Najib Tak Berani Cabar Pemimpin Umno Dipetik Dalam Kes Rasuah Zahid
agendaily.com18/06/2022
Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Datuk Seri Najib Razak nampaknya tidak berani mencabar beberapa nama pemimpin UMNO lain yang dipetik dalam perbicaraan kes rasuah dihadapi rakannya yang juga Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bekas Perdana Menteri yang didedahkan saksi menerima ratusan juta dalam akaun peribadinya sebelum ini semasa perbicaraan 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) sehingga hari ini mengunci mulut daripada mencabar pemimpin UMNO yang dikaitkan dalam kes Zahid supaya tampil membuat penafian.
Lebih menghairankan, Najib yang sudah disabitkan dalam kes rasuah cuba menyindir Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya kerana kenyataan saksi di mahkamah semasa perbicaraan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).
Najib hanya memuat naik artikel laporan berhubung dakwaan kononnya Muhyiddin menerima wang daripada UKSB, bagaimanapun suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor itu terlupa beberapa nama pemimpin UMNO lain juga dipetik dalam pernyataan saksi kes Zahid tersebut.
Lima nama ahli politik disebut ketika perbicaraan kes rasuah Zahid semalam adalah iaitu Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.
Bagaimanapun, Najib tidak pula mengulas sebarang kenyataan melibatkan pemimpin UMNO tersebut, walhal Muhyiddin pada awal-awal lagi semalam sudah memberikan penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan di mahkamah semalam.
Muhyiddin juga mencabar untuk disiasat perkara tersebut dan sedia memberikan kerjasama. Setakat hari ini, hanya Muhyiddin sahaja berani tampil membuat penjelasan berhubung kenyataan UKSB tersebut tetapi tidak pemimpin UMNO lain.
“Khairy menerima dana politik RM3.7 juta daripada UKSB, manakala Reezal Merican menerima dana antara RM200,000 hingga RM300,000 secara sekali daripada syarikat,” kata bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun semasa memberikan keterangan semalam.
Semalam, Muhyiddin menyifatkan keterangan mahkamah yang mendakwa kononnya beliau turut menerima wang tunai RM1.3 juta daripada UKSB, adalah pernyataan palsu.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan pada tarikh yang disebut oleh saksi pendakwaan itu, beliau menjalani pembedahan kanser dan mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut.
“Tugasan saya sebagai Menteri Dalam Negeri telah diambil alih oleh Perdana Menteri (ketika itu) Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendapat liputan meluas media massa,” kata Muhyiddin.
Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/najib-tak-berani-cabar-pemimpin-umno.html