Najib Hakim Dan Pru15



'RAKYAT Hakim Negara’ adalah slogan lama pada zaman Reformasi. Maksud tersuratnya, kalau keadilan tidak ditegakkan di mahkamah, maka ia akan ditegakkan dalam pilihan raya oleh pengundi.
Kes Datuk Seri Najib Tun Razak kini berbeza sekali dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu kerana ia bukan penganiayaan politik (political persecution), kecuali di mata penyokongnya.
Kalau ini penganiayaan politik, maka Najib adalah mangsa penganiayaan yang paling ‘murah rezeki’ kerana beliau telah ‘dimangsakan’ dengan kemasukan RM42 juta − dari SRC International milikan 1MDB ketika itu − ke dalam akaun banknya, ‘tanpa pengetahuannya’. Malah, beliau mungkin terus dimangsakan tanpa pengetahuannya jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Lain sekali dengan pengalaman orang kebanyakan. Biasanya wang dikeluarkan, bukan dimasukkan daripada akaun tanpa pengetahuan. Nampaknya nasib malang pun ada perbezaan ‘dua darjat’.
Kalau ini ‘penganiayaan’, maka terdapat dua jalan untuk mematahkannya.
Jalan pertama ialah dengan jalan politik ala ‘Rakyat Hakim Negara’. Najib tidak boleh bertanding dalam PRU15 kecuali jika rayuannya diterima oleh Mahkamah Persekutuan. Akan tetapi, sekali pun jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman beliau, jika sekutu-sekutu beliau menang besar, maka mereka bolehlah memohon pengampunan diraja bagi pihaknya.
Oleh itu, dengan hukuman 12 tahun di bahunya, bukan calang-calang hebat Najib dapat dijemput untuk berbuka puasa dengan ketua negara dan pemimpin lain.
Jalan kedua ialah jalan mahkamah, yakni mempersoalkan kesahihan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan mewujudkan keadaan (circumstance) atau hujah yang boleh membawa kepada pembebasan Najib di Mahkamah Persekutuan.
Minggu lepas, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman 12 tahun ke atas Najib di pengadilan Mahkamah Tinggi tiba-tiba menjadi sasaran tohmahan seorang blogger di Manchester, United Kingdom.
Tanpa sebarang bukti, blogger ini mendakwa bahawa wang sejumlah RM1.036 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Hakim Nazlan di Maybank.
KESUNGGUHAN LUAR BIASA
Hakim Nazlan menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis terhadap laman blogger Manchester. Sebelum sebarang tindakan diambil polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlebih dahulu membuka fail terhadap Hakim Nazlan kononnya kerana ada laporan dibuat ke atas beliau.
Yang anehnya, apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki didedahkan bahawa beliau pernah memiliki RM2 juta saham syarikat, melebihi had untuk pegawai kerajaan, SPRM ‘malas’ menyiasat fail sekali pun banyak laporan dibuat. Malah, Azam Baki sendiri elak persoalan oleh jawatankuasa Parlimen.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa salah laku hakim-hakim untuk Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan hanya boleh diadili oleh tribunal yang terdiri daripada hakim-hakim. Ini untuk melindungi kehakiman daripada penganiayaan politik oleh eksekutif.
Sungguhpun tuduhan jenayah hakim boleh disiasat oleh polis atau SPRM, namun kesungguhan luar biasa dan keghairahan SPRM untuk menyiasat Hakim Nazlan apabila tuduhan dibuat tanpa bukti mengundang persoalan tentang siapa ‘udang galah’ di sebalik batu.
Nampaknya isu Najib akan mewarnai PRU15. Dokumen Pas Leak yang kononnya terbocor pun isu masa keputusan Mahkamah Persekutuan dan PRU15.
Kalau sekali lagi ‘Rakyat Hakim Negara’, moga-moga kempen usaha gigih Rasuah Busters setahun ini sudah berjaya menyemai nilai moral di semua lapisan masyarakat untuk tidak mengejar kekayaan sehingga menghalalkan pencurian dan pencuri.
Berhemahlah hidup di dunia,Jangan curi macam beruk
Gunalah akal yang dikurnia,Bezakan baik dari buruk


Oleh Profesor Wong Chin Huat, Ahli sains politik khusus dalam sistem pilihan raya, politik parti dan demokrasi berparlimen.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/04/najib-hakim-dan-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Perlekeh Hakim Kah

Najib Perlekeh Hakim Kah

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 215 hits
Munasabahkan 4 hakim seorang hakim Mahkamah Tinggi dan 3 hakim Mahkamah Rayuan menggunakan logik sendiri dalam keputusan mereka
Apa Motif Sprm Siasat Hakim Yang Mengadili Najib Suhakam

Apa Motif Sprm Siasat Hakim Yang Mengadili Najib Suhakam

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 246 hits
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia memberi amaran langkah pihak berkuasa antirasuah menyiasat hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mungkin mengundang masalah yang lebih besar Dalam kenyataan dikeluarkan semalam Suhakam berkata apabila hakim M...
Hassan Saran Sprm Bercemin Diri Lepas Siasat Hakim

Hassan Saran Sprm Bercemin Diri Lepas Siasat Hakim

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 227 hits
Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas hakim Mahkamah Rayuan mengundang rasa kesal salah seorang ahli jawatankuasa pemantau agensi berkenaan Kata Hassan Abdul Karim sebagai badan pencegahan rasuah SPRM bertanggun...
Najib Anwar Debate Set For May 12

Najib Anwar Debate Set For May 12

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 232 hits
The much heralded debate between former premier Najib Abdul Razak and opposition leader Anwar Ibrahim has been set for May 12 At a joint press conference today PKR information chief Fahmi Fadzil and Najib s aide Isham Jalil confirmed that t...
Sultan Dan Agong Boleh Diserang Tetapi Tak Boleh Serang Hakim Kata Ketua Hakim Proxy Mahathir

Sultan Dan Agong Boleh Diserang Tetapi Tak Boleh Serang Hakim Kata Ketua Hakim Proxy Mahathir

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 212 hits
Selepas serangan bertubi tubi terhadap badan kehakiman sejak kebelakangan ini Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat akhirnya bersuara Jelas beliau serangan yang dibuat terhadap hakim dan institusi tersebut disifatkan melampaui batas...
Majlis Presiden Ph Sokong Kenyataan Ketua Hakim Negara

Majlis Presiden Ph Sokong Kenyataan Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 162 hits
Majlis Presiden PH Sokong Kenyataan Ketua Hakim Negara Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkenaan badan kehakiman negara ketika ini Tengku Maimun semalam menyatakan sera...
Kami Ada Kuasa Siasat Hakim Sprm

Kami Ada Kuasa Siasat Hakim Sprm

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 176 hits
Kami ada kuasa siasat hakim SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menolak kritikan berhubung siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd Ghazali dengan berkata pihaknya mempunyai kuasa untuk menyiasat mana mana pegawai badan a...
Pengasingan Kuasa Bermakna Hakim Nazlan Boleh Disiasat Kata Zaid

Pengasingan Kuasa Bermakna Hakim Nazlan Boleh Disiasat Kata Zaid

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 352 hits
April 26 2022 Zaid Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia segera mendedahkan dapatan siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd Ghazali PETALING JAYA Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim berkata prinsip pengasi...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuci Rambut Dan Rawatan Kulit Kepala

Pengalaman Menginap Renaissance Kuala Lumpur 1d1n

Bagaimana Membaiki Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Suntikan Im Unidepo

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar

Develop A Scalable Business Model