Pengasingan Kuasa Bermakna Hakim Nazlan Boleh Disiasat Kata Zaid


 

FMT Reporters -April 26, 2022     
Zaid Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera mendedahkan dapatan siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd Ghazali.
PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata prinsip “pengasingan kuasa” tidak menghalang pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap hakim.
Beliau berkata, pelbagai pihak – daripada ahli Parlimen dan badan bukan kerajaan (NGO) – mengkritik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, yang dilaporkan sudah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan RM1 juta “tidak dapat dijelaskan” milik Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd Ghazali, dalam akaun banknya.
“Sekiranya itu yang rakyat faham berkenaan ‘pengasingan kuasa’, jadi ahli Parlimen tidak boleh disiasat (jika timbul dakwaan) tuduhan rasuah atau kesalahan lain

“Badan kehakiman mempunyai mekanisme dalaman sendiri untuk menyiasat hakim hanya bagi perkara tertentu sahaja, seperti salah laku.

“Ini tidak bermakna polis atau SPRM tidak boleh menyiasat dakwaan terhadap hakim,” kata Zaid.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Lim Guan Eng, membidas SPRM yang tidak segera menyiasat Azam berhubung dakwaan pemilikan saham dan waran bernilai jutaan ringgit, seperti dilakukan terhadap Nazlan, manakala Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bimbang berlaku tekanan politik dan campur tangan, sekali gus melanggar prinsip pengasingan kuasa.
Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah, juga senada dalam kritikannya kepada SPRM, sambil menyatakan lunas Perlembagaan perlu diikuti.
Nazlan, sebelum ini merupakan hakim Mahkamah Tinggi, mensabitkan dan menjatuhi bekas perdana menteri Najib Razak bersalah terhadap tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International, pada 28 Julai 2020.
Blogger dalam buruan, Raja Petra Kamarudin, yang mendedahkan siasatan minggu lalu, juga mendakwa kaitan wang berkenaan membabitkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho (Jho Low), yang dikatakan menjadi dalang skandal 1MDB.
Nazlan membuat laporan polis berhubung dakwaan terhadapnya, dengan menyatakan dakwaan itu “palsu, tidak berasas dan berniat jahat” dan bertujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai hakim.
Dalam pada itu, Zaid turut merujuk kepada tindakan Nazlan membuat laporan polis terhadap Raja Petra.
“Sekiranya, beliau tidak yakin terhadap badan penyiasat, mengapa beliau membuat laporan (awal-awal lagi) dan menjadi subjek kepada siasatan? Beliau berkemungkinan besar tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya mempertahankan hakim itu.
Zaid adalah pengasas firma guaman, Zaid Ibrahim & Co dan Nazlan pernah menjadi bosnya.
Sementara itu, Zaid berkata, Azam sepatutnya mendedahkan dapatan siasatan SPRM secepat mungkin.
“Buat kerja anda dan tidak perlu bimbang dengan kritikan,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/pengasingan-kuasa-bermakna-hakim-nazlan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Hakim Nazlan Sprm Didakwa Langgar Prinsip Pengasingan Kuasa

Kes Hakim Nazlan Sprm Didakwa Langgar Prinsip Pengasingan Kuasa

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didakwa telah melanggar prinsip pengasingan kuasa diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan susulan siasatannya terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Bekas Pengerusi Pa...
Gempar Malaysiatoday Dakwa Hakim Nazlan Lantikan Mahathir Disiasat Miliki Wang Dari Jho Low

Gempar Malaysiatoday Dakwa Hakim Nazlan Lantikan Mahathir Disiasat Miliki Wang Dari Jho Low

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 306 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSemalam telah viral di seluruh negara kisah berkenaan hakim lantikan Kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir disiasat atas sebab memiliki wang dari fugitive Jho Low yang dikaitkan dengan kes curian wang 1MDB Artikel y...
Hakim Nazlan Sedang Disiasat Sprm

Hakim Nazlan Sedang Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 163 hits
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang disiasat berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu Menuru...
Sultan Dan Agong Boleh Diserang Tetapi Tak Boleh Serang Hakim Kata Ketua Hakim Proxy Mahathir

Sultan Dan Agong Boleh Diserang Tetapi Tak Boleh Serang Hakim Kata Ketua Hakim Proxy Mahathir

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 142 hits
Selepas serangan bertubi tubi terhadap badan kehakiman sejak kebelakangan ini Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat akhirnya bersuara Jelas beliau serangan yang dibuat terhadap hakim dan institusi tersebut disifatkan melampaui batas...
Siasatan Sprm Ke Atas Hakim Nazlan Berikan Gambaran Buruk Kepada Sistem Keadilan Negara

Siasatan Sprm Ke Atas Hakim Nazlan Berikan Gambaran Buruk Kepada Sistem Keadilan Negara

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 163 hits
Langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan siasatan rasmi ke atas Hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali telah memberikan gambaran buruk kepada sistem keadilan di negara ini Ia seolah olah mahu mengesahkan ada kebenaran ke atas pen...
Saksi Beri Kenyataan Bohong Boleh Didakwa Bagaimana Pula Jika Hakim Yang Berbohong

Saksi Beri Kenyataan Bohong Boleh Didakwa Bagaimana Pula Jika Hakim Yang Berbohong

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 151 hits
Oleh Sirajuddin AhmadJika Lindung puak sendiri judisiari akan alami defisit kepercayaan rakyat Para hakim berperanan menegak kan keadilan dan kebenaran didalam mahkamah itu fungsi utama seorang hakim baca sini
Hakim Tidak Kebal Terhadap Pendakwaan Jenayah Zaid

Hakim Tidak Kebal Terhadap Pendakwaan Jenayah Zaid

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 176 hits
Konsep pengasingan kuasa di antara badan eksekutif dan kehakiman tidak bermaksud kekebalan penuh terhadap semua peruntukan undang undang Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata ia merujuk kepada peraturan ke...
Sprm Siasat Hakim Nazlan

Sprm Siasat Hakim Nazlan

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 138 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali The Star melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan Katanya adalah pro...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih