Najib Gagal Ketepikan Injunksi Mareva Bagi Kes Saman Src



(Bernama) – Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengetepikan injunksi Mareva yang diperoleh SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya untuk menghalang beliau daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya berjumlah RM42 juta.
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk P. Ravinthran dan Datuk Seri Mariana Yahya yang menolak rayuan Najib pada Selasa serta memerintahkan bekas perdana menteri itu membayar kos RM15,000.
Yaacob, yang menyampaikan keputusan itu berkata Mahkamah Rayuan tidak perlu campur tangan kerana Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi tidak silap dalam memberikan injunksi Mareva tersebut.
Beliau berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin telah mempertimbangkan undang-undang dan menganalisis bukti yang terdapat dalam afidavit syarikat sebelum membenarkan injunksi Mareva itu.
Hakim itu kemudiannya mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan injunksi Mareva kepada SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd untuk menghalang Najib daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya berjumlah RM42 juta.
Injunksi Mareva merupakan perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.
Pada 24 Mac lepas, mahkamah memberikan injunksi Mareva kepada syarikat-syarikat itu dan mengarahkan Najib supaya tidak memindahkan, melupuskan, berurusan atau mengurangkan nilai mana-mana aset mereka di dalam dan di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta, sementara menunggu penyelesaian tuntutan mahkamah mereka yang telah mereka failkan terhadapnya.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu hanya layak mengeluarkan RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan bayaran yuran guaman.
SRC International dan Gandingan Mentari memfailkan saman terhadap Najib tahun lepas, mendakwa beliau telah melakukan pecah amanah, menyalahgunakan kuasanya, mendapat manfaat secara peribadi daripada dana SRC International dan menyalahgunakan dana tersebut. Saman itu masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini, Najib diwakili peguam Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Mohammad Arfan Wan Othman manakala peguam Nagarajah Muttiah dan Clament Tay mewakili syarikat-syarikat tersebut.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/12/06/najib-gagal-ketepikan-injunksi-mareva-bagi-kes-saman-src/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Saman Src Najib Diberi Kebenaran Keluar Notis Pihak Ketiga Terhadap Bekas Pengarah Src

Kes Saman Src Najib Diberi Kebenaran Keluar Notis Pihak Ketiga Terhadap Bekas Pengarah Src

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengeluarkan notis kepada enam bekas pengarah SRC International Sdn Bhd agar dinamakan sebagai pihak ketiga dalam kes saman US 1 18 bili...
Rayuan Azeez Kes Saman Fitnah Guan Eng Didengar 19 Mei Tahun Depan

Rayuan Azeez Kes Saman Fitnah Guan Eng Didengar 19 Mei Tahun Depan

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 240 hits
Bernama November disember 1 2022 Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Dis 2020 yang menolak saman Abdul Azeez Rahim ke atas Lim Guan Eng yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang berhubung pembinaan projek terowong dasar laut di negeri ber...
Najib Gets Permission To File Third Party Notices Against Former Src Directors

Najib Gets Permission To File Third Party Notices Against Former Src Directors

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 209 hits
The High Court in Kuala Lumpur today granted permission to Najib Abdul Razak to issue third party notices against six former directors of SRC International Sdn Bhd in the US 1 18 billion lawsuit filed by the company against him The six indi...
Sebutan Kes Quot Saman Rm1 Juta Quot Terhadap Cmk Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

Sebutan Kes Quot Saman Rm1 Juta Quot Terhadap Cmk Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 296 hits
TEMERLOH Sebutan kes saman fitnah RM1 juta terhadap aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli oleh Kerajaan Pahang akan bersambung pada Februari 2023 ini Demikian ditegaskan oleh Peguam Mohd Harris Mohan dari The Law Office of Mohd Harris R...
Najib Berhak Saman Malaysiakini Saya Sokong Namun Kalau Saya Takkan Buat Begitu Tun M

Najib Berhak Saman Malaysiakini Saya Sokong Namun Kalau Saya Takkan Buat Begitu Tun M

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 314 hits
GOMBAK Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhak untuk menyaman laman portal Malaysiakini Bagaimanapun Tun Mahathir berkata beliau sendiri tidak akan mengambil tindakan unda...
Awani Ringkas Kes 1mdb Firma Guaman Tarik Diri Wakili Ibu Jho Low

Awani Ringkas Kes 1mdb Firma Guaman Tarik Diri Wakili Ibu Jho Low

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 187 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Lantik Menteri Ada Kes Mahkamah Kerajaan Sekarang Sudah Songsang Sanusi

Lantik Menteri Ada Kes Mahkamah Kerajaan Sekarang Sudah Songsang Sanusi

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 275 hits
agendaily com3 12 2022Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Kerajaan Pakatan Harapan Barisan Nasional yang dibentuk sekarang disifatkan sebagai luar tabii kerana menipu rakyat dan melanggar prinsip demi semata mata mahu berkuasa kata Datuk Seri...
Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu Kata Pemuda Umno Kepada Zahid

Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu Kata Pemuda Umno Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 245 hits
agendaily com30 11 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikritik keras seorang pemimpin Pemuda UMNO kerana sanggup menjual maruah orang Melayu hanya kerana mahu melepaskan diri daripada kes mahkamah dihadapinya Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan ...
Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Easy Beef And Greens Recipe Chinese

Every Malaysian Family Can Now Enter Oil Biz With Budi Madani Ron95 E Hailing Drivers Be Instant Oil Merchants


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Murtabak Kulit Popia

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Azan Terakhir Brigjen Soepardjo Jenderal Tertinggi Dalam G30s Pki

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Building A Memorable Brand Identity