Menjawab Sumpah Najib Dengan Bukti Saksi Yang Didedahkan Di Mahkamah



Perkara yang Najib kena jawab dan rakyat masih tertunggu-tunggu untuk mendengar jawapannya, bagaimana Najib kata tidak tahu kewujudan wang tersebut tapi boleh membelanjakan wang dalam akaun tersebut sesuka hatinya?
(Agenda Daily) – Datuk Seri Najib Razak tidak memilih menggunakan jalan perundangan terbaik di mahkamah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dalam sabitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd tetapi sebaliknya memilih jalan untuk bersumpah di Masjid Kampung Baru semalam.
Walaupun peluang diberikan untuk membela diri pada minggu lalu untuk barisan peguam bela Najib berhujah bagi membela kesalahan jenayah dilakukannya, namun peluang tersebut tidak digunakan untuk peguam Najib berhujah bagi mempertahankan anak guamnya itu.
Sebaliknya, drama tarik diri dan pecat memecat peguam tercetus. Tidak ada satu hujah daripada peguam bekas Perdana Menteri itu dibuat untuk mempertahankan bos mereka itu, walhal diketahui ia adalah peluang terakhir dimiliki Najib untuk melepaskan diri daripada pertuduhan kes jenayah dihadapinya.
Najib memilih jalan untuk mengangkat sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, bagaimanapun fakta dan bukti yang dikemukakan di mahkamah sudah cukup untuk mempersoalkan kerelevanan sumpah tersebut.

Mengapa tidak pula Najib menjawab setiap perkara diucapkan dalam sumpahnya di mahkamah, malah tidak berani pula menyangkal bukti yang ditunjukkan di depan hakim. Najib semasa sumpahnya semalam dipetik berkata:
“Aku, Mohd Najib bin Abdul Razak setelah berjuang untuk mendapat keadilan ke atas diri di dunia ini, dengan ini aku melafazkan ucapan mubahalah ku,” kata Najib di Masjid Kampung Baru, di Kuala Lumpur.
“…Aku tidak pernah pada bila-bila masa mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana RM42 juta datangnya dari syarikat SRC secara langsung atau tidak langsung.
“…Aku tidak pernah menerbitkan atau bersetuju mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkul apa-apa dana SRC bagi tujuan kegunaan peribadi ku atau tujuan kegunaan keluarga ku.
“…Aku tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan pun,” kata Najib lagi ketika melafazkan sumpahnya.
Najib berkata tidak mengetahui wang RM42 juta tersebut masuk ke dalam akaunnya, bagaimanapun ia berbeza dengan bukti yang dibentang pihak pendakwaan berhubung afidavit Najib sendiri yang mengakui wang SRC International masuk dalam akaunnya sendiri.
Adakah Najib terlupa berhubung afidavit dalam samannya terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik pada 2015? Atau Najib merasakan rakyat mudah diperbodohkan oleh pembohongan demi pembohongan?
Kemudiaan, mengapa Najib tidak menjawab pendedahan saksi bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP), Datuk Azian Mohd Noh yang memberitahu di mahkamah RM4 billion dipinjamkan atas arahan Najib dan Rm2billion ke SRC.
Peguam Najib tak pula membalas apabila bekas CEO Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) dalam kandang saksi menyatakan RM4 billion dipinjamkan atas arahan Najib kepada SRC International.
Kemudiaan, peguam Najib juga tidak menyangkal berhubung pendedahan bekas Setiausaha Perbendaharaan Negara Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah yang memberitahu Najib meminta supaya mempercepat pinjaman KWAP kepada SRC International.
Semua kenyataan sumpah tersebut sudah dijawab dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung sejak di Mahkamah Tinggi dan Rayuan, jadi apakah yang cuba Najib buktikan dengan sumpahnya di masjid semalam?
Perkara yang Najib kena jawab dan rakyat masih tertunggu-tunggu untuk mendengar jawapannya, bagaimana Najib kata tidak tahu kewujudan wang tersebut tapi boleh membelanjakan wang dalam akaun tersebut sesuka hatinya?
Agak melucukan kenyataan Najib apabila berkata tidak tahu wang tersebut masuk ke akaunnya tetapi beliau tahu pula cara untuk menggunakan dan membelanjakannya.
Hati-hati Najib, jangan kelak di makan sumpah sendiri.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/08/22/menjawab-sumpah-najib-dengan-bukti-saksi-yang-didedahkan-di-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Benar Najib Pinda Notis Usul Permohonan Masuk Bukti Tambahan

Mahkamah Benar Najib Pinda Notis Usul Permohonan Masuk Bukti Tambahan

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 276 hits
August 15 2022 Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berkait dana SRC International PETALING JAYA Mahkamah Persekut...
Mahkamah Persekutuan Menolak Permohonan Najib Masukkan Bukti Kaitkan Hakim Nazlan

Mahkamah Persekutuan Menolak Permohonan Najib Masukkan Bukti Kaitkan Hakim Nazlan

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 277 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC Internatio...
Mahkamah Tempat Terbaik Buat Najib Buktikan Beliau Serba Tahu Seperti Di Media Sosial Rafizi

Mahkamah Tempat Terbaik Buat Najib Buktikan Beliau Serba Tahu Seperti Di Media Sosial Rafizi

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 271 hits
Pendengaran rayuan kes korupsi dana SRC International oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak yang bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan adalah forum terbaik untuk rakyat mengikuti kehandalan Ahli Parlimen Pekan itu Menurut Timbalan Pres...
Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

Mahkamah Persekutuan Mungkin Terus Buat Keputusan Dalam Rayuan Akhir Kes Src Najib

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebara...
Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Najib Kemuka Keterangan Baharu

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Najib Kemuka Keterangan Baharu

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 289 hits
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan terakhirnya untuk membuktikan wujud konflik kepentingan yang berat bagi hakim Nazlan Mohd Ghazali ketika mempengerusikan perbicaraan SRC Interna...
Najib Hadir Lagi Ke Mahkamah Esok Lusa

Najib Hadir Lagi Ke Mahkamah Esok Lusa

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 299 hits
bharian com myOleh Ogos 24 2022 7 30pmBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak NSTP MOHD FADLI HAMZAHKUALA LUMPUR Baru dua hari menjalani hukuman penjara Datuk Seri Najib Razak akan hadir di Mahkamah Tinggi di sini esok bagi menghadapi ...
Responden Sekali Lagi Mohon Mahkamah Tolak Afidavit Najib

Responden Sekali Lagi Mohon Mahkamah Tolak Afidavit Najib

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 225 hits
PUTRAJAYA Pasukan responden sekali lagi memohon agar Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak afidavit yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Timbalan Pendakwa Raya Kanan adhoc Datuk V Sithambaram berkata demikian ketika berhuj...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia