Najib Razak Bebas Atau Tidak Hanya Agong Harapan Terakhir


mykmu.net02/04/2023
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong dijangka menjadi penentu mutlak sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dibebaskan atau sebaliknya daripada hukuman penjara 12 tahun yang dihadapinya ketika ini

Ia boleh dikatakan peluang terakhir bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk dibebaskan selepas segala usahanya dari sudut undang-undang termasuk mendapatkan kebenaran semakan terhadap sabitan bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kelmarin.

Ini kerana Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Raja atau Yang Dipertua Negeri juga mempunyai kuasa yang sama bagi kesalahan yang berlaku di negeri masing-masing.

Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan Yang di-Pertuan Agong, raja-raja dan Yang Dipertua Negeri melaksanakan kuasa itu melalui nasihat Lembaga Pengampunan negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kini ia terpulang kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk ‘melayan’ pertimbangan pengampunan diraja yang dilakukan Najib sebelum ini.

Katanya, ini kerana tidak ada satu-satu tempoh yang ditetapkan untuk Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong itu membuat keputusan.

“Budi bicara mutlak adalah di tangan Seri Paduka untuk tentukan bagaimanakah atau bilakah jawapan diberi atau bilakah permohonan akan dilayan atau tidak,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, Najib memfailkan permohonan pengampunan diraja pada 2 September 2022 selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan tersebut.

Mengulas lanjut, Haniff Khatri berkata, Kaedah 113 (1) di bawah Akta Penjara dalam masa sama mengatakan permohonan petisyen kedua cuma boleh difailkan atau boleh dibenarkan selepas tamat tempoh tiga tahun seseorang banduan tersebut menjalani hukuman di penjara.

“Maknanya, jika ada keputusan mengenai permohonan pertama Najib (yang difailkan pada) 2 September 2022 pada bila-bila masa ini (yang mana) menolak permohonan pengampunan tersebut, maka permohonan kedua cuma boleh dilayan dan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan selepas tempoh tiga tahun beliau mula menjalani hukuman iaitu pada 23 Ogos 2022.

“Jadi, permohonan kedua cuma akan dilayan selepas 23 Ogos 2025, walau apa sekali pun ada jawapan atau tidak kepada permohonan pertama dan kalau permohonan pertama ditolak,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya ada permohonan lanjutan untuk pengampunan iaitu permohonan ketiga, maka permohonan itu di bawah kaedah yang sama, cuma akan dilayan dua tahun selepas tempoh layanan kepada permohonan kedua.

Katanya, tempoh dua tahun itu menjadikan ia adalah lima tahun selepas Najib menjalani hukuman.

“Jadi permohonan ketiga akan cuma dilayan jika ada pada atau selepas 23 Ogos 2028, begitu juga mana-mana permohonan selanjutnya adalah untuk tempoh dua tahun tambahan selepas menjalani hukuman,” jelasnya.

Sementara itu, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, Peguam Negara mempunyai peranan yang besar dalam memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Seri Paduka mahu mempertimbangkan permohonan Najib melalui Lembaga Pengampunan.

Katanya, ini kerana Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas keahlian Peguam Negara dalam lembaga tersebut, selain pelantikan ahli yang lain menurut kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

“Sekiranya Peguam Negara memberi pendapat secara bertulis, maka pihak lembaga wajib menimbang dan memberi perhatian pandangan beliau.

“Peguam Negara berperanan besar oleh kerana beliau adalah penasihat dan nasihatnya itu mesti berasas kepada undang-undang dan kebijaksanaannya,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/04/najib-razak-bebas-atau-tidak-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Ditolak Peluang Terakhir Najib Kini Hanya Pengampunan Agong

Semakan Ditolak Peluang Terakhir Najib Kini Hanya Pengampunan Agong

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 172 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd Susu...
Keputusan Bocor Najib Bebas 31 3

Keputusan Bocor Najib Bebas 31 3

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 403 hits
Penyokong Najib sudah rayakan Dan mereka akan berkumpul pada 31 3 dengan meriah seolah keputusan sudah bocor Sangat tidak wajar jika disebaliknya akan menilbulkan kekecohan fan persepsi pelbagai
Media Malaysia Tak Bebas Hanya Keluarkan Berita Puji Pujian Kerajaan Je

Media Malaysia Tak Bebas Hanya Keluarkan Berita Puji Pujian Kerajaan Je

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 239 hits
Media Malaysia tak bebas Hanya keluarkan berita puji pujian kerajaan je Mahathir ni bukan apa Dia teringat apa yang dia buat masa jadi PM dulu Masa tu memanglah dia kawal segala jenis media Siapa siarkan berita yang tak memihak kepadanya me...
Najib Tidak Sewajarnya Diampunkan Segera Melainkan Jika Setelah Menjalani 1 3 Atau Separuh Hukuman Penjara

Najib Tidak Sewajarnya Diampunkan Segera Melainkan Jika Setelah Menjalani 1 3 Atau Separuh Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 347 hits
Walaupun peguam Najib Razak mungkin akan memohon semakin kehakiman yang kedua bagi membebaskan bekas Perdana Menteri itu tetapi harus kita akui mengharapkan keputusan yang berbeza daripadanya tidak semudah seperti menukar mentol yang sudah ...
Pengampunan Najib Ditentukan Oleh Keputusan Agong Anwar

Pengampunan Najib Ditentukan Oleh Keputusan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 347 hits
Proses pengampunan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak hanya boleh dilakukan oleh Yang di Pertuan Agong Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau akan terlibat dalam proses itu namun bukanlah membuat keputusan a...
Najib Bebas Ph Bn Pasti Ditolak Pengundi Dalam Enam Prn Nanti

Najib Bebas Ph Bn Pasti Ditolak Pengundi Dalam Enam Prn Nanti

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 149 hits
Ada dua kemungkinan mengapa UMNO begitu tergesa gesa mahu memohon pengampunan buat Najib Razak walaupun bekas Perdana Menteri itu belum sampai setahun menjalani hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan mahkamah terhadapnya Pertama untuk men...
Umno Mohon Agong Beri Pengampunan Penuh Pada Najib

Umno Mohon Agong Beri Pengampunan Penuh Pada Najib

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 255 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 7 2023 5 51 PMUmno akan menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri Najib Razak Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata Yang di Per...
Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan Diraja

Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 552 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak akan mengemukakan penghakiman menentang oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli kepada Yang di Pertuan Agong dalam permohonan petisyen pengampunannya Bekas Perdana Menteri itu memfailk...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach