Kadar Bayaran Di Semua Tol Kendalian Plus Dikurangkan Sebanyak 18 Bermula Februari 2020
PLUS Malaysia Berhad hari ini mengumumkan dimana kadar bayaran di semua tol kendalian PLUS dikurangkan sebanyak 18% bermula Februari 2020. Sedikit sebanyak, ia memberikan berita gembira kepada pengguna-pengguna yang menggunakan lebuhraya PLUS bagi pelbagai urusan.
Keputusan ini dibuat sejajar dengan Belanjawan 2020 yang dikeluarkan oleh Kerajaan sebelum ini. Jadi selepas ini, pengguna yang menggunakan tol kendalian PLUS Malaysia Berhad akan dapat menikmati bayaran tol dengan harga yang lebih murah berbanding sebelum ini.
Walaupun ianya tidak dihapuskan lagi seperti di dalam Manifesto, bagi aku sedikit sebanyak langkah ini memberi manfaat kepada rakyat. Jadi jom kita tengok sedikit perbandingan harga sebelum dan selepas bagi beberapa tol yang terlibat selepas pengurangan sebanyak 18% ini dilaksanakan
Rangkaian lebuh raya terbesar Negara terus komited untuk memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan lebuh raya yang berkualiti untuk keselesaaan pelanggannya - PLUS
Bayaran Di Semua Tol Kendalian PLUS Dikurangkan Sebanyak 18%
Terdapat banyak lebuhraya dan tol yang dikendalikan oleh PLUS Expressways Berhad dan kesemua lebuhraya ini akan menerima pengurangan sebanyak 18% bermula 12.00 malam 1 Februari 2020 berkuatkuasa serta merta.
Lebuhraya Kendalian PLUS
Jadi antara Lebuhraya yang terlibat adalah :
Lebuhraya Utara SelatanLebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) danJambatan Pulau Pinang (JPP).
Kelas Kenderaan Yang Menerima Pengurangan Bayaran Tol Sebanyak 18%
Penurunan Tol ini akan dilaksanakan bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1), Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5) dan kekal sehingga tamat konsesi. Manakala, bayaran tol bagi lori (Kelas 2 & 3) akan kekal pada kadar sedia ada dan tidak akan dinaikkan sehingga tamat Konsesi PLUS pada tahun 2058. Dengan pelaksanaan Penurunan Tol ini, pelanggan PLUS yang dianggarkan sebanyak 1.7 juta setiap hari berpeluang untuk menikmati penjimatan.
Bayaran tol kurang 18% - Kelas 1, Kelas 4 dan Kelas 5Bayaran kekal - Kelas 2, Kelas 3
Contoh Bayaran Tol Sebelum Dan Selepas Pengurangan Sebanyak 18%
Jadi jom kita lihat sedikit contoh bayaran tol sebelum dan selepas pengurangan sebanyak 18% yang diberikan oleh pihak PLUS kepada semua pengguna
Bagi Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), dimana adanya 2 harga yang berbeza ditawarkan iaitu waktu biasa dan waktu puncak.
Dengan pengurangan 18% ini, ianya juga masih ditawarkan kepada bayaran waktu puncak kepada kenderaan Kelas 1, Kelas 4 dan Kelas 5.
Penurunan tol ini juga akan dilaksanakan untuk Kenderaan Penumpang serta Teksi (Kelas 2) dan Bas (Kelas 3, 4 dan 5) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Bagi kenderaan Kelas 2 dan mereka yang bekerja di Pulau Pinang yang berdaftar dengan PLUS pula akan menikmati penurunan 18 peratus tersebut sebagai tambahan kepada diskaun 20 peratus yang sedia ada.
Dengan penurunan tol sebanyak 18% ini, PLUS akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan lebuh raya yang terbaik pada setiap masa. Ini termasuklah dari aspek operasi dan penyelenggaraan lebuhraya dan pengalaman perjalanan semua pelanggan di semua lebuhraya kendaliannya.
Selain itu jika anda ingin mendapatkan bayaran tol bagi setiap tol di setiap Lebuhraya sama ada kendalian PLUS dan syarikat lain, anda boleh pergi ke kadartol.llm.gov.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2020/02/kadar-bayaran-tol-plus-kurang-18.html