Isu Tulisan Khat Hanya Tekap Sambung Titik Tiru Semula Sahaja


Bernama Prof Dr S VijayaletchumyKUALA LUMPUR – Tekap, sambung titik pada huruf jawi dan tiru semula untuk dijadikan seni khat, hanya itu yang perlu dilakukan oleh murid Tahun Empat termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT) apabila tulisan khat diperkenalkan sebagai antara kandungan subjek Bahasa Melayu tahun depan.

Pensyarah Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr S Vijayaletchumy berkata perkara itu hanya akan diajar empat kali setahun dalam tempoh 10 minit terakhir sebagai bahan sokongan kemahiran bahasa sesi pengajaran Bahasa Melayu.

Vijayaletchumy yang merupakan antara ahli panel terlibat dalam menggubal kurikulum itu turut menegaskan untuk sesi pembelajaran itu, lima hingga enam aksara daripada tulisan jawi sahaja yang akan diperkenalkan kepada murid.

“Masyarakat serta pihak tertentu sebenarnya sudah salah faham atau keliru antara tulisan jawi dengan tulisan khat. Ia merupakan perkara yang berbeza.

“Tulisan jawi merupakan tulisan rasmi manakala tulisan khat merupakan salah satu aspek seni bahasa atau kaligrafi dalam Bahasa Melayu yang melibatkan tulisan jawi ditulis secara berangkai menjadi tulisan khat.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memasukkan seni khat dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana ia merupakan sebahagian daripada warisan Bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika tersendiri… yang diajar adalah seni khat dan bukan tulisan jawi, jadi ia merupakan salah faham,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di UPM, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan ibu bapa murid SJKC dan SJKT tidak perlu risau kerana ia tidak langsung melibatkan pembelajaran berunsur agama Islam kerana khat hanyalah seni kaligrafi sama seperti kaligrafi Cina.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 yang menimbulkan polemik dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pihak tertentu termasuk 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil di negara ini.

Menjelas tentang perkara itu, Vijayaletchumy berkata pembelajaran Bahasa Melayu mempunyai lima bahagian penting iaitu melibatkan tiga kemahiran (mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis) dua lagi merupakan aspek tatabahasa serta seni bahasa.

“Pengajaran seni khat ini merupakan terkandung dalam seni bahasa dan ia tidak akan dinilai sama sekali dalam penilaian pencapaian murid. Hal ini telah dinyatakan secara jelas dalam Dokumen Standad Kurikulum Pendidikan (DSKP).

“Murid akan belajar perkara ini secara santai dan ia adalah unsur tambahan sahaja. Ini juga merupakan psikomotor sebab seni tulisan khat ini akan memerlukan murid untuk memanjangkan tulisan ke kiri, ke kanan ke bawah dan sebagainya.

“Ia juga baik untuk minda kerana murid juga akan lebih seronok dan santai untuk belajar disebabkan tidak ada tekanan untuk mereka diuji dan lulus membolehkan sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dilakukan lebih baik,” katanya

Dalam masa yang sama pengenalan pembelajaran seni khat itu juga katanya tidak akan menyebabkan berlaku pertambahan guru di sekolah kerana ia akan menggunakan tenaga pengajar yang sedia ada.

Selain itu, ibu bapa tidak perlu risau tentang soal kos kerana semua alatan yang akan digunakan pembelajaran itu akan ditanggung oleh pihak kementerian.

Sehubungan itu beliau juga berharap isu ini tidak terus dipolitikkan untuk kebaikan generasi akan datang, tambahan lagi kurikulum yang diperkenalkan oleh kerajaan ini telah dibincang dengan teliti dan disepakati lebih 30 ahli bahasa, guru sekolah SJKT dan SJKC yang terlibat dalam panel khas berkenaan.— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/isu-tulisan-khat-hanya-tekap-sambung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tulisan Khat Hanya Cabang Seni

Tulisan Khat Hanya Cabang Seni

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 335 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

Pemimpin Akar Umbi Dap Bantah Tulisan Khat Di Sekolah

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 396 hits
Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 5 Bahasa Malaysia untuk sekol...
Tulisan Khat Diteruskan Sebagai Aktiviti Bukan Sebagai Mata Pelajaran Maszlee

Tulisan Khat Diteruskan Sebagai Aktiviti Bukan Sebagai Mata Pelajaran Maszlee

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 351 hits
PUTRAJAYA Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata langkah kementerian itu memperkenalkan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah akan diteruskan tetapi guru diberi kuasa untuk menentukan kaedah pelaksanaannya di bilik da...
Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 396 hits
Selepas pertemuan lewat malam dengan wakil rakyat DAP berhubung langkah kontroversial berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng pagi ini dil...
Isu Khat Hala Tuju Celaru Ketidakpersefahaman Komponen Ph Kronik Yang Salah Bn

Isu Khat Hala Tuju Celaru Ketidakpersefahaman Komponen Ph Kronik Yang Salah Bn

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 216 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menempelak kerajaan Pakatan Harapan yang masih bersikap menyalahkan kerajaan terdahulu Barisan Nasional atas kecelaruan hala tuju dan dasar mereka Dalam satu lontaran di Facebook Abd...
Microsoft Office Online Dijenamakan Semula Sebagai Office Sahaja Tanpa Perkataan Online

Microsoft Office Online Dijenamakan Semula Sebagai Office Sahaja Tanpa Perkataan Online

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 223 hits
Microsoft pada hari ini telah mengumumkan perubahan pada penjenamaan baru Office Online iaitu perkhidmatan Office yang dijalankan pada atas talian Bermula hari ini Office Online hanya akan dikenali sebagai Office sahaja tanpa penjenamaan On...
Kenapa Tidak Bawa Sahaja Isu Anwar Ganti Mahathir Ke Mahkamah

Kenapa Tidak Bawa Sahaja Isu Anwar Ganti Mahathir Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 278 hits
Gesaan yang gelojoh untuk Tun undur dan gantikan dengan Anwar tanpa alasan yang kukuh seperti perlakuan jenayah atau moral atau disability boleh dianggap biadab dan tidak mengikut perlembagaan Menggesa Tun berundur meletak jawatan bererti j...
Tulisan Khat Perjumpaan Ngo Menteri Capai Kata Sepakat

Tulisan Khat Perjumpaan Ngo Menteri Capai Kata Sepakat

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 404 hits
Perjumpaan NGO dan mencapai kata sepakat Pada hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan daripada beberapa buah Badan Bukan Kerajaan iaitu Persatuan Dong Zong Jiao Zong Tamil Foundation Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia dll bagi me
Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 784 hits
Menjelang tahun hadapan 2020 seni khat dan tulisan jawi akan diperkenalkan semula oleh kerajaan melalui dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan BN pada tahun 2016 Walau bagaimanapun terdapat bantahan bantahan oleh golongan cauvanis yang s...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover