Najib Ku Nan Antara Kes Berprofil Tinggi Tahun Ini


Bernama
freemalaysiatoday.com
Najib Razak (kiri) dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, manakala Tengku Adnan Tengku Mansor dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atas pertuduhan rasuah.
KUALA LUMPUR: Keputusan beberapa kes berprofil tinggi yang menjadi bualan ramai sehingga menarik perhatian masyarakat antarabangsa mendominasi gelanggang mahkamah sepanjang 2020.

Paling menonjol keputusan mahkamah dalam kes berkaitan skandal 1MDB membabitkan Najib Razak pada 28 Julai lalu yang menyaksikan bekas perdana menteri keenam itu dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa membabitkan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dalam penghakiman setebal 801 muka surat bertarikh 21 Ogos, Nazlan menyifatkan kes itu kesalahan pecah amanah jenayah terburuk kerana membabitkan perdana menteri ketika itu yang merupakan pegawai atasan tertinggi kerajaan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Najib, 67, mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung sebab beliau perlu dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.

Mahkamah Rayuan menetapkan 12 hari mulai 15 Feb tahun depan untuk mendengar rayuan Najib yang kini bebas, selepas diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin.

Beberapa bulan sebelum itu, negara dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Sesyen pada 13 Mei yang melepas tanpa membebaskan anak tiri Najib, Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood, daripada pertuduhan pengubahan wang membabitkan AS$248 juta (RM1.25 bilion) dipercayai diseleweng daripada dana 1MDB.

Keputusan itu dibuat susulan persetujuan antara pendakwaan dengan tertuduh dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam satu kenyataan menyebut kerajaan persekutuan akan mendapatkan semula aset di luar negara dianggarkan bernilai AS$107.3 juta (RM465.3 juta).

Pada 4 Sept pula, Mahkamah Tinggi membebaskan sebuah syarikat berpangkalan di United Kingdom, iaitu Goldman Sachs International Ltd serta dua entitinya di Asia, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapura), daripada pertuduhan berkaitan penjualan bon 1MDB berjumlah RM27.2 bilion (AS$6.5 bilion) selepas pendakwaan menarik balik semua pertuduhan.

Turut menjadi tumpuan ramai ialah keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan Najib dan dua anak lelakinya membayar RM1.74 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memperoleh penghakiman terus bagi memaksa mereka melunaskan jumlah itu.

Najib diperintahkan membayar RM1.69 bilion sebagai tambahan tunggakan cukai, manakala Mohd Nazifuddin, 37, sebanyak RM37.6 juta dan Mohamad Nizar, 42, sebanyak RM13.16 juta.

Rayuan mereka akan didengar 16 Jun tahun depan.

Satu lagi keputusan yang menjadi bualan hangat ialah pembebasan Musa Aman pada 9 Jun lalu oleh Mahkamah Tinggi daripada 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang membabitkan kontrak konsesi balak di Sabah, selepas pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap bekas ketua menteri Sabah itu.

Teka-Teki mengenai kesudahan siasatan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang akhirnya terjawab, apabila bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan Butterworth atas dua pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan pecah amanah jenayah pada Ogos dan kes itu akan dibicarakan di sini Jun tahun depan.

Ahli Parlimen Bagan itu berdepan satu lagi pertuduhan rasuah berhubung pemberian projek kepada sebuah syarikat di Mahkamah Sesyen Butterworth dan seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon didakwa bersubahat dengan Lim, manakala isterinya, Betty Chew pula berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang.

Kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekali lagi menjadi tumpuan apabila bekas anggota polis Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri gagal dalam percubaan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan terhadap sabitannya pada 8 Dis lalu.

Azilah kini hanya mempunyai satu pilihan untuk melepaskan diri daripada tali gantung, iaitu mendapatkan pengampunan Sultan Selangor dan dia sudah memfailkan permohonan agar hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya digantikan hukuman penjara.

Turut mencuri tumpuan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Jahid @ Noordin Jahim bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri Sabah pada saat-saat akhir dalam rayuan berhubung isu siapa sebenarnya ketua menteri sah antara Shafie Apdal dan Musa.

Mahkamah membuat keputusan itu pada 11 Sept lalu, iaitu sehari sebelum penamaan calon.

Menghiasi muka depan akhbar ialah keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos lalu yang menolak saman bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan lima lagi terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin serta tiga yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam PPBM atas alasan mereka tidak mempunyai “locus standi” untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan.

Turut menjadi perhatian serta melegakan banyak pihak ialah keputusan Mahkamah Tinggi yang persidangan Parlimen sehari pada 18 Mei lalu adalah sah dan mengikut undang-undang, meskipun agak luar biasa serta tidak pernah berlaku sebelum ini, dalam usaha mengelak penularan pandemik COVID-19.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan itu selepas menolak saman pemula peguam R Kengadharan serta aktivis sosial D Arumugam terhadap Muhyiddin dan bekas speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof untuk mendapatkan deklarasi persidangan itu tidak mengikut Perlembagaan.

Mengakhiri kalendar 2020 ialah keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Dis lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta ke atas bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor, 70, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan Tengku Adnan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Dalam penghakimannya, Zaini memutuskan RM2 juta yang diberikan Chai Kin Kong kepada Tengku Adnan kekal dalam akaun syarikatnya, Tadmansori Holdings Sdn Bhd, dan beliau menggunakan syarikat itu bagi menerima wang tersebut hasil perlakuan jenayah yang kemudian masuk ke poketnya sendiri.

Tengku Adnan, yang berdepan satu lagi pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Eng Boon, sudah dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 7 Dis lalu, selepas pendakwaan memaklumkan mereka tidak berhasrat meneruskan kes itu kerana terdapat perkembangan baru.

Tan, yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan, iaitu bersubahat dengan ahli politik itu, didenda RM1.5 juta.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/najib-ku-nan-antara-kes-berprofil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tinggi Sampaikan Keputusan Kes Rasuah Rm2 Juta Ku Nan 9 Pagi Ini

Mahkamah Tinggi Sampaikan Keputusan Kes Rasuah Rm2 Juta Ku Nan 9 Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 306 hits
270 total views 270 views today KUALA LUMPUR 21 Dis Semua mata kini tertumpu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang akan menyampaikan penghakimannya terhadap kes rasuah RM2 juta dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan Dat...
Kes Rasuah Berprofil Tinggi Digugurkan Pendakwa Raya Sama Jer Korang Ni Kan

Kes Rasuah Berprofil Tinggi Digugurkan Pendakwa Raya Sama Jer Korang Ni Kan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 189 hits
Atok mendakwa kedaulatan undang undang tidak lagi digunapakai memandang beberapa kes rasuah berprofil tinggi yang digugurkan oleh pendakwa raya dalam beberapa bulan kebelakangan ini Semua ini mengikut undang undang Penjenayah boleh terlepas...
Agak Agak Kes Lebai Ni Lepas Atau Tidak Perantara Jambatan Pas Umno Dizaman Najib

Agak Agak Kes Lebai Ni Lepas Atau Tidak Perantara Jambatan Pas Umno Dizaman Najib

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 184 hits
Bicara kes CBT RM3 65 juta bekas pemimpin PAS Nasharudin 1 April December 18 2020 Nasharudin Mat Isa berdepan perbicaraan 17 pertuduhan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram SHAH ALAM Perbicaraan bekas timbalan presiden PAS Nasharu...
Ini Sebab Kenapa Siasatan Suruhanjaya Diraja Kes Kematian Allahyarham Adib Wajar Dibuat Oleh Kerajaan Najib Razak

Ini Sebab Kenapa Siasatan Suruhanjaya Diraja Kes Kematian Allahyarham Adib Wajar Dibuat Oleh Kerajaan Najib Razak

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 163 hits
Kenapa saya kata RCI untuk kematian kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah wajar Tahun lepas Mahkamah koroner memutuskan bahawa kematian Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh beberapa orang yang tidak dikenali pada mala...
Covid 19 2 068 Kes Dilaporkan Pada Hari Pertama Tahun Baharu

Covid 19 2 068 Kes Dilaporkan Pada Hari Pertama Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 241 hits
Oleh KUALA LUMPUR Sebanyak 2 068 jangkitan baharu COVID 19 dilaporkan pada hari pertama 2021 sekali gus membawa kepada jumlah kumulatif 115 078 kes di negara ini dengan 23 433 kes aktif Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdull...
Pemilik Kereta Mewah Berpendapatan Tinggi Antara Menduduki Unit Perumahan Dbkl

Pemilik Kereta Mewah Berpendapatan Tinggi Antara Menduduki Unit Perumahan Dbkl

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 229 hits
Kira kira 20 penghuni Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur hilang kelayakan menduduki perumahan itu KUALA LUMPUR Duduk di unit kos rendah milik kerajaan tetapi memandu kereta mewah dan berpendapatan tinggi Begitulah ga...
Pegawai Pangkat Dcp Antara 29 Polis Disiasat Berkait Kes Addy Kanna Zamri

Pegawai Pangkat Dcp Antara 29 Polis Disiasat Berkait Kes Addy Kanna Zamri

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 242 hits
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya bercakap pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Foto SYAFIQ AMBAK SHAH ALAM Seorang pegawai kanan be...
Najib Putrajaya Perlu Tubuh Rci Siasat Kes Adib Juga Siapa Hasut 10 000 Orang Berkumpul Berhampiran Kuil

Najib Putrajaya Perlu Tubuh Rci Siasat Kes Adib Juga Siapa Hasut 10 000 Orang Berkumpul Berhampiran Kuil

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 288 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa Putrajaya segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim susulan tunjuk perasaan berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman Sea...
3 Warga S 039 Pura Antara Kes Import Pada Selasa

3 Warga S 039 Pura Antara Kes Import Pada Selasa

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 180 hits
SINGAPURA Sebanyak 16 kes baru COVID 19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Selasa menurut Kementerian Kesihatan Satu kes dicatat di dormitori pekerja asing Kes tersebut tidak menunjukkan gejala dan dikesan ketika menjalan
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Effective Market Research On A Budget



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia

Wordpress Block Patterns Give You Superpowers