Apa Motif Sprm Siasat Hakim Yang Mengadili Najib Suhakam


 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memberi amaran, langkah pihak berkuasa antirasuah menyiasat hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mungkin mengundang masalah yang lebih besar.
Dalam kenyataan dikeluarkan semalam Suhakam berkata, apabila hakim Mahkamah Rayuan itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ada risiko untuk badan kehakiman negara dihujani dengan pelbagai tuduhan remeh.
Suhakam pada masa sama membangkitkan apakah motif SPRM menyiasat hakim yang sebelum ini mengadili perbicaraan ke atas Najib Razak itu.
Selain itu kata Suhakam langkah diambil SPRM itu akan mewujudkan duluan negatif serta berbahaya dan ia boleh melemahkan kebebasan badan kehakiman negara.
“Ini juga boleh membuka pintu kepada lebih banyak pertuduhan remeh dan menyusahkan, selain penyalahgunaan proses oleh agensi penguatkuasa terhadap badan kehakiman.
“Suhakam menyokong pandangan bahawa semua hakim mesti mempunyai ruang yang sesuai untuk melaksanakan tugas mereka dengan cara yang jelas kepada semua, dan proses dan keputusan kehakiman adalah bebas daripada sebarang campur tangan, beralasan dan jujur.
“Paling penting adalah mustahak untuk keadilan bukan sahaja dilihat dilaksanakan tetapi mesti dilakukan mengikut undang-undang,” kata Suhakam.
Mohd Nazlan merupakan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila mengendalikan tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram ke atas Najib.
Dia mensabitkan bekas perdana menteri itu atas semua tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib.
Ahli parlimen Pekan itu kemudian dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Apabila Najib membawa kesnya ke Mahkamah Rayuan, panel tiga hakim kemudian mengekalkan sabitan serta hukuman yang dibuat mahkamah tinggi.
Siasatan dibuat ke atas Mohd Nazlan selepas seorang penulis blog mendakwa hakim terbabit memiliki kekayaan yang mencurigakan.
Penulis terbabit juga mendakwa Mohd Nazlan menerima RM1 juta daripada rakyat Malaysia yang dikehendaki polis, Jho Low.
Mohd Nazlan menafikan dakwaan tersebut dan dia turut membuat laporan polis mengenai tuduhan yang dikaitkan dengannya.
Kata Suhakam dalam perlembagaan negara sudah ada peruntukan khas mengenai kaedah mengendalikan sebarang tuduhan salah laku seseorang hakim.
“Suhakam bersetuju dan menyokong prinsip pengasingan kuasa untuk memastikan integriti serta kebebasan badan kehakiman dilindungi, selain mengelakkan sebarang campur tangan atau tekanan politik terhadap mana-mana anggota badan kehakiman pada bila-bila masa,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/apa-motif-sprm-siasat-hakim-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Siasat Hakim Nazlan

Sprm Siasat Hakim Nazlan

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 246 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali The Star melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan Katanya adalah pro...
Kami Ada Kuasa Siasat Hakim Sprm

Kami Ada Kuasa Siasat Hakim Sprm

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 229 hits
Kami ada kuasa siasat hakim SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menolak kritikan berhubung siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd Ghazali dengan berkata pihaknya mempunyai kuasa untuk menyiasat mana mana pegawai badan a...
Sementara Kita Menunggu Sprm Siasat Hakim Jom Kita Lakukan Satu Aktiviti Untuk Diri Sendiri

Sementara Kita Menunggu Sprm Siasat Hakim Jom Kita Lakukan Satu Aktiviti Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 251 hits
POLITIK SEKARANG TIDAK MENGUNTUNGKAN RAKYATKEBANYAKAN daripada kita sudah tentu tidak mempunyai duit simpanan yang banyak setelah cukup bulan Lebih lebih lagi utk bangkit semula selepas pasca Covid 19 dgn pelbagai komitmen yg perlu dilangsa...
Siasat Hakim Tindakan Tidak Berperlembagaan Sprm Perlu Lihat Diri Kpnya Lebih Dulu

Siasat Hakim Tindakan Tidak Berperlembagaan Sprm Perlu Lihat Diri Kpnya Lebih Dulu

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 349 hits
Saya Hassan Abdul Karim seorang ahli Jawatankuasa Mengenai Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong bagi memantau SPRM berasa kesal terhadap campurtangan SPRM menganggu kebebasan badan Kehakiman...
Hassan Saran Sprm Bercemin Diri Lepas Siasat Hakim

Hassan Saran Sprm Bercemin Diri Lepas Siasat Hakim

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 309 hits
Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas hakim Mahkamah Rayuan mengundang rasa kesal salah seorang ahli jawatankuasa pemantau agensi berkenaan Kata Hassan Abdul Karim sebagai badan pencegahan rasuah SPRM bertanggun...
Najib Hakim Dan Pru15

Najib Hakim Dan Pru15

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 284 hits
RAKYAT Hakim Negara adalah slogan lama pada zaman Reformasi Maksud tersuratnya kalau keadilan tidak ditegakkan di mahkamah maka ia akan ditegakkan dalam pilihan raya oleh pengundi Kes Datuk Seri Najib Tun Razak kini berbeza sekali dengan ke...
Hakim Nazlan Sedang Disiasat Sprm

Hakim Nazlan Sedang Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 265 hits
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang disiasat berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu Menuru...
Hakim Disiasat Oleh Sprm

Hakim Disiasat Oleh Sprm

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 327 hits
Hakim Disiasat Oleh SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali The Star melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dim...
Jangan Siasat Hakim Terlibat Rasuah Kata Anwar Ibrahim

Jangan Siasat Hakim Terlibat Rasuah Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 236 hits
Saya ambil maklum isu melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkait dakwaan wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya Walaubagaimanapun saya ingin tegaskan institusi kehakiman sendiri mempunyai badan...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi