Najib Lafaz Sumpah Laknat Lagi


 


Pada tahun 2019, Najib pernah melafazkan sumpah bagi menafikan dakwaan pembabitannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Pada 28 Julai 2020 pula, Najib sekali lagi melafazkan sumpah serupa berhubung kes SRC bagi menyatakan bahawa dia tidak tahu mengenai RM42 juta yang disalurkan ke akaunnya.
Dia kemudiannya sekali lagi melafazkan sumpah laknat pada 8 Dis 2021 secara dalam talian bagi menyatakan tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International.
Semalam sekali lagi Najib telah melafazkan Sumpah Laknat kononnya tidak tahu menahu langsung tentang dana RM24 Juta yang dimasukkan ke dalam akaunnya itu sedangkan Mahkamah telah membuktikan beliau secara sedar telah menggunakan dana tersebut..
Laporan berkaitan..
PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru malam ini menjelang prosiding rayuan akhir kes dihadapinya di Mahkamah Rayuan pada Selasa ini.
Beliau antara lain bersumpah dirinya tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta berkaitan kes tersebut datang dari SRC International Sdn Bhd. (SRC) secara langsung atau tidak langsung.
Najib turut bersumpah tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC bagi tujuan merangkul dana SRC untuk tujuan kegunaan peribadi atau kegunaan keluarganya.
Beliau turut bersumpah tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewangkan dana SRC ke dalam akun bank miliknya untuk apa-apa tujuan.
Mantan Perdana Menteri itu seterusnya bersumpah beliau tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan bagi pinjaman KWSP kepada syarikat SRC untuk tujuan dirinya mendapat habuan haram RM42 juta tersebut.
“Sekiranya aku berdusta di atas sumpahku ini, maka Ya Allah halal laknatMu ke atas diriku. Sebaliknya jika semua ini adalah fitnah yang telah dirancang oleh musuh-musuh politikku, maka Ya Allah aku bermohon sesungguhnya kepadaMu agar Engkau laknatilah mereka serta orang yang bersubahat dengan mereka.
“Ya Allah hanya kepadaMu aku bermohon, aku bergantung serta aku berserah,” katanya di hadapan orang ramai yang hadir termasuk jemaah masjid berkenaan.
Terdahulu, Najib berkata, beliau melakukan sumpah mubahalah tersebut bagi membersihkan namanya dengan Allah S.W.T serta tidak reda rakyat Malaysia terus menjamah fitnah yang berlaku secara berterusan.
Katanya, beliau melakukan sumpah berkenaan juga demi membersihkan nama keluarganya serta nama arwah ibunya (Tun Rahah Mohamad Noah) dan arwah bapanya (Tun Abdul Razak Hussein)
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi bersama-sama mendoakan. Semoga segala doa yang telah kita doakan tadi Allah S.W.T memakbulkan. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi mengadakan solat sunat hajat di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Pada 2019, Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Zulkifli Mohamad berkata istilah sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam kecuali membabitkan perkara mengenai "li'an".
Dalam Islam, ucapan li'an dilakukan oleh suami yang nampak isterinya berzina dengan lelaki lain, tetapi tidak dapat mendatangkan seramai empat orang saksi.
Manakala Istilah "mubahalah" (saling laknat melaknati) yang disebutkan dalam Surah Ali Imran ayat ke-61 pula tidak merujuk kepada perundangan Islam, kata Zulkifli.
Tambah Zulkifli, sumpah mubahalah juga tidak menjadi satu tuntutan sekiranya kes masih berjalan di mahkamah.
Zulkifli juga berkata, dalam prinsip perundangan Islam, sumpah hanya diambil kira atau dilakukan apabila diminta oleh 'qadhi' atau hakim.
Jadi.. berapa ramai agaknya Melayu yang dah berjaya diperbodohkan oleh Najib kali ini dengan menunggan Agama pula??

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/najib-lafaz-sumpah-laknat-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Lafaz Sumpah Laknat Di Masjid Kg Baru Nafi Terbabit Penyelewengan Rm42j Dana Src

Najib Lafaz Sumpah Laknat Di Masjid Kg Baru Nafi Terbabit Penyelewengan Rm42j Dana Src

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru di sini malam ini menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd Najib dalam sumpah laknat itu mem...
Video Didalam Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat Nafi 4 Perkara Jom Kita Baca Dan Fahaminya

Video Didalam Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat Nafi 4 Perkara Jom Kita Baca Dan Fahaminya

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 254 hits
Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat Nafi 4 PerkaraOlehPada 22 08 20Malam tadi Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melafazkan sumpah laknat yang menafikannya tidak terlibat dengan kes pengelewengan dana SRC International Sdn B...
Tidak Jumpa Fatwa Ketika Najib Di Zalimi Hanya Jumpa Fatwa Bila Najib Lafaz Sumpah

Tidak Jumpa Fatwa Ketika Najib Di Zalimi Hanya Jumpa Fatwa Bila Najib Lafaz Sumpah

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 288 hits
Oleh Sirajuddin AhmadAda kah sebenarnya doa memohon bantuan daripada Allah oleh Datuk Seri Najib Razak melalui Lafaz sumpahnya sudah terkena sasaran Sebaik sahaja Najib melafazkan sumpah di Masjid Kampung Baru selepas solat hajat ramai pula...
A Plot Gone Horribly Wrong Najib S Liberty Hangs In The Balance Even As He Takes The Sumpah Laknat

A Plot Gone Horribly Wrong Najib S Liberty Hangs In The Balance Even As He Takes The Sumpah Laknat

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 279 hits
With time running out Najib has resorted to using social media and even religion to plead his innocence IN the midst of Datuk Seri Najib Razak s trial involving the SRC International corruption case the former prime minister s lead counsel ...
Sumpah Laknat Najib Menteri Agama Mufti Ke Mana

Sumpah Laknat Najib Menteri Agama Mufti Ke Mana

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 179 hits
Sumpah laknat Najib Menteri agama mufti ke mana Posted By on August 22 2022Pihak berkuasa agama Islam di Malaysia sama ada Menteri Mufti atau Jabatan Agama Islam perlu bersuara dan mengeluarkan larangan ke atas perbuatan Ahli Parlimen Pekan...
Sumpah Najib Razak Kalaulah Masa Boleh Diputar

Sumpah Najib Razak Kalaulah Masa Boleh Diputar

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 303 hits
Sudah terlambat Jika najib diberi peluang memutara waktu ketika dia berkuasa memerintah Apakah najib akan berada pada situasi sekarang Apakah najib akan membuat sumpahan ini Kenapa tidak pada masa najib berkuasa najib tidak membuat sumpahan...
Kes Src Najib Sumpah Mubahalah

Kes Src Najib Sumpah Mubahalah

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 256 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru malam tadi menjelang prosiding rayuan akhir kes dihadapinya di Mahkamah Rayuan Najib bersumpah dirinya tidak pernah mengetahui secara khusus atau...
Najib Bersumpah Laknat Tidak Tahu Mengenai Dana Src

Najib Bersumpah Laknat Tidak Tahu Mengenai Dana Src

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 164 hits
Najib bersumpah laknat tidak tahu mengenai dana SRC Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Aug 2022 11 24PM
Menjawab Sumpah Najib Dengan Bukti Saksi Yang Didedahkan Di Mahkamah

Menjawab Sumpah Najib Dengan Bukti Saksi Yang Didedahkan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 272 hits
Perkara yang Najib kena jawab dan rakyat masih tertunggu tunggu untuk mendengar jawapannya bagaimana Najib kata tidak tahu kewujudan wang tersebut tapi boleh membelanjakan wang dalam akaun tersebut sesuka hatinya Datuk Seri Najib Razak tida...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad