Najib Hanya Hebat Di Facebook


Bekas menteri kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah memohon untuk mengetuai delegasi dalam menyelesaikan masalah dana SRC International Sdn Bhd yang dibekukan di Switzerland tetapi perdana menteri ketika itu, Najib Razak yang juga menteri kewangan I tidak bersetuju

Memberi keterangan sebagai saksi ke-56 dalam perbicaraan penyelewengan dana SRC International membabitkan Najib, Husni, 67, berkata beliau difahamkan bahawa dana syarikat itu yang berjumlah RM3 bilion telah dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland atas kesalahan pengubahan wang haram

“Saya telah kemudiannya pergi bertemu dengan Dato’ Seri Najib dan meminta keizinan beliau untuk membawa delegasi daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara dan KWAP untuk membawa dokumen-dokumen bagi membuktikan bahawa wang tersebut adalah pinjaman daripada KWAP dan tidak sepatutnya dibekukan di bawah kesalahan AMLA

“Namun, YAB PM tidak memberikan persetujuan kepada saya untuk bertindak sedemikian,” katanya ketika membaca kenyataan saksi

Mengulas ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan, Husni berkata beliau percaya pihak berkuasa Swiss telah membuat kesilapan dan oleh demikian, membuat cadangan berkenaan

Izzat: Lepas itu apa berlaku

Husni: Bila Datuk Seri Najib tak setuju, tak buat la

Izzat: Ada dia cakap kenapa tak setuju

Husni: (Dia) tak setuju

Izzat: Boleh cam

Husni: Haa tu belakang tu, selalu senyum

Dalam keterangannya, Husni juga mengibaratkan dirinya sebagai "budak pejabat" dan mendakwa bahawa dia sering dipinggirkan daripada sebarang keputusan berkaitan dengan SRC International

Katanya, walaupun menjadi menteri kewangan kedua, peranannya dalam hal-hal yang berkaitan dengan syarikat itu cuma sekadar menurut perintah sahaja

[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama memetik Husni sebagai berkata, dirinya juga dirujuk kepada satu dokumen iaitu “Letter of Guarantee Issued By Government of Malaysia in Favour of Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)” bertarikh 26 Ogos 2011

“Saya sahkan bahawa ini merupakan surat jaminan kerajaan yang saya tandatangan seperti mana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang meluluskan Memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,” katanya

Ahmad Husni, 67, berkata Memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan oleh Nor Mohamed Yakcop (foto, bawah) telah diluluskan dan persetujuan diberikan untuk memberikan jaminan tersebut

Katanya pegawai di Kementerian Kewangan telah menyediakan surat jaminan kerajaan untuk beliau tandatangan atas kapasiti Menteri Kewangan II

“Saya mendapat tahu daripada pegawai MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan) bahawa sejumlah RM4 bilion iaitu keseluruhan pinjaman daripada KWAP antaranya digunakan untuk pelaburan arang batu di Jawa, pelaburan sumber asli di Mongolia dan Simpanan bank di Switzerland dan Hong Kong

“Saya pada waktu itu, saya tidak dirujuk dan tidak diberikan sebarang dokumen mengenai SRC dan pelaburan tersebut, walaupun melalui pegawai saya yang telah meminta daripada SRC

“Saya telah meminta Dr Isa, ketika itu Setiausaha Bahagian Pelaburan (Kementerian Kewangan) untuk membuat lawatan ke Jawa untuk memastikan kewujudan pelaburan tersebut, tetapi Dr Isa ( Datuk Seri Dr Mohmad Isa Hussain) tidak pergi,” katanya

Beliau berkata pertama kali beliau mengetahui tentang permohonan SRC untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM2 bilion dari KWAP dan pinjaman itu hendaklah dijamin daripada kerajaan Malaysia adalah sewaktu pembentangan kepada mesyuarat jemaah menteri oleh Nor Mohamed Yakcop yang menandatangani dan membentangkan Memorandum Jemaah Menteri berkenaan dengan permohonan tersebut

Katanya selepas dari itu, beliau telah menemui Najib untuk membangkitkan tentang tujuan memberi pinjaman yang begitu besar kepada SRC, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
“Saya telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Najib bahawa syarikat ini bertujuan supaya bidang tenaga elektrik ini diperkasakan dengan adanya pemilikan oleh syarikat milik kerajaan yang mempunyai penglibatan dalam perlombongan arang batu

“Saya kemudiannya telah menyatakan kepada Datuk Seri Najib bahawa perlombongan arang batu ini biarlah melibatkan sektor swasta semata-mata dan bukannya oleh syarikat milik kerajaan

“Datuk Seri Najib menyatakan bahawa hanya dengan penglibatan kerajaan dalam perlombongan arang batu akan dapat memperkasakan bidang tenaga elektrik,” katanya yang ditugaskan untuk mengurus dasar fiskal serta menjalankan kuasa di bawah lain-lain Akta termasuk Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957

“Dalam menjalankan kuasa ini, tiada perbezaan antara jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan II,“ jelasnya

Beliau berkata antara tugas-tugas beliau sebagai Menteri Kewangan II adalah untuk menguruskan penyediaan, kelulusan, pelaksanaan, dan pemantauan belanjawan negara dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dari masa ke semasa, yang mana pada waktu beliau menyandang jawatan itu, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah Najib

Katanya beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan II oleh Najib pada 2009 dan pada 27 Jun 2016 beliau telah meletakkan jawatan

Najib, 66, sedang menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Khamis. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/



Iklan















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/08/najib-hanya-hebat-di-facebook.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Fail Permohonan Rasmi Larang Najib Buat Ulasan Di Facebook

Peguam Negara Fail Permohonan Rasmi Larang Najib Buat Ulasan Di Facebook

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR Peguam Negara Tommy Thomas memfailkan permohonan rasmi menuntut permohonan maaf daripada Najib Razak atas dakwaan bekas perdana menteri itu memuat naik komen sub judice berkaitan perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang sedan...
Ada Uu Ite Ruu Kamtansiber Dinilai Hanya Akan Memicu Pemborosan Anggaran

Ada Uu Ite Ruu Kamtansiber Dinilai Hanya Akan Memicu Pemborosan Anggaran

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 113 hits
Lagipula kata Anggara saat ini Indonesia telah memiliki UU Informasi dan Transaksi Elektronika
Isu Tulisan Khat Hanya Tekap Sambung Titik Tiru Semula Sahaja

Isu Tulisan Khat Hanya Tekap Sambung Titik Tiru Semula Sahaja

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 326 hits
Prof Dr S VijayaletchumyKUALA LUMPUR Tekap sambung titik pada huruf jawi dan tiru semula untuk dijadikan seni khat hanya itu yang perlu dilakukan oleh murid Tahun Empat termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan SJK Tamil apabila tulisan...
Tiket Bas Ke Pulau Pinang Hanya Rm8 80 Sahaja

Tiket Bas Ke Pulau Pinang Hanya Rm8 80 Sahaja

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 546 hits
Easybook satu lagi online ticketing untuk pembelian tiket bas kini menawarkan tambang promosi bas Billion Stars dari Terminal Bersepadu Selatan ke Penang atau Penang ke TBS hanya RM8 80 sehala Masukkan kod promosi KLPG88 sebelum membuat pem...
Penambahan Kerusi Parlimen Sabah Hanya Selepas Pru15

Penambahan Kerusi Parlimen Sabah Hanya Selepas Pru15

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 175 hits
Pindaan Perlembagaan bagi menambah kerusi Parlimen di Sabah hanya dapat dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke 15 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata pindaan berkenaan akan melibatkan Pindaan Perlembagaan Persekutua...
Bps Catat Pertumbuhan Ekonomi Melambat Jadi Hanya 5 05 Persen Di Semester Ii 2019

Bps Catat Pertumbuhan Ekonomi Melambat Jadi Hanya 5 05 Persen Di Semester Ii 2019

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 221 hits
Pertumbuhan ekonomi ini juga lebih rendah bila dibandingkan dengan pertumbuhan ekonomi di kuartal II 2018 yang sebesar 5 27 persen yoy Sementara itu pertumbuhan ekonomi sepanjang semester I 2019 tercatat sebesar 5 06 persen yoy
Rindu Nak Susukan Raid Hanya Demam Ibu Hilang Anak 4 Bulan Otak Dijangkiti Kuman

Rindu Nak Susukan Raid Hanya Demam Ibu Hilang Anak 4 Bulan Otak Dijangkiti Kuman

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 401 hits
Tanpa disangka si kecil pergi dulu belum sempat membesarkannya seperti adik beradiknya yang lain Hanya dengan simptom demam tidak disangka sangka ada kuman yang sedang menyerang otak si kecil Perkongsian mengundang titisan air mata sesiapa ...
Prabowo Hadir Di Kongres Fadli Zon Sebut Hanya Silaturahmi Politik

Prabowo Hadir Di Kongres Fadli Zon Sebut Hanya Silaturahmi Politik

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 200 hits
Jadi saya kira biasa saja silaturahmi politik diundang dalam sebuah perhelatan internal partai itu hal biasa kalau ada gelaran besar kata Fadli
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan