Pas Kenapa Buku Thomas Tak Sentuh Kes Guan Eng




PAS mempertikaikan mengapa bekas peguam negara Tommy Thomas tidak menyentuh isu membabitkan pengguguran kes mahkamah Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng dalam buku memoirnya My Story: Justice in the Wilderness.
Malah, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, tulisan-tulisan Thomas itu dilihat tidak menepati realiti yang berlaku.
"Ada yang komen tak sepatutnya dia menulis sekarang terhadap isu-isu terbabit. Bahkan ada yang disembunyikan dalam tulisan beliau khususnya isu yang melibatkan Lim Guan Eng.
"Kenapa langsung tak disentuh? Fakta-fakta yang dibawa juga dipertikai oleh banyak pihak termasuk isu 13 Mei, faktanya tidak begitu. Itu banyak orang pertikai peranan dia sebagai peguam negara pada ketika itu.
"Isu menggugurkan kes Lim Guan Eng walaupun kes tengah berjalan, isunya bukan kes itu tetapi isunya kenapa langsung tidak disentuh dalam tulisannya," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Kit Gunting Rambut di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Menteri alam sekitar dan air itu berkata demikian ketika diminta mengulas kandungan buku tulisan Thomas yang kini menjadi kontroversi selepas diterbitkan, baru-baru ini.
Untuk rekod, dalam buku Thomas hanya sebaris ayat yang berkaitan dengan kes Lim.
Ayat itu berbunyi: "Hanafiah sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk menjelaskan sebab-sebab dia membuat keputusan menarik balik tuduhan jenayah ke atas Lim Guan Eng".
Thomas tidak menjelaskan lebih terperinci, juga tidak menyatakan secara spesifik kes yang dimaksudkan.
Hal ini menimbulkan persoalan kerana keputusan menggugurkan tuduhan Lim merupakan salah satu kritikan utama terhadap Thomas selama dia memegang jawatan sebagai peguam negara.
Dalam buku itu, dia mengulas kritikan lain terhadapnya, termasuk berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, dan berhubung mengugurkan pertuduhan terhadap 12 individu yang dikaitkan dengan LTTE.

Pada 3 Sept 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim daripada dua tuduhan rasuah selepas peguam negara menerima hujah balasan daripada peguam. Turut dibebaskan ialah seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon.
Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan berkenaan ekoran urusan jual beli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town, di bawah harga pasaran semasa.
Thomas mewakili Lim ketika pemimpin DAP itu dituduh menghina mahkamah apabila mendakwa tuduhan terhadapnya adalah penyalahgunaan kuasa.
Pada Ogos 2018, Thomas menarik diri dari sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara mengenai kes Lim.
Ia berlaku dua bulan selepas Thomas dilantik sebagai peguam negara.
Kemudian pada bulan September 2018, pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Lim dan meminta Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang mempertimbangkan pelepasan tanpa pembebasan.
Namun, mahkamah memberikan Lim pembebasan penuh.
Hanafiah, yang merupakan ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Timbalan Pendakwa Raya, pada waktu itu, mengatakan dia membuat keputusan itu tanpa tekanan mana-mana pihak.
"Saya ingin menekankan bahawa saya telah memutuskan berhubung perwakilan tanpa pengaruh dari mana-mana pihak," katanya.
Hanafiah telah membuat laporan polis terhadap Thomas mengenai kenyataan dalam memoirnya.
Buku Thomas menerima kritikan setelah didakwa mendedahkan krisis dalaman yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta bagaimana sistem perundangan negara beroperasi.
Pihak berkuasa kini menyiasat Thomas atas tuduhan menghina susulan laporan polis yang dikemukakan oleh beberapa pihak termasuk bekas peguam negara Apandi Ali.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/02/pas-kenapa-buku-thomas-tak-sentuh-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thomas Book Why No Mention Of Dropping Guan Eng S Case Asks Pas

Thomas Book Why No Mention Of Dropping Guan Eng S Case Asks Pas

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 184 hits
PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has accused former attorney general Tommy Thomas of engaging in a cover up in his tell all memoir Specifically he said Thomas had evaded the topic of former Penang chief minister Lim Guan Eng s cha...
Kenyataan Pas Membantu Menyelamatkan Jawatan Saya Thomas

Kenyataan Pas Membantu Menyelamatkan Jawatan Saya Thomas

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 159 hits
PAS mungkin berperanan menyelamatkan tugasnya sebagai peguam negara selepas perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad tiba tiba memintanya berundur Menurut Thomas sehari selepas dilantik menjadi peguam negara pada Jun 2018 Mahathir men...
Buku Tommy Thomas Dap Masih Membisu Najib

Buku Tommy Thomas Dap Masih Membisu Najib

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 188 hits
DAP dilihat masih lagi membisu berhubung penerbitan buku berjudul My story Justice in the Wilderness Buku yang ditulis bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas itu mendedahkan pelbagai insiden sepanjang penglibatan beliau bersama politik da...
Buku Tommy Thomas Hina Institusi Perundangan Ag

Buku Tommy Thomas Hina Institusi Perundangan Ag

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 278 hits
Buku memoir yang ditulis bekas peguam negara Tommy Thomas jelas merupakan penghinaan terhadap institusi perundangan di negara ini kata penggantinya Idris Harun Kandungan buku ini telah memberikan impak yang negatif khususnya daripada kaca m...
Kes Altantuya Najib Dakwa Difitnah Keluar Surat Tuntutan Terhadap Tommy Thomas

Kes Altantuya Najib Dakwa Difitnah Keluar Surat Tuntutan Terhadap Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 370 hits
February 2 2021 6 18 PMMuhammad Shafee Abdullah berkata Najib Razak mengarahkan beliau memfailkan saman awal minggu depan jika Tommy Thomas gagal memberi jawapan memuaskan menjelang Jumaat ini PETALING JAYA Najib Razak mengeluarkan surat tu...
Ulasan Kritikal Anwar Tentang Buku Tommy Thomas

Ulasan Kritikal Anwar Tentang Buku Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 126 hits
Memoir Tommy Thomas yang baru diluncurkan baru baru ini yang diberi judul My Story Justice in the Wilderness mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari khalayak Mungkin kerana suasana kita hari ini yang disibukkan dengan ancaman vir...
Buku Tommy Thomas Adalah Kegagalannya Paling Besar Shahril Hamdan

Buku Tommy Thomas Adalah Kegagalannya Paling Besar Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 198 hits
Pernah duduk sepentas bersama bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sewaktu awal penggal PH dahulu Saya terima jemputan tersebut bukan hanya bagi membuktikan Umno sedia bertukar panda...
Polis Terima Laporan Berhubung Buku Tommy Thomas

Polis Terima Laporan Berhubung Buku Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 193 hits
39 total views 39 views today KUALA LUMPUR 3 Feb Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria berhubung dakwaan fitnah terhadap dirinya oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semala...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan