justice that he obtain a fair trial by producing all evidence PETALING JAYA Days before the Court of Appeal is set to announce the outcome of Najib Razak s appeal in the RM42 million SRC Interna...
Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Kes Denggi Meningkat



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Filem Ngesot

Zikir Hari Isnin Fadhilat Membacanya

Monosterio Jadi Raya Tak Jadi Chord

Shinta Angely Nyaman Ku Harap Luka Ku Dapat Chord

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office