Najib Tak Pandai Kira Kira Diskaun Tol Plus


Sejak kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan pelan untuk mengurangkan kadar tol Lebuhraya PLUS dengan diskaun 18%, bekas perdana menteri Najib Razak tidak berhenti-henti mengkritik dasar tersebut
Jelas sekali, beliau tengah merajuk kerana PH berjaya mencari penyelesaian kepada kadar tol yang tinggi (dan kian meningkat) pada zaman kerajaan Barisan Nasional, sedangkan Najib gagal melakukan yang sama. Menurut formula PH, pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun yang besar, kerajaan akan jimat akibat hutang kepada PLUS dihapus-kirakan dan pampasan untuk diskaun tol tidak perlu lagi dibayar sepanjang konsesi
Walaupun saya memperbetulkan kenyataan beliau pada minggu lepas dengan fakta yang menunjukkan kelebihan dasar PH berbanding dengan BN, Najib tetap runsing dan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang terus menyelewengkan fakta
Dalam kenyataan Facebooknya, Najib memetik kenyataan kerajaan bahawa jumlah penjimatan pengguna tol sepanjang baki konsesi adalah RM26 bilion, manakala jumlah penjimatan kerajaan sepanjang baki konsesi adalah RM42 bilion
Malangnya, Najib tak faham kira-kira dan mengeluarkan kenyataan bahawa “jumlah kerugian yang ditanggung pencarum KWSP dan pengguna tol masa depan sepanjang baki konsesi” ialah RM68 bilion, atau dengan mencampurkan kedua-dua jumlah RM26 bilion dan RM42 bilion
Walaupun Najib merupakan bekas menteri Kewangan, beliau tak pandai mengira kerana penjimatan kerajaan sepanjang baki konsesi sebanyak RM42 bilion adalah terdiri daripada:Pampasan sebanyak RM26 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan jika kadar tol semasa dibekukan sehingga akhir konsesi sedia ada akibat kadar tol yang
akan dinaikkan 5% setiap 3 tahun.Pampasan tambahan sebanyak RM14 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan kerana pemberian diskaun tol 18% daripada kadar semasa mengikut konsesi sedia ada.Hutang semasa yang tertunggak sebanyak RM2 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada PLUS.Oleh sebab itu, pencampuran RM26 bilion dengan RM42 bilion oleh Najib langsung tidak berbangkit, tidak logik dan tidak masuk akal
Tambahan pula, tohmahan bahawa pencarum KWSP akan rugi sebanyak RM26 bilion atau RM42 bilion atau pun RM68 bilion langsung tidak berasas dan merupakan tuduhan membabi buta
Seperti yang diumumkan sebelum ini, nilai ekuiti PLUS yang dipegang oleh Khazanah dan KWSP akan dikekalkan dan dilindungi melalui penerbitan bon oleh PLUS kepada pihak pemegang saham. Dengan itu, bayaran dividen dari KWSP kepada pekerja Malaysia tidak akan terjejas
Oleh yang demikian, paling baik pun, kenyataan Najib hanya merupakan kenyataan “double-counting” yang menunjukkan beliau tak pandai ilmu hisab. Jika tidak, ia merupakan kenyataan berniat jahat untuk memutar-belitkan fakta untuk mengelirukan orang awam
perti yang disahkan menteri Kewangan pada minggu lalu, rakyat akan menikmati diskaun tol sebanyak 18% mulai 1 Feb. Pencapaian ini adalah selaras dengan janji manifesto PH yang berjaya dilaksanakan tanpa merugikan kerajaan atau pembayar cukai. Sebaliknya, penjimatan yang diterima kerajaan akan dapat diperuntukkan semula kepada rakyat dalam bentuk kebajikan atau pembangunan
Tony Pua merupakan setiausaha politik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/01/najib-tak-pandai-kira-kira-diskaun-tol.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Manfaat Diskaun Tol 18 Kepada Sabah Sarawak Dan Pantai Timur Soal Najib

Apa Manfaat Diskaun Tol 18 Kepada Sabah Sarawak Dan Pantai Timur Soal Najib

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 294 hits
Najib Razak mempertikaikan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengkritik tindakan Barisan Nasional membayar dividen 0 5 kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menerusi PLUS Malaysia Najib berkata Lim seharusnya bertanya kepada penc...
Diskaun 18 Peratus Tol Plus Bermula Tengah Malam Ini

Diskaun 18 Peratus Tol Plus Bermula Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 464 hits
Kadar tol PLUS akan dikurangkan sebanyak 18 peratus bermula 12 tengah malam ini pix hiasan KUALA LUMPUR Kadar tol PLUS akan dikurangkan sebanyak 18 peratus bermula 12 tengah malam ini Seperti yang telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menter...
Ph Baru Lanjut Tol Plus Hingga 2058 Kata Najib

Ph Baru Lanjut Tol Plus Hingga 2058 Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 417 hits
Pada 2017 PLUS dilaporkan berkata berdasarkan perjanjian konsesi yang disemak semula pada 2011 kutipan tol dijadualkan berakhir pada 31 Dis 2038 PETALING JAYA Najib Razak berkata kerajaan Pakatan Harapan baru melanjutkan konsesi PLUS Malays...
Kadar Tol Plus Selepas Diskaun 18 Peratus Mulai 1 Februari 2020

Kadar Tol Plus Selepas Diskaun 18 Peratus Mulai 1 Februari 2020

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 2005 hits
Kadar tol lebuhraya PLUS baharu selepas diskaun 18 mulai 1 Februari 2020 Rasanya ramai telah sedia maklum akan kesediaan dan keputusan kerajaan untuk menurunkan kadar tol lebuhraya di Malaysia pada kadar 18 peratus Penurunan kadar tol ini a...
Hutang 1mdb Hanya Alasan Ph Gagal Hapus Tol Najib Bidas Guan Eng

Hutang 1mdb Hanya Alasan Ph Gagal Hapus Tol Najib Bidas Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 413 hits
Najib Razak membidas Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana menjadikan hutang 1MDB sebagai alasan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menghaouskan tol Dalam satu kenyataan di Facebook Najib merujuk kepada kegagalan Guan Eng menyebut tentang be...
Penurunan Tol 18 Peratus Di Semua Lebuhraya Kendalian Plus Malaysia Mulai 1hb Februari 2020

Penurunan Tol 18 Peratus Di Semua Lebuhraya Kendalian Plus Malaysia Mulai 1hb Februari 2020

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1378 hits
PENURUNAN TOL 18 PERATUS DI SEMUA LEBUHRAYA KENDALIAN PLUS MALAYSIA MULAI 1HB FEBRUARI 2020Rangkaian lebuh raya terbesar Negara terus komited untuk memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan lebuh raya yang berkualitiuntuk keselesaaan pela...
Kadar Bayaran Di Semua Tol Kendalian Plus Dikurangkan Sebanyak 18 Bermula Februari 2020

Kadar Bayaran Di Semua Tol Kendalian Plus Dikurangkan Sebanyak 18 Bermula Februari 2020

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1648 hits
PLUS Malaysia Berhad hari ini mengumumkan dimana kadar bayaran di semua tol kendalian PLUS dikurangkan sebanyak 18 bermula Februari 2020 Sedikit sebanyak ia memberikan berita gembira kepada pengguna pengguna yang menggunakan lebuhraya PLUS ...
Najib Pembangkang Hipokrit Sokong Mahathir Bapa Segala Tol

Najib Pembangkang Hipokrit Sokong Mahathir Bapa Segala Tol

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 241 hits
Kurang 24 jam selepas empat plaza kutipan tol dimansuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan serangan terhadap pembangkang menyifatkannya sebagai hipokrit atas cubaan mereka putar belit hal ini Beliau antara lain berkata pem...
Mulai Tengah Malam Ini Kadar Tol Plus Akan Jadi Lebih Murah

Mulai Tengah Malam Ini Kadar Tol Plus Akan Jadi Lebih Murah

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1293 hits
Berita gembira untuk semua pengguna kenderaan persendirian Menurut sumber yang Ohmedia baca bermula tengah malam ni akan berlaku pengurangan kadar tol sebanyak 18 Jutaan pengguna lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan akan menikmati peng...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today