Semakan Ditolak Peluang Terakhir Najib Kini Hanya Pengampunan Agong






Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Susulan itu, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, adalah kekal.
Ini bermakna bekas Perdana Menteri itu kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.
Najib dilaporkan sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan tersebut pada 2 Sept 2022.
Prosiding hari ini didengar lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.
Keputusan dibuat dengan majoriti 4-1 iaitu Vernon Ong, Rhodzariah, Nordin dan Abu Bakar menyokong untuk menolak rayuan Najib kerana tidak bermerit.
Vernon Ong ketika membacakan keputusan itu memberitahu, hak bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil tidak dinafikan ketika pendengaran rayuan.
Sebaliknya, katanya, peguam beliau, Datuk Hisyam Teh Po Teik enggan mengemukakan penghujahan lisan walaupun dibenarkan berbuat demikian oleh Tengku Maimun.
Justeru, katanya, Tengku Maimun akhirnya terpaksa menolak rayuan tersebut.
“Sehubungan itu, tiada kesilapan mahkamah ketika pendengaran rayuan Najib dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta oleh panel hakim pada tahun lalu,” katanya di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.
Panel hakim membuat keputusan tersebut selepas mendapati permohonan kebenaran semakan itu adalah lebih menjurus kepada permohonan untuk menyemak merit keputusan panel dalam rayuan akhirnya pada Ogos 2022 itu.
Turut hadir hari ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, diiringi beberapa peguam, yang tiba di Istana Kehakiman kira-kira pukul 8.50 pagi.
Ratusan penyokong yang dilihat menunggu kemunculan Najib sejak pukul 7 pagi, di kedua-dua laluan utama menuju bangunan mahkamah tersebut, sesekali kedengaran melaungkan ‘Bossku’ dan ‘Allahu Akbar’.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.
Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 dan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu.
Sumber – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/semakan-ditolak-peluang-terakhir-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Razak Bebas Atau Tidak Hanya Agong Harapan Terakhir

Najib Razak Bebas Atau Tidak Hanya Agong Harapan Terakhir

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 223 hits
mykmu net02 04 2023PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong dijangka menjadi penentu mutlak sama ada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dibebaskan atau sebaliknya daripada hukuman penjara 12 tahun yang dihadapinya ketika ini ...
Saya Betul Betul Mengharap Shuk Sahar Mohon Diberi Peluang Berlakon Lagi Kini Hanya Mampu Berniaga

Saya Betul Betul Mengharap Shuk Sahar Mohon Diberi Peluang Berlakon Lagi Kini Hanya Mampu Berniaga

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 421 hits
Pelawak dan usahawan Shuk Sahar berharap agar dirinya diberi peluang kedua untuk kembali aktif dalam dunia lakonan Ujar Shuk dia sudah tidak terlibat dalam bidang lakon layar hampir 2 tahun dan memohon agar ada penerbit drama ataupun filem ...
Umno Mohon Agong Beri Pengampunan Penuh Pada Najib

Umno Mohon Agong Beri Pengampunan Penuh Pada Najib

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 259 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 7 2023 5 51 PMUmno akan menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri Najib Razak Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata Yang di Per...
Kini Rakan Baik Najib Pula Didakwa Pendakwaan Bersejarah

Kini Rakan Baik Najib Pula Didakwa Pendakwaan Bersejarah

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 255 hits
Ini juga dikatakan pendakwaan konspirasi politikDunia cuma nak tahu jenayah berlaku atau tidak itu sahaja
Kini Masyarakat Hanya Perlu Bawa Ktp Untuk Akses Layanan Jkn

Kini Masyarakat Hanya Perlu Bawa Ktp Untuk Akses Layanan Jkn

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 228 hits
Direktur Utama BPJS Kesehatan Ghufron Mukti mengatakan peserta BPJS Kesehatan dapat dengan mudah mengakses layanan kesehatan hanya dengan menunjukkan Nomor Induk Kependudukan ke Fasilitas Kesehatan di seluruh jaringan fasilitas kesehatan mi...
Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan Diraja

Kenyataan Hakim Mahu Najib Bebas Jadi Sokongan Petisyen Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 552 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak akan mengemukakan penghakiman menentang oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli kepada Yang di Pertuan Agong dalam permohonan petisyen pengampunannya Bekas Perdana Menteri itu memfailk...
Pernah Tular Bagi Makan Anjing Kini Pemuda Ini Berjaya Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota

Pernah Tular Bagi Makan Anjing Kini Pemuda Ini Berjaya Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 295 hits
Beberapa tahun lalu nama Faiz pernah tular selepas dipuji memberi makan kepada sekumpulan anjling liar terbiar Platform media sosialnya mula popular dan kini telah mula digelar pempengaruh apabila berjaya menjana pendapatan menerusi reviu p...
If Hannah Yeoh Can Be Mistaken As Ytl S Daughter Yeo Bee Yin Will Soon Become Michelle Yeoh S

From Wef To Asean Leveraging Davos Insights For Regional Progress

Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Pas S Gaffes Could Lead To Public Disgust Says Analyst

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Sate Sungai Melaka Mee Rebus Dan Rojak 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord

Nama Lain Gula Dan Tips Kawal Pengambilan Gula

Kelebihan Derma Darah Panduan Dan Manfaat Khas Untuk Penderma

A Little Laughter Goes A Long Way A Chat With Drew From Bixby Moto