Najib Razak Hantar Misi Sulit Ke China Untuk Bayar Hutang 1mdb Dan Src


Bekas pegawai khas kepada Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, bahawa beliau amat tertekan ketika diarahkan untuk pergi ke China bagi menjalankan tugas sulit 'menyelamatkan' hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada Jun 2016.


Datuk Amhari Efendi Nazarudin, 43, berkata beliau mula diarahkan sendiri oleh Najib setelah ketua setiausaha sulit Najib, Datuk Azlin Alias meninggal dunia dan ia bermula dengan arahan untuk pergi ke China bertujuan mengesahkan terdapat persefahaman untuk meningkatkan hubungan dan pelaburan Malaysia-China.

"Datuk Seri Najib sendiri telah meminta saya untuk datang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi membincangkan perkara ini dan memberitahu lawatan itu akan diuruskan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

"Saya terpaksa akur walau pada masa itu saya cukup tertekan dan ada terlintas untuk berhenti kerja kerana arahan ini sangat membebankan saya, lebih-lebih lagi semenjak Datuk Azlin tiada.

"Namun, saya terpaksa menurutinya kerana beliau adalah bos saya, apatah lagi beliau adalah Perdana Menteri Malaysia," katanya dalam keadaan sebak.

Saksi penting pendakwaan itu yang membacakan penyataan saksinya berkata Jho Low dalam masa sama turut menghubunginya bagi menyampaikan arahan mengenai agenda dan program lawatannya ke China.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada hari keempat perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Beliau berkata, walaupun menghormati Ahli Parlimen Pekan itu, beliau bimbang sekiranya akan dilibatkan sama dalam percaturan antara Najib dan Jho Low sekiranya tujuan lawatan itu adalah bagi menutup isu kehilangan dana 1MDB, pembayaran hutang International Petroleum Investment Company (IPIC) atau penyediaan dana politik.

Beliau juga yang bimbang akan ancaman dan kesusahan yang akan dihadapinya sekiranya arahan Najib tidak dipatuhi ketika itu.

Membawa kapasiti sebagai wakil diplomatik Najib dalam lawatan sulit ke China pada 27 Jun 2016, saksi itu berkata beliau hanya mengetahui Jho Low akan turut hadir menyertai lawatan perbincangan sama setibanya beliau di negara itu.

"Terma-terma yang hendak dibincangkan juga saya terima daripada Jho Low pada saat-saat akhir dan ia kelihatan seperti sudah ada seseorang yang membincangkan terma-terma berhubung perkara ini (pelaburan Malaysia-China) lebih awal.

"Namun begitu, berdasarkan ‘talking points’ dan ‘action plan’ (nota maklumat dan pelan tindakan) Jho Low kepada saya, perjanjian dan usahasama ini merupakan satu pelaburan yang akan membantu membayar balik hutang 1MDB seperti bayaran hutang 1MDB ke IPIC," katanya sambil menambah kesemuanya sudah dirancang oleh Najib dan Jho Low untuk menggunakan perjanjian dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) China bagi tujuan ini.

Saksi itu turut mengesahkan lawatannya ke China itu hanya diketahui oleh Najib dan Jho Low sahaja berdasarkan kesimpulan melalui perbincangan bersama syarikat dari China tersebut adalah bagi mendapatkan bantuan untuk membeli syer bagi menebus hutang 1MDB.

"Semasa di sana, saya telah menggunakan input daripada Jho Low untuk courtesy call (kunjungan hormat) bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala ini.

"Dia telah membawa saya untuk berjumpa pegawai kanan dari State-owned Assets Supervision and Administration Commission of the State Council (SASAC) yang merupakan badan pengelola semua GLC bagi China.

"Jho Low memainkan peranan aktif dengan hujahannya bagi membincangkan cadangan projek yang dikenal pasti tetapi saya tidak faham sesetengah perkara kerana dia bercakap dalam bahasa Mandarin, hanya sesekali butiran perbincangan itu diterjemahkan kepada saya," katanya sambil menambah arahan-arahan sulit dari Najib hanya diterima beliau selepas isu penyelewengan dana 1MDB tersebar luas.

Bagaimanapun, berdasarkan isi kandungan ‘talking points’ yang disediakan Jho Low, saksi itu berkata jelas bahawa antara agenda yang dibawa dalam lawatan ke China itu adalah kehendak Najib untuk membawa pelabur GLC China ke Malaysia dengan cara pengambilalihan hutang-hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

"Antara ‘talking points’ dalam perbincangan pada 28 Jun 2016 yang membawa mesej daripada Datuk Seri Najib adalah penawaran syarikat State owned Enterprise (SOE) untuk terlibat sama dalam projek infrastruktur dan sekali gus menyelesaikan masalah hutang yang dihadapi 1MDB dan SRC, selain akan menyokong dan mempromosikan kerjasama ekonomi yang lebih rapat dengan China.

"Ayat ‘while simultaneously completely resolving 1MDB and SRC debts’ jelas membawa maksud Datuk Seri Najib ingin menyampaikan mesej bahawa hubungan ini akan turut membantu 1MDB dan SRC melalui ‘bailout’ hutang-hutang 1MDB.

"Selain itu, ia turut menyatakan bahawa Malaysia berhajat untuk berbincang dengan SOE dalam tiga projek yang sedang dikaji kerajaan iaitu pembangunan Pulau Labuan sebagai pusat perbankan luar pesisir dan pusat pelancongan, pembangunan saluran paip petroleum dari Port Klang ke Kuala Kedah serta kajian dan pembangunan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Bangkok," katanya.

Tambahnya lagi, ‘talking points’ yang disediakan Jho Low ini bagi mengesahkan bahawa Najib sendiri meluluskan kerjasama ini dan akan diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin oleh Jho Low kepada pihak China.

"Nota yang diberikan Jho Low turut mengandungi satu ayat yang berbunyi "I will now handover to Mr Liu to provide a detailed explanation of the economic program.

"(Saya kini akan menyerahkan kepada Encik Liu untuk memberikan butiran penjelasan mengenai program ekonomi itu) yang perlu dibaca oleh saya.

"Mr Liu" itu merujuk kepada Jho Low yang mana sebutan "Liu" adalah sebutan dalam bahasa Mandarin," kata saksi itu.

JHO LOW PERANCANG UTAMA


Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low merupakan perancang utama dalam urusan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh saksi pendakwaan kelapan, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin ketika membaca pernyataan saksinya sambil merujuk kepada satu dokumen bertajuk Q & A: 1MDB.

"Dokumen ini adalah satu nota maklumat atau talking points yang telah disediakan oleh Jho Low. Nota ini membincangkan mengenai beberapa isu terkini berkaitan dengan 1MDB ketika itu. Antaranya isu mengenai siapakah Jho Low dan peranannya di dalam 1MDB.

"Dalam dokumen ini pada para 7 ada menegaskan bahawa Jho Low tidak berperanan dalam 1MDB walaupun hakikatnya beliau merupakan perancang utama dalam urusan 1MDB secara sulit.

"Pada perenggan 8 pula merupakan jawapan contoh untuk menegaskan bahawa 1MDB adalah satu projek yang berjaya. Jawapan ini juga dapat mengalihkan tohmahan-tohmahan atau tuduhan-tuduhan ke atas Datuk Seri Najib berhubung masalah-masalah yang ada dalam 1MDB daripada beliau," katanya.

Saksi itu berkata demikian pada hari keempat perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas 25 pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat 1MDB di Mahkamah Tinggi.

Jawapan Untuk Soalan

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low telah membuat soalan ramalan yang mungkin ditanya oleh beberapa pihak termasuk media beserta jawapan “damage control” berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi diberitahu.

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak berkata soalan-soalan ramalan yang mungkin dipersoalkan adalah berapa jumlah hutang 1MDB yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia dan bagaimanakah Letter of Support berbeza dari Government Guarantee.

"Soalan ramalan lain ialah apakah status dana pelaburan yang diuruskan oleh Brazen Sky Limited, isu bayaran balik RM2 billion kepada Maybank dan mengapa 1MDB tidak menjelaskan bayaran ini serta yang terakhir adalah berkenaan dengan IPO (Initial Public Offerings)," katanya ketika membaca penyataan saksinya pada hari keempat perbicaraan kes Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Amhari Efendi, yang merupakan seorang daripada saksi penting pendakwaan berkata selain soalan-soalan ramalan, Jho Low juga telah menyediakan jawapan-jawapan 'damage control' kerana pada masa itu isu penyelewangan 1MDB sedang hangat diperkatakan di media massa.

"Soalan itu disediakan oleh Jho Low sebagai 'update' untuk makluman Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan ianya terkandung di dalam dokumen nota maklumat (eng: talking points) mengenai FAQ (Frequently Ask Question)," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Saksi pendakwaan kelapan itu turut menjelaskan bahawa beliau dan bekas setiausaha sulit Najib, Allahyarham Datuk Azlin Alias menerima dokumen berkenaan daripada Jho Low.

"Seingat saya, Datuk Azlin ada meminta saya untuk menyimpan salinan dokumen ini. Saya kenal dan yakin dokumen ini daripada Datuk Azlin kerana mempunyai catitan tangannya.

"Tujuan perkara itu telah dibincangkan terlebih dahulu oleh Jho Low adalah untuk menerangkan mengenai isu-isu yang timbul di kalangan umum dan sebagai pengetahuan kami agar kami bersedia sekiranya isu ini dipersoalkan ataupun jika dilaksanakan, kami sedia maklum akan perkara tersebut," katanya yang turut memaklumkan bahawa dokumen tersebut tidak dilupuskan kerana mungkin beliau terlepas pandang.

Kata Amhari Efendi, dokumen berkenaan adalah untuk perhatiannya sahaja dan beliau tidak membuat apa-apa tindakan susulan selepas menerima dokumen itu.

Amhari Efendi, yang ketika itu bertugas di Bahagian Ekonomi di PMO berkata beliau juga telah menerima memo yang mengandungi isu-isu semasa dan terkini berkaitan 1MDB daripada Jho Low menerusi email.

"Jho Low telah menyediakan memo itu dan kebiasaannya beliau (Jho Low) akan mengambil tindakan proaktif dengan menghantarnya kepada semua orang yang beliau rasakan perlu mengetahui mengenainya.

"Walau bagaimanapun, memo itu tidak semestinya digunakan dan kebiasaannya individu yang menerima memo tersebut termasuk Datuk Seri Najib, Datuk Azlin dan saya sendiri," katanya.

Saksi itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat juga dokumen yang diterimanya daripada Jho Low bagi merancang langkah seterusnya untuk 1MDB dalam pelan rasionalisasi 1MDB pada 2015.

"Pada waktu itu, ada cadangan pertukaran ahli lembaga pengarah (BOD) yang kebanyakannya terdiri daripada individu daripada sektor swasta ditukar kepada individu yang terdiri daripada sektor kerajaan. Nama saya juga ada dicadangkan tapi saya tidak terpilih menjadi BOD member.

"Kebanyakan rancangan di dalam dokumen itu setahu saya ada dilaksanakan. Secara keseluruhannya dokumen tersebut menunjukkan perancangan-perancangan dan jawapan Jho Low dalam pemilihan BOD, isu PetroSaudi, isu bond IPIC/AABAR dan juga hutang-hutang yang telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia bagi menjamin 1MDB," jelasnya.

Amhari Efendi berkata terdapat nota maklumat bertajuk "1MDB Rationalisation Plan Overview: Accompanying Notes" yang telah diberikan kepadanya pada penghujung 2014 atau awal tahun 2015.

"la telah disediakan oleh Jho Low dan saya telah menerima nota ini sama ada melalui email atau melalui Datuk Azlin ataupun semasa perjumpaan kami bertiga di Prince Hotel.

"Dokumen itu adalah pelan Jho Low untuk menyelesaikan hutang-hutang 1MDB dan ia menerangkan mengenai pelan rasionalisasi bagi 1MDB.

"Pelan berkenaan hangat diperkatakan pada waktu itu. Oleh kerana isu 1MDB pada waktu itu tidak baik, jadi cadangannya adalah untuk menjual segala aset dan liabiliti serta menutup 1MDB.

Jho Low bercadang untuk menjual aset-aset dan liabiliti 1MDB bagi menutup masalah hutang 1MDB. Contoh bagi projek Bandar Malaysia, cadangannya adalah untuk memindahkan Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah syarikat bernama Sg. Besi Development Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat yang akan ditubuhkan untuk membeli Bandar Malaysia," katanya.

Amhari Efendi menjelaskan terdapat juga dokumen bertajuk Q&A: 1MDB/Yayasan yang turut disediakan oleh Jho Low.

"Dokumen yang mengandungi nota maklumat itu saya terima sama ada pada penghujung 2014 atau awal tahun 2015 yang membincangkan mengenai beberapa isu terkini berkaitan dengan 1MDB ketika itu.

"Antaranya berapa jumlah hutang terkini 1MDB, adakah 1MDB mampu untuk membayar semua hutang ini, mengapa pinjaman dibuat dalam USD, mengapa 1MDB menyimpan dana di Cayman Islands, siapakah Jho Low dan peranannya di dalam 1MDB dan bagaimana 1MDB membantu Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia.

Beliau berkata dalam dokumen itu menegaskan bahawa Jho Low tidak berperanan dalam 1MDB walaupun hakikatnya beliau merupakan perancang utama dalam urusan 1MDB secara sulit.

"Ia menegaskan bahawa 1MDB adalah satu projek yang berjaya dan jawapan ini dapat mengalihkan tohmahan-tohmahan atau tuduhan-tuduhan ke atas Datuk Seri Najib berhubung masalah yang timbul dalam 1MDB," katanya yang turut memaklumkan sejak 2009, beliau dan Datuk Azlin sudah terbiasa dengan dokumen sulit itu kerana beratus-ratus dokumen seperti itu diserahkan sendiri atau dihantar melalui email oleh Jho Low bagi melaksanakan arahannya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

BACA INI JUGA:
Analogi Mudah Isu SRC Dan Wang RM42 Juta Yang Masuk Dalam Akaun NajibApa Sebenarnya Masalah Felda Global Ventures Bhd (FGV)? Dulu Megah Kenapa Kini Rebah?
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/09/misi-sulit-ke-china-bayar-hutang-1mdb-dan-src.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pegawai Khas Tertekan Najib Arah Ke China Selamatkan Hutang 1mdb

Bekas Pegawai Khas Tertekan Najib Arah Ke China Selamatkan Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 319 hits
Bekas pegawai khas kepada Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau amat tertekan ketika diarahkan untuk pergi ke China bagi menjalankan tugas sulit menyelamatkan hutang 1Malaysia Development Berhad pada Jun 2016 Datuk ...
Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 233 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengetahuan dan telah memberikan mandat kepada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low untuk merancang dan menguruskan usaha bagi menyelamatkan kerug...
Bicara 1mdb Pegawai Najib Ke China Bimbang Keselamatan Diri

Bicara 1mdb Pegawai Najib Ke China Bimbang Keselamatan Diri

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 304 hits
Bicara 1MDB Pegawai Najib ke China bimbang keselamatan diriOleh September 05 2019Rahsia hubungan antara bekas PM Najib Razak Jho Low dan projek China untuk menyelamatkan skandal 1Malaysia Development Berhad mula didedahkan di Mahkamah Tingg...
Najib 1mdb Trial Day 2 Judge Denies Defence S Request To End Daily Hearings At 4 30pm

Najib 1mdb Trial Day 2 Judge Denies Defence S Request To End Daily Hearings At 4 30pm

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 295 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its second day at the Kuala Lumpur High Court Malaysiakini brings you live reports of the proceedings Sum...
Kes 1mdb Pendakwaan Dakwa Najib Cuba Lindungi Perlakuan Jenayah

Kes 1mdb Pendakwaan Dakwa Najib Cuba Lindungi Perlakuan Jenayah

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 235 hits
Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad akan membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low mengambil langkah untuk menutup jejaknya selepas skandal 1MDB terbongkar pada awal Julai 2015 ...
Bicara Kes Najib 1mdb Bermula Enam Saksi Dijangka Dipanggil

Bicara Kes Najib 1mdb Bermula Enam Saksi Dijangka Dipanggil

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 208 hits
Perbicaraan kes berprofil tinggi yang ditunggu tunggu 1Malaysia Development Berhad membabitkan Datuk Seri Najib Razak bermula hari ini dengan pihak pendakwaan dijangka memanggil enam saksi Perbicaraan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah...
Najib Src Trial Macc Originally Wanted To Charge Trio Not Najib

Najib Src Trial Macc Originally Wanted To Charge Trio Not Najib

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 173 hits
KUALA LUMPUR The Malaysian Anti Corruption Commission s original recommendation was not to charge former Prime Minister Najib Razak but three others with the alleged misappropriation of SRC International Sdn Bhd funds of RM42 million Howeve...
1mdb Trial Jho Low Was Najib S Alter Ego Prosecution Says In Opening Statement

1mdb Trial Jho Low Was Najib S Alter Ego Prosecution Says In Opening Statement

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 252 hits
Najib during one of his court appearances File Photo KUCHING Datuk Seri Najib Razak s 1MDB trial started today with the prosecution saying that it will prove that fugitive businessman Low Taek Jho is the alter ego of the former prime minist...
Najib Tandatangan Dokumen Sebabkan Nama Tia Ditukar Kepada 1mdb

Najib Tandatangan Dokumen Sebabkan Nama Tia Ditukar Kepada 1mdb

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 204 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak telah menandatangani beberapa dokumen yang menyebabkan Terengganu Investment Authority Berhad ditukar nama kepada 1Malaysia Development Berhad pada September 2009 Penolo...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid