Najib Tidak Sewajarnya Diampunkan Segera Melainkan Jika Setelah Menjalani 1 3 Atau Separuh Hukuman Penjara




Walaupun peguam Najib Razak mungkin akan memohon semakin kehakiman yang kedua bagi membebaskan bekas Perdana Menteri itu, tetapi harus kita akui, mengharapkan keputusan yang berbeza daripadanya tidak semudah seperti menukar mentol yang sudah terbakar.

Dengan keputusan majoriti terkumpul 13-1 dalam kes SRC International yang dihadapinya setakat ini, semakan kali kedua jika dipohon, kebarangkalian ia ditolak juga adalah tinggi.

Saya sudah banyak kali menulis sejak lama dulu lagi, fakta yang jelas dalam kes Najib itu ialah ada kemasukan wang ke dalam akaun bank peribadinya dan kemudian wang itu pula dibelanjakan dengan antaranya untuk membeli-belah di luar negara.

Cubaan menggunakan isu teknikal tidak memadam hakikat bahawa kesalahan memang telah dibuktikan berlaku melebihi keraguan yang munasabah.

Dalam keadaan sekarang di mana hukuman sedang berjalan, satu-satu pilihan yang tinggal buat Najib untuk dibebaskan hanyalah memohon pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong.

Dalam hal ini, ada sebahagian penyokong Najib yang mahu keluarga bekas Perdana Menteri itu menumpukan kepada hal tersebut sepenuhnya buat ketika ini dan melupakan saja untuk memohon semakan buat kali kedua.

Malah, ada penyokong Najib yang yakin jika fokus itu diberi tumpuan mulai sekarang, Najib tidak mustahil boleh dibebaskan sebelum sambutan Hari Raya ini.

Bolehkah begitu?

Meskipun kuasa memberi pengampunan adalah hak Agong, tetapi prosesnya mesti melalui Lembaga Pengampunan yang dalam erti kata lain, usul pembebasan itu mesti diusul atau dipersetujui terlebih dahulu oleh kerajaan dan Perdana Menteri.

Ia sama seperti kes Anwar Ibrahim diberi pengampunan pada 2018 dahulu di mana Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad mendapat mandat sepenuhnya daripada PH yang baru membentuk kerajaan, untuk mengemukakan pengampunan tersebut.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac 2014 oleh Mahkamah Rayuan, yang mendapatinya bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan hukuman itu dimuktamadkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

Ini bermakna ketika Anwar diberi pengampunan pada 2018, beliau sudah menjalani sebahagian besar daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya.

Tetapi, Najib sudah berapa lama berada di Penjara Kajang?

Belum pun setahun daripada hukuman 12 tahun yang dihadapinya.

Dalam tinjauan dengan beberapa peguam, mereka nampaknya berbeza pendapat tentang bila permohonan pengampunan boleh dipohon.

Ada yang mengatakan pengampunan hanya boleh dipohon setelah seseorang pesalah itu menjalani sekurang-kurangnya satu pertiga daripada hukuman dan ada pula yang berkata, tiada tempoh masa yang khusus untuk berbuat demikian.

Dikatakan bila-bila masa saja pengampunan itu boleh dipohon.

Namun demikian, dalam kes Najib yang mana beliau merupakan bekas Perdana Menteri yang pertama dihukum penjara serta untuk memberi pengajaran kepada semua, ramai ditanya pendapat mereka tidak bersetuju sama sekali jika bekas Presiden UMNO itu diberi pengampunan dalam waktu terdekat ini.

Rata-rata beranggapan tempoh yang wajar untuk dipohon pengampunan ialah setelah beliau sekurang-kurangnya menjalani satu pertiga atau separuh daripada hukuman gang diterimanya.

Tambahan lagi, kata mereka, Najib masih ada kes lain berkaitan 1MDB yang sedang berjalan di mahkamah dan pengampunan awal yang diberi kepadanya akan memberi kesan kepada kes-kes tersebut.

Biarlah beliau menjalani hukuman sewajarnya terlebih dahulu, bahkan ini juga untuk memberi keadilan kepada pesalah-pesalah lain juga, tambah mereka lagi.

Seorang pemimpin politik yang enggan disebut namanya berkata, dalam kes Najib, beliau paling wajar menjalani separuh daripada hukuman sebelum hendak diberi pengampunan.

“Tempoh enam tahun berada di penjara daripada 12 tahun hukuman yang diterimanya sekurang-kurangnya merupakan tempoh yang cukup untuk Najib bertaubat dan beribadat.

“Beliau tidak perlu memikirkan soal dunia lagi selepas ini,” tegas pemimpin berkenaan. – ShahbudinHusin 03/04/2023.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/najib-tidak-sewajarnya-diampunkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Kuwait Jatuhkan Hukuman Penjara 10 Tahun Ke Atas Jho Low

Mahkamah Kuwait Jatuhkan Hukuman Penjara 10 Tahun Ke Atas Jho Low

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 394 hits
Malaysiakini Sebuah mahkamah di Kuwait mensabitkan kesalahan ahli perniagaan Low Taek Jho tanpa kehadirannya semalam atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1MDB Menurut laporan akhbar Kuwait Al Qabas seorang sheikh bersama rak...
Kesilapan Peguam Punca Najib Meringkuk Dalam Penjara

Kesilapan Peguam Punca Najib Meringkuk Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 287 hits
Raja Noraina Raja Rahim dan Hafidzul Hilmi Mohd Nooram hmetro com myPutrajaya Kesilapan dilakukan peguam menjadi punca Datuk Seri Najib Razak terpaksa meringkuk di dalam penjara kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli Ab...
Najib Kekal Dalam Penjara Boleh Gugat Prestasi Ph Bn Di Prn

Najib Kekal Dalam Penjara Boleh Gugat Prestasi Ph Bn Di Prn

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 215 hits
Oleh Adam MalikKemunculan maklumat maklumat baru berkaitan isu Nazlan dan pendirian Ketua Hakim Negara membela nya membuat ramai rakyat meluat dan mula persoal keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak Sepatut nya pemerintah bersama gabungan Pa...
Najib Razak Bebas Atau Tidak Hanya Agong Harapan Terakhir

Najib Razak Bebas Atau Tidak Hanya Agong Harapan Terakhir

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 219 hits
mykmu net02 04 2023PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong dijangka menjadi penentu mutlak sama ada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dibebaskan atau sebaliknya daripada hukuman penjara 12 tahun yang dihadapinya ketika ini ...
Nazlan Adalah Hakim Yang Mula Sekali Menjatuhkan Hukuman Pada Najib

Nazlan Adalah Hakim Yang Mula Sekali Menjatuhkan Hukuman Pada Najib

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 209 hits
GINO MARVELA Berkaitan dgn Hakim Nazlan yang umno cuba sentuh demi menyelamatkan Najib GM ambil sisipan nukilan dr seorang peguam yg menarik dalam penulisannya kesalahan jenayah yg di lakukan oleh Najib juga tidak pula di katakan sebagai ti...
Kes Src Najib Kekal Di Penjara Gagal Semak Keputusan Rayuan Akhir Hari Ini

Kes Src Najib Kekal Di Penjara Gagal Semak Keputusan Rayuan Akhir Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 332 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadap...
Buah Ajaib Atau Miracle Berry

Buah Ajaib Atau Miracle Berry

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 227 hits
Buah ajaib atau miracle berry adalah buah kecil berbentuk bujur yang masaknya berwarna merah Ianya dikatakan dapat menjadikan makanan minuman tidak manis terasa manis Ianya juga menjadi kegemaran burung dan tupai dan perlu di balut Selamat ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi